9.10.2012 (9.10.1988)
sedetik demi sedetik..aku melangkah..dan terus melangkah..dalam usia genap 24 Tahun.
setiap manusia diduga mengikut kemampuan masing2..
setelah hidup selama 24tahun..pelbagai perasaan..pelbagai pengalaman telah dilalui..
ada suka..ada duka..ada bahagia..ada derita.
dan setiap ujian itu berbeda mengikut manusia sendiri.
setelah bahagia Allah kurniakan derita..
setelah Allah turunkan hujan Allah jadikan pelangi..
dan pelangi itu yang sentiasa dinantikan..
bukan semua manusia Allah jadikan derita/miskin
bukan juga semua manusia Allah jadikan bahagia/kaya.
kerana kehidupan ini berubah mengikut zaman..
kerana manusia itu juga berubah..
adakalanya dari baik berubah menjadi jahat
dari jahat berubah menjadi baik..
yang diatas akan Allah uji berada dibawah..
yang dibawah akan Allah uji berada diatas..
jadi..setelah 24tahun..
macam2 dah jadi..macam2 dah berlaku..KERANA..
aku manusia BIASA..
yang tak mampu mempertahankan diri menjadi baik SERATUS PERATUS
TAPI aku juga manusia BIASA yang sentiasa diberi peluang untuk menjadi yang TERBAIK walau bukan dipandangan mata manusia tapi cukup disisi ALLAH aku mampu menjadi TERBAIK ^^
terima kasih ALLAH dengan nikmat usia yang diberikan selama ini..
rahmati kehidupan aku dunia akhirat..
ampunkan dosa aku selama ini..
beri aku peluang merebut nikmat SYURGA yang ALLAH janjikan
pada aku manusia BIASA ^^
pada hari ini..
aku berazam membawa mak dan abah ke suatu tempat sebagai penghargaan atas pengorbanan mereka selama ini..makbulkan ya Allah..aminn ^^
No comments:
Post a Comment