Friday, July 20, 2012

dlm RAMADHAN-MU ya RABB ^^

BILA INI SUJUD TERAKHIRKU,,

Ya Allah..
Dalam sujud terakhirku,
Kuteriakkan asma'Mu sekeras-kerasnya,
...
Agar runtuh dinding kesombongan dalam hatiku,biar tenggelam segala kejahilanku..

Ya Rabbi..
Dalam sujud terakhirku,
Ku menangis sejadi-jadinya,
Biar kering air mata ini..
Namun basah ladang hati yang gersang..

Ya Rahman..
Dalam sujud terakhirku,
Kulihat semua dosa yang membayangiku..
Kelam mencengkam jiwa yang lusuh...

Ya Mujib..
Aku berlindung di atas nama_Mu dan kekuasaan_Mu..
Peliharalah diri dan hatiku,
Agar ia mampu membesar dengan baik..
Redhalah daku menjadi sayap kiri perjuangan..
Biarlah daku menyemarakkanya..
Kan ku teguh menatang serikandi ummah..

Ya Rahim..
Dalam sujud terakhirku,
Biarkan daku patah dalam cahaya_Mu
Biarkan kumusnahkan titik-titik kemunafikanku
Agar daku kembali ke dalam pelukan hidayah-Mu

Ya Allah..
Aku akui keagungan_Mu..
Namun hatiku sering leka..
Jahiliah seringkali bertakhta dijiwaku..
Aku mohon agar diberikan hati yang baru..
Hati yang sering terikat dengan_Mu..
Yang sentiasa rindu dan takut pada_Mu..

Ya Malik..
aku berharap diri ini belum terlewat..
Untuk aku kembali sujud dan bertaubat kepada_Mu..
Ampunkan segala dosa-dosaku
Di atas setiap keterlanjuranku
Janganlah Engkau panggil daku tika diri ini masih berlumuran noda..
Kasihanilah daku, Ya Allah
Bantulah daku dalam menempuh jalan rasul2Mu..
Dalam usaha mencari firdaus_Mu..

Ya Allah,
Hanya kepada_Mu lah terletaknya harapanku,,
Biarkanku hirup nafasku sekali lagi..
Hanya untuk menyebut nama_Mu dan kekasih_Mu tercinta
Sesungguhnya aku adalah kepunyaan Allah
Dan kepada_Nya jualah aku pasti kembali....Amiin ya Rabbal 'alamin

Wednesday, July 18, 2012

Ramadhan datang lagi..!!!! ^_^

pejam celik pejam celik..tidur..bgun..tidur semula n bangun semula..akhirnya yang dinanti telah tiba ^_^
"ya Rabb sampaikan aku dan seluruh umat Islam dalam bulan RamadanMu yang sgt mulia ini..mg kami bisa menjadi lebih kuat dari sebelum ini..mg kami bisa membolot semua pahala2 yang bertaburan agar kami bisa menjadikannya sbg MAHAR u ke JANNAH MU ya ALLAH..ampunkan kami dari dosa silam kami y terlalu byk sebelum ini..agar kami bisa memejamkan mata dgn senyuman penuh keberkatan dan keredhaanMU"

rutin RAMADAN:

1. SOLAT FARDHU
2. SOLAT SUNAT RAWATIB
3. QIAMMULLAIL
4. BACAAN AL-QURAN / KHATAM QURAN
5. SOLAT SUNAT TARAWIH
6. INFAQ
7. MA'THURAT
8.BACAAN ILMIAH
9. USRAH/HALAQAH
10. IFTAR JAMA'I
11. PROGRAM ILMU
12.....
13....
14....

banyakkan..setiap org merancang..tapi jangan lupa Allah juga merancang malah perancangan Allah adalah paling terbaik dan paling tepat u hambaNYA..yang penting usaha..sape usaha pasti berjaya.

sesuai dgn firmanNYA:

"..Allah tdkkan mengubah nasib sesuatu kaum itu selagi ia tdk mengubah/berusaha u dirinya sendiri...."

SALAM RAMADHAN KARIM
MARHABAN YA RAMADHAN
MAAF ZAHIR BATIN ^_^

Sunday, July 15, 2012

PanggiLaN KonvokesyeN

JEMPUTAN KE ISTIADAT KONVOKESYEN KOLEJ UNITI/ KOLEJ JAIPUTRA KALI KE SEBELAS

Tarikh : 30 Ogos 2012 (khamis)
Lokasi : Plenary Hall, Putrajaya International Convention Centre (PICC), Putrajaya
Masa : 7.00 pg-2.00 ptg

akhirnya..setelah 2thn lebih menanti utk konvokesyen..tapi dengan kerjasama kolej uniti negeri sembilan. so semua maklumat kena maklum pada kolej uniti..nanti amik jubah pun di kolej uniti jugak..ramai ke rakyat Jaiputra yang hadir??..pegi ke tak??..hmm ^_^

Monday, July 2, 2012

hak wanita dalam memilih imam yang baik

perkahwinan itu satu sunnah..malah dgn perkahwinan maka berkembanglah umat Nabi Muhammad.dala pencarian mencari seorang wanita yang baik..Nabi Muhammad terlah bersabda: "nikahi wanita itu dgn 4 perkara..krn kecantikannya, kekayaannya, keturunannya dan agamanya..maka pilihlah agamanya pasti akan mendapat kebaikan".. setiap lelaki pasti mahukan wanita yang terbaik dlm hidupnya..sejahat mana pun seorang lelaki dia tetap mahukan wanita yang baik..wanita yang menjaga diri hanya utk suaminya..jika memilih cantik lama kelamaan pasti akan hilang cantikknya..hartanya tdk akan membawa ke syurga..malah keturunannya juga tidak akan memberi apa-apa makna krn iman tdk dpt diwarisi..tetapi andai agama yang menjadi pilhn utama pasti akan lengkap hidup seorang lelaki itu. tidak terkecuali bg wanita..apabila dtgnya lelaki yang baik agama dan akhlaknya maka trimalah ia sbga satu anugerah dr Allah..wanita berhak memilih siapa imam yang terbaik utk dirinya dan zuriatnya masa depan..hak memilih bukan hanya terleltak pada lelaki tp wanita juga berhak membuat plhn..bila meletakkan agama sbgai tunjang pasti akan terarahlah plhn menjadi y terbaik.. pemilihan imam yang baik akan membuatkan musolla kecil itu berkembang dgn baik. bila nahkoda kapal itu menjadikan cinta pada Allah sbgai tunjang pasti anak2 kapalnya akan patuh pd arahan slagi tdk bercanggah dgn syariat Allah.. wahai wanita: "pilihlah imam yan baik..andai dia bukan yang terbaik di mata manusia tp ckuplah bagiku dia terbaik dimata ku.." kerana imam yang itu tidak akan menghabiskan wang ringgitnya pada setiap belian rokoknya..tdk membawa dirinya jtuh ke dalam penyakit y diundangnya sendiri..imam yang baik itu y menjaga solat 5 waktunya dan fasih dlm bcaan kalam suci Allah ^_^

Saturday, May 26, 2012

KELEBIHAN BULAN REJAB

1. Sabda Nabi S.A.W : Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab niscaya Allah memuliakan dengan 1000 kemuliaan di hari Qiamat. 2. Sabda Nabi S.A.W. : Bulan Rejab bulan Allah, Bulan Syaaban bulanku dan Bulan Ramadhan bulan ummatku. 3. Kemuliaan Rejab dengan malam Israk Mikrajnya, Syaaban dengan malam Nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul Qodarnya. 4. Malam awal Rejab mustajab doanya (kitab Raudhoh Imam Nawawi). 5. Puasa sehari pada bulan Rejab dijadikan Allah baginya dua sayap, Akan membawanya terbang di atas Sirotal mustaqim di hari Qiamat. (Al-Hadis). 6. Puasa sehari dalam bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan diberi minum air dari syurga. (Al-Hadis). 7. Puasa Sehari pada bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipat gandakan pahalanya. (Al-Hadis). 8. Puasa tiga hari pada Bulan Rejab dijadikan parit yang panjang yang menghalangkan dia ke neraka yang panjangnya setahun perjalanan. (Al-Hadis). 9. Puasa empat hari pada Bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajjal di hari Qiamat. (Al-Hadis). 10. Puasa lima hari pada bulan Rejab, Allah SWT akan amankannya daripada azab kubur. (Al-Hadis) 11. Puasa enam hari pada bulan Rejab, ia keluar daripada kubur dengan bercahaya mukanya. (Al-Hadis) 12. Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya tujuh pintu neraka. (Al-Hadis) 13. Puasa lapan hari pada Bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu Syurga. (Al-Hadis) 14. Puasa sembilan hari pada Bulan Rejab, keluar daripada kuburnya lalu menyeru lailahaillallah dan tidak ditolak dia masuk ke dalam syurga. (Al-Hadis) 15. Puasa sepuluh hari pada Bulan Rejab, Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu. (Al-Hadis) 16. Puasa 16 hari pada Bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah didalam syurga, dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam Syurga. (Al-Hadis) 17. Puasa 19 hari pada Bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai dihadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim A.S. dan Nabi Allah Adam A.S. (Al-Hadis) 18. Puasa 20 hari pada Bulan Rejab, diampunkan Allah segala dosanya yang telah lalu, Maka mulailah beramal apa-apa yang tinggal daripada umurnya. (Pembaharuan umur bermaksud terhapus dosa-dosanya). (Al-Hadis) 19. Berkata Saidina Ali R.U. : - Puasa Rejab 13 hari seperti puasa 3000 tahun. - Puasa Rejab 14 hari seperti puasa 10,000 tahun. - Puasa Rejab 15 hari seperti puasa 100,000 tahun. 20. Kelebihan Bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Al-Quran atas segala Qalam. (Al-Hadis) 21. Puasa pada awal Rejab, pertengahan dan akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya. (Al-Hadis). 22. Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan Ibadah seumur hidupnya. Maka akan berseru dari langit : Gembiralah kamu dengan kemuliaan yang besar dan diminumkan dia ketika hendak mati. Mati ia dengan puasa, masuk kubur ia dengan puasa, keluar kubur dengan puasa, dan masuk syurga dengan puasa dan masuklah syurga dengan sepuas-puasnya. ia terlepas dari azab kubur yakni yang berpuasa disiang hari dan beribadah pada malamnya. (Al-Hadis) 23. Bulan Rejab (Bulan Allah) diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah S.W.T. Puasa bulan Rejab wajib baginya : - Diampunkan dosanya yang lalu - Dipelihara Allah umurnya yang tinggal. - Terlepas dari dahaga di hari Qiamat. 24. Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah sedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. (Al-Hadis). 25. Sesiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu roma pada jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dan dihapuskan seribu kejahatan. (Al-Hadis) 26. Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadah seribu Haji dan Umrah. Dibina seribu mahligai, seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali ganda, kerana keistimewaan bulan Rejab yakni bulan Allah. (Al-Hadis) 27. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka, kerana kemuliaan bulan Rejab, bulan Allah. (Al-Hadis). 28. Barangsiapa meminta ampun (beristighfar) kepada Allah pada pagi dan petang hari 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab diharamkan tubuh atau jasadnya daripada api neraka. (Al-Hadis). 29. Puasa pada hari 27 Rejab seperti berpuasa 60 bulan pahalanya.Jika disertai dengan sedekah seperti puasa selama 1000 tahun, kerana kebesaran hari Israk mikraj. (Al-Hadis). 30. Sesiapa yang melapangkan kekeruhan, kesusahan dan masaalah orang mukmin pada bulan Rejab, dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga firdaus. (Al-Hadis). 31. Sesiapa yang berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadah pada malamnya (berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun lamanya – diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kubur, 70 hajat ketika terangkatnya suhuf (ketika Quran dinaikkan kelangit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan (timbangan amal), 70 hajat ketika berlalu di titi Sirotol Mustaqim. (Al-Hadis). 32. Sabda Nabi S.A.W.: Ketika malam aku dimikrajkan aku melihat sungai yang airnya lebih manis daripada madu dan lebih dingin daripada salji , lebih wangi daripada kasturi. Maka aku bertanya : “ Wahai Jibrail, untuk siapa ini semua ?” Jibrail menjawab : “Untuk mereka yang membaca selawat untukmu pada bulan Rejab,” Nabi bersabda : “ Taubatlah kamu sekelian kepada Allah dan mohonlah keampunan dari dosa-dosamu dan jauhilah daripada perbuatan maksiat pada bulan haram yaitu Rejab,” 33. Beramal pada bulan Rejab digandakan 70 pahala, Syaaban diganda 700 pahala dan Romadhon diganda 1000 pahala. (Al-Hadis). 34. Di dalam syurga terdapat suatu sungai yang bernama ‘Rajab’ ia lebih putih daripada susu, dan rasanya lebih manis daripada madu. Maka barang siapa yang berpuasa (sebahagian )* daripada Bulan Rejab, Allah akan memberi minum dengan air sungai tersebut. (Al-Hadis). 35. Setiap orang akan berasa lapar pada hari Qiamat, kecuali para-para Nabi dan keluarganya dan pada mereka-mereka yang berpuasa pada bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan, Maka sesungguhnya mereka selalu merasa kenyang, tidak lapar dan tidak pula haus. 36. Apabila engkau mengkehendaki suatu ketenangan waktu mati, dan meninggalkan dunia ini beserta Iman dan selamat dari godaan syaitan, maka hormatilah bulan –bulan ini semua (Rejab,Syakban dan Ramadhan) dengan memperbanyakkan puasa dan menyesali terhadap dosa-dosa lalu, ingatlah kepada pencipta alam ini, maka kamu akan masuk syurga dengan selamat. (Hadis) 37. Dari Anas bin Malik r.u. berkata: " Aku bertemu dengan Muadz bin Jabbar r.a. Maka aku bertanya kepadanya : Dari mana engkau datang wahai Muadz? Ia menjawab "Aku dari tempat Rasulullah s.a.w. "Apa yang engkau dapat daripadanya?" Tanya Anas. "Aku mendengar bahawa barangsiapa yang mengucapkan LAILAHAILLALLAH, Maka ia akan meninggalkan dunia ini dengan Ikhlas masuklah ia kedalam syurga, Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Rejab, kerana mengharapkan keredhaan Allah s.w.t. maka masuk ia akan syurga". Maka aku terus ke rumah Rasulullah s.a.w. dan bertanya: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya Muadz bercerita begini-begini kepadaku". Maka Rasulullah s.a.w. menjawab benar apa yang dikatakan oleh Muadz. (Zuhratur Riyad) * Adapun puasa satu bulan penuh pada bulan Rejab adalah tidak ada ketentuan dari Nabi S.A.W. dan tidak pula dari para Sahabat R.hum. Imam Ahmad, Umar bin Abbas dan Mawardi pada kitab Iqna' bahawa puasa satu bulan penuh pada bulan Rejab adalah Makruh kecuali berselang satu atau dua hari maka hukumnya menjadi sunnah. (Durratun Nasihin) Diantara amalan-amalan yang sangat baik dianjurkan ketika berada dalam bulan Rejab: - Banyakkan puasa sunat.jika mampu, - Perbanyakkan Solat-solat sunat yang mengiringi solat fardhu (rawatib). - Solat sunat Dhuha, sunat tasbih, sunat tahajjud, sunat hajat, sunat witir dan sebagainya, buat menampung amalan fardhu - Banyakkan masa dengan membaca Al-Quran. - Banyakkan berzikir dengan bertasbih bertahmid, bertakbir dan bertahlil beberapa ratus kali. Jika tak mampu lakukan beberapa kali termampu pada sebilangan waktu. Waktu terbaik ketika hampir subuh selepas subuh dan ketika hampir masuk waktu berbuka puasa. - Berselawat keatas Nabi S.A.W. sebanyaknya - Beristighfarlah mohon keampunan diatas dosa-dosa yang lalu. Paling utama bacalah Istighfar Rejab setiap hari (sila rujuk dalam kitab-kitab doa atau melalui tuan-tuan guru mengenainya) - Berdoalah memohon sebanyak-banyaknya dalam solat, didalam sujud dan selepas solat beberapa lama tanpa berasa jemu meminta. Rasulullah saw. Bersabda , “ Barangsiapa berpuasa pada hari khamis , jumaat dan sabtu pada bulan haram (Rejab) maka Allah mencatat baginya ibadah dua tahun. Rasulullah saw bersabda ,”Barangsiapa berpuasa satu hari berpuasa pada bulan rejab, maka ia seperti berpuasa (selama) satu tahun. Abu Qilabah r.u berkata , ‘Di dalam syurga terdapat sebuah istana yang disediakan khusus bagi orang-orang yang berpuasa pada bulan Rejab.” Rasulullah saw. Bersabda “ Di dalam bulan Rejab ada satu hari dan satu malam yang mana barangsiapa berpuasa pada hari itu dan sholat malam pada malam itu, maka ia bagaikan berpuasa seratus tahun dan sholat malam seratus tahun lamanya. Hari itu ialah 3 hari terakhir.

Sunday, April 15, 2012

Pusat Pendidikan Al-IsLaH~ 25 tahun


10&11 April
Sambutan Jubli perak sempena tahun ke 25 penubuhan dan perjalanan tarbiyyah Pusat Pendidikan Al-IsLah, Sungai Petani,Kedah. ^_^

mengimbas memori siLam..
perjlanan tarbiyyah ku bermula dari tadika al-Islah..berlanjutan ke Sek Ren Al-Islah..bersambung ke Sek MEn Al-Islah..(klu ada kolej@uni al-islah cmfrm xg mne dah hehe). Alhamdulillah syukur di situ sgalanya bermula..dan bukan disitu pengakhirannya..moga segala ilmu yang tersemat di dada ini dpt mengawal diri dari tenggelam dlm fatamorgana dunia.

penghargaan utk mualim dan muallimah yang ckup sabar dlm mendidik diri ini..moga khdpn mualim dan muallimah dilimpahkan barakah oleh Allah. Al-Fatihah untuk arwah mualim aminuddin dan mualimah sabariah..moga roh mereka dirahmati allah disana. ^_^

sekilas pandang bersama sahabat2 dan mualim dan mualimah..



mualimah nora, salehah (shbt dr tadika).mualimah ainon











Monday, April 9, 2012

air mata terakhiR..

setinggi-tinggi penghargaan dan kesyukuran ku ucapkan hanya pada Allah krn Allah memberi aku mak dan abah yang sgt9 penyayang dan bertanggungjawab..syukur ya Allah..
malam ini..aku nekad..cukuplah..itulah air mata terakhir aku..tdk akan ada lagi air mata utk itu utk kali seterusnya..hanya Allah Yang Maha Mengetahui segalanya tentang hati dan perasaan aku..

pesan abah tadi:"adik, Allah lebih tahu ape yang Dia nak bagi pada kita..klu kta xdapat sesuatu yang kta nak jgn kta kecewa..hakikatnya ada hikmah disebalik semua itu..adik, kna doa supaya Allah bagi yang terbaik.."
itulah abah dan mak..yang sentiasa ada u setiap anak2nya..xthu mcm mana nak lafazkan perasaan syukur ini krn Allah memberikan ibubapa yang terbaik u aku..mungkin bukan rezeki org lain u dapat ibubapa sebaik abah dan mak..dan aku bersyukur...ya Allah beri aku kesempatan u berbakti pada mak dan abah..

banyak benda yang borak2 dgn mak dan abah..kekuatan yang dibina u cakap dgn mak abah akhirnya tumpah bersama air mata..u pertama kalinya aku berterus terang...tapi xpelu terus terang yang susah krn Allah bagi mak dan abah yang sgt memahami..so apa lagi yang kurang pada aku dgn kasih sayang mereka..?? ya Allah..doa aku saban hari dan waktu "kasihani mak abah aku spt mana mereka mengasihani aku semasa kecil aminn ya Rabb.."
dalam borak2 lewat malam itu..terimbau nostalgia lama..abah membuka cerita..betapa khdpn abah dan mak tdk semewah mana spt ibubapa zaman sekarang..kerja hebat-hebat..tapi aku nampak jelas perkahwinan mak dan abah ada matlamatnya..walaupun abah dan mak bukan dari didikan sek agama...tapi sejak dari along,aku,anas dan ain semuanya diberikan didikan agama yang cukup dari kecil..kadang tak dpt aku bayangkan andai mak dan abah tdk menghantar kami ke sek agama apa akan jadi dgn masa depan kami..????...andai nak ucap terima kasih itu tak terucap dgn lafaz..malah pengharagaan itu tdk lagi boleh dibuat dgn kalimah krn tak terbilang penghargaan u mak dan abah tersayang...terima kasih mak abah..adik syggggg mak abah..

sempena sambutan tahun ke 25 penubuhan pusat pendidikan al-Islah..abah mengimbau kenangan manis..10thn lbh abah ulang alik dari sg petani ke p.buntar..demi u semua anak2 mendapat pendidikan agama yang cukup...tak cukup dgn kepenatan ulang alik..di tambah pulak dgn kos pendidikan sek swasta yang sgt2 mahal..masyaAllah..sungguh besar pengorbanan mak abah dlm memberikan pendidikan agama u kami..
abah kata:"dulu p.ngah tak stuju u abah hantar anak2 sek agama n pindah umah ke sg petani sbb mungkin jauh dari fmly..tp abah mak kuatkan smgt sbb abah mak thu matlamat apa yang abah dan mak nak pada anak2...abah mak tak ajar kemewahan pada anak2 tp ckup dgn khdpn yang anak u memberi kemudahan yang sewajarnya u anak2.."
mak kata: "mak abah ni baju pun tukar 5thn skali smata2 nak bagi anak2 sek agama..jual macam2 u nak bagi anak2 dpt pendidikan agama..Alhamdulillah...bila kata berniat u menuju pada Allah.pasti Allah akan bagi.."

ia membuka mata hatiku melihat sgalanya berlaku dgn hikmah..jadi cukuplah itu air mata aku yang terakhir u itu..tdk akan aku sia-siakan lagi air mata u itu sedangkan aku ada Allah..aku ada mak..aku ada abah..24thn hidup dgn mak dan abah...jadi mereka lebih berhak utk aku kasihi dari yang lain..
"Ya Allah kurniakan aku ketabahan..singkapkan ku segala hikmah...seandainya diri ini adalah insan yang terpilih u menerima ujian ini..pimpinlah diriku agar landasan perjalanan aku betul..agar aku menjadi wanita yang tabah dan sabar dgn setiap takdir dan ujian dari MU..aku mohon agar masih ada yang terbaik u aku dapat didunia ini..inilah fitrah khdpn..syukur dgn ujian ini..krn ia membuatkan aku kembali pada Allahh.."

^_^