Bawa HatiMu kpd Tuhan..buku y sgt menarik..ingin sekali berkongsi cerita di saat keseorangan di rumah..tp cukup puas krn matlamat itu hampir tercapai..mg hati ini terus istiqomah dgnnya..
"Binalah Iman Agar Sejahtera Daripada Dosa"
IMAN adalah satu nikmat ALLAH yang bersifat serbaguna. kerana itulah insan ia menjadi anugerah ALLAH y termahal buat insan yang dikasihiNya. selain menjadi sebab terselamat daripada azab ALLAH di akhirat, iman juga menjadi benteng ampuh bagi seseorang muslim daripada terjebak melakukan dosa-dosa kpd Allah dan sesama manusia..
tanpa IMAN berbagai kerosakan dan kemusnahan akan berlaku dalam kehidupan manusia di dunia ini. lebih-lebi lagi di akhirat sana. menyisihkan diri daripada suluhan IMAN dan HIDAYAH akan menjadikan diri kita terdedah kepada segala macam anasir kejahatan dan dosa..
diriwayatkan kepadaa Abu Hurairah r.a katanya: Sesungguhnya Rasulullah SAW pernah bersabda : "seorang penzina tidak akan berzina jika ketika itu dia berada di dalam keimanan. seorang pencuri tidak akan mencuri jika ketika itu dia berada di dalam keimanan iaitu IMAN yang sempurna. bagitu juga seorang peminum arak tidak akan minum arak jika ketika itu dia berada di dalam keimanan" riwayat Bukhari & Muslim
justeru itu mari kita bersama-sama berusaha dan bersungguh-sungguh memupuk dan membina IMAN di dalam jiwa agar terselamat dariapa azab ALLAH aminn..
No comments:
Post a Comment