Dipetik dari buku: CINTA IPT
Ditulis oleh: Maszlee Malek & Hamidah Mat
“Lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu padu dengan nikmat Islam), maka menjadi kamu dengan nikmat Allah itu orang2 Islam yg bersaudara” (s.Ali Imran: 103)
Kebangkitan Islam yang telah menemukan kemuncaknya di Malaysia telah menyaksikan pesatnya usaha dakwah, kemunculan sekolah-sekolah agama, bank-bank Islam dan pelbagai lagi di atas nama Islam.jika di awal kebangkitan Islam dulu, dunia hanya dilihat sebagai hitam dan putih. Kehidupan di dalam dunia ini pada waktu itu hanya dilihat sama ada berpihak kepada Islam ataupun Jahiliyyah. Di alaf ini, dunia tidak lagi hitam dan putih dan bukan lagi Jahiliyyah versus Islam. Perjalinan di antara ada yang di dunia dan apa yang ada di dalam nas telah menyaksikan pelbagai kesan. Ada yang positif dan ada yang negative. Antara yang terkesan dengan fenomena yang baru ini ialah persoalan “ukhuwah”.
Di zaman pelajar ipt, pelbagai isu yang telah dibincangkan dan banyak yang sering dibawa berbincang ialah persoalan CINTA. Alaf yang serba unik ini telah menyaksikan bagaimana para remaja dan belia dakwah tidak dapat lari daripada fenomena cinta. Menariknya, cinta yang mereka ini telah diISLAMIKKAN seperti mana bank-bank, institusi-institusi kewangan lain diISLAMIKKAN. Maka timbulkan istilah “Cinta Ukhuwwah”. Ayat-ayat dan hadis-hadis sering dijadikan alat untuk menjustifikasikan apa yang dilakukan. Menarik lagi gejala ini menular dalam kalangan mereka yang berkopiah, berserban, bertudung litup, naqib-naqibah usrah dan mereka yang menggunakan ganti nama “ana-anta dan ana-anti”.
Sms,Yahoo Messnger, e-mel dan lain-lain kemudahan perhubungan era ICT telah menjadi perhubungan utama cinta “anta-anti” ini. Ianya lebih selamat, kerana tidak perlu mereka berkhalwat, tidak perlu dating seperti pasangan yang tidak Islamik yang lain, tidak perlu membazir tambang teksi, duit tambang bas dan juga tidak perlu mambazir membeli kertas kajang berbau wangi dan dakwat yang berwarna warni seperti mana halnya anak-anak muda lain yang jauh dari arus kebangkitan Islam. Bermula dengan kata-kata tazkirah, berakhir dengan ikon senyuman, teddy bear dan kadang2 gambar wanita bertudung. Malah ada yang manjadikan kehadiran di seminar-seminar, kursus-kursus dan juga wacana ilmiah sebagai peluang untuk mereka berjumpa. Bagi siswa siswi yang aktif berpersatuan pula, aktiviti2 persatuan sering menjadi medan pelepas rindu. Kreatif betul anak-anak muda dakwah alaf baru ini. Fenomena yang berlaku ini dimeriahkan dan dikosmetikkan lagi oleh nasyid-nasyid Melayu, cinta muda-mudi yang telah diislamikkan. Klip-klip video nasyid pun tidak kurang hebatnya, tajuk-tajuk yang bombastic berbaukan cinta asmara juga tidak kurang pesatnya. Hakikatnya, fenomena cinta “anta-anti” ini semakin ketara dan semakin rancak. Ada yang berakhir dengan perkahwinan, dan ada juga yang kecewa di pertengahan jalan, dan tidak kurang juga yang telah menjerumuskan kedua-dua pasangan kelembah maksiat, wal’iyadhubillah…
Teringat juga penulis kepada satu fenomena bila mana seorang siswi datang mengadu yang dia telah diusik oleh seorang Pak Lebai. Bukan sekadar sms, kad ucapan hari lahir, kad hari raya, malah sejambak bunga ros di hari lahir juga telah dikirimkan oleh Pak Lebai tersebut. Tidak tahulah penulis apakah tanggapan masyarakat terhadap fenomena seumpama ini. Yang pasti di setiap kad, sms dan di jambangan bunga tersebut terukir kata-kata “Ukhuwwah fillah kekal abadi…”. Sekali lagi makna ukhuwwah disalah gunakan.
Satu kes yang lain pula, seorang siswa meluahkan kekecewaanya apabila dihampakan oleh seorang siswi yang satu “jamaah” dengannya. Beliau tidak sangka setelah berpuluh-puluh minggu mereka bertukar-tukar sms dan tazkirah melalui e-mel, akhirnya siswi tersebut bertunang dengan orang lain yang juga satu “jamaah” dengan mereka. Aduh..lagi hebat daripada filem “Love Story” yang pernah popular di tahun-tahun 70-an dahulu. Yang pasti, sekali lagi tema “ukhuwwah fillah” sering menjadi “camouflagde” ke atas perhubungan antara dua jantina Islamik ini.
Dalam satu insiden yang lain pula, seorang siswi pernah meminta pendapat penulis. Seorang seniornya yang sedang menuntut di IPT yang sama dengan beliau telah bersungguh-sungguh melamarnya. Walaupun telah ditolak lebih 20 kali, namun si teruna terus melamarnya juga. Sekali lagi slogan ukhuwwah fillah menjadi lapik dan dijadikan bahan ugutan.Oleh kerana bersimpati dengan si senior tersebut, si siswi terpaksa menerima lamaran itu. Menarik bukan trend percintaan golongan anta-anti ini?
Seorang siswa juga pernah meluahkan kemarahannya ke atas naqib usrahnya di bilik penulis. Mengapa tidak, tatkala di dalam usrah, berkepul-kepul dalil dan fikrah yang dibawanya. Sampaikan ketika pertukaran ke usrah lain, si naqib meminta siswa tadi agar berbai’ah untuk kekal di dalam perjuangan dan tidak menyertai jamaah lain. Sayangnya, di dalam perjalanan balik kampung, siswa tersebut ternampak sang naqib berjalan berpegangan tangan dengan naqibah sekelas mereka…ini yang paling menarik. Lebih hebat lagi, kedua-dua mereka lengkap dengan aksesori berkopiah dan bertudung litup. Jika di zaman 70-an dahulu nescaya apa yang dilakukan oleh sang naqib dan naqibah tersebut bakal menerima cop kafir daripada pendokong gerakan dakwah berlebai yang lain. Di satu sudut yang lain pula, seorang siswa yang sering menceritakan kehebatan abuyanya kepada penulis, juga tidak dapat lari daripada fenomena cinta anta-anti ini. Penulis amat kagum dengan siswa yang sering muncul dengan baju melayu berkancing dan juga songkok berwarna-warninya ini. Matanya yang bercelak sahaja sudah cukup untuk rakan-rakan yang lain hormat kepada beliau. Sayangnya, atas takdir Allah ketika penulis berkunjung untuk menziarahi beliau, penulis ternampak gambar seorang muslimah menghiasi desktop computer peribadinya. Dinyatakan sama ada itu adik, kakak ataupun emaknya atau mungkin neneknya, beliau menafikan. Beliau terpaksa mengaku bahawa itu adalah kawannya. Yang hebatnya, tertulis di sebelah keayuan wajah gadis tersebut Ukhuwwah fillah membawa ke Jannah”
Persoalannya, adakah fenomena ini sihat? Adakah ianya sudah cukup Islamik? Adakah penulis yang ketinggalan zaman sehingga naïf terhadap trend muda mudi masa kini? Ataupun fiqh Islamiyy juga perlu diubah untuk disesuaikan dengan perubahan semasa?
p/s: maka kita sbgi para daie,mahasiswa/i n ape2 jer...teruslah berfikir n berfikir adakah fenomena di atas perlu diwujudkan atau dihapuskan...so ape peranan kita sbg para daie????...renung n fikirkan...moga Allah sentiasa pelihara iman kite aminn..

No comments:
Post a Comment