Wednesday, March 28, 2012

sebarkan CintaMU..

-KISAH WANITA YANG TIDAK MAHU BERKAHWIN TIDAK DILABEL NABI SEBAGAI MENOLAKNYA SUNNAHNYA-

Direkodkan oleh Abu Sa'id al-khudri r.a katanya
"seorang lelaki datang mengadu kpd Rasulullah kerana anak gadisnya tdk mahu berkahwin". Nabi berkata kpd gadis yang dimaksudkan itu."ikutlah kata ayahmu itu."

Jawab gadis itu "saya tidak akan berkahwin sehingga Rasulullah menyatakan apa tanggungjawab saya sbgai isteri"

Baginda bersabda: "jika suamimu berkudis, lalu engkau rawat kudisnya dengan mulutmu, maka perbuatan itu tidak wajar dianggap sebagai keterlaluan."
jawab gadis itu "demi Allah andai seberat itulah tugas seorang isteri, aku tidak akan berkahwin sampai bila-bila" sabda Nabi kpd bapanya "jangan kamu paksa dia berkahwin, biarlah dia membuat keputusan sendiri"

Daripada kisah ini, dapat kita mengutip hikmah bagaimana Rasulullah SAW meraikan suara seorang wanita. wanita itu lebih tahu kemampuan dirinya sendiri bagi tidak memikul tugas berat seorang isteri. sekirangya dia yakin dia tidak mampu, maka seorang ayah tidak dibenarkan memaksanya untuk berkahwin. adakah perbuuatan ini dikira menolak sunnah Nabi??
TIDAK!! Rasulullah tidak melabelkannya begitu. dia tetap menerima sistem perkahwinan ke atas orang lain, tetapi menolak perkahwinan berlaku ke atas dirinya sendiri kerana sesuatu sebab, itu adalah haknya.
Sebenarnya apa yang dikatakan oleh Rasulullah SAW berkenaan tugas isteri, itulah juga yang dimaksudkan kepada lelaki terhadap isterinya. sekiranya ada suami yang berasa jijik merawat kudis-kudis isterinya atau menganggap isteri hanya pada waktu sihat sahaja, maka lebih baik bagi lelaki ini puasa sahaja, sesuai dengan nasihat Rasulullah SAW yang bermaksud, "sesiapa yang tidak mampu berkahwin, hendaklah dia berpuasa, kerana puasa menjadi pengikat nafsunya" (Muttafaq alaih)


sebuah NOVEL TAUHID-Fatimah Syarha

No comments:

Post a Comment