Saturday, December 26, 2009

FaMiLyKU cYGgg


hari bahagia kakak t'sayang..


sekitar majlis PERTUNANGAN..



yg tersayang....di hari rayerr 09

Wednesday, December 9, 2009

berjalan..melihat dan mentafsir..

6,7 & 9 Dis 2009
Ahad,Isnin & rabu

lalalala...hepy je hati ni sebab dapat jumpa sahabat2 yang dah lama tak jumpa..sbb masing2 dah bawa haluan sendiri..tapi rata2 dari kami dah abeh dip..4 orang dari kami dah sambung degree,2 akan masuk pertengahan bulan 12 ni n 2 lagi dah abeh semester 1...huhuhu jeles glerrrr..ana je tak dapat sambung ag sbb baru abeh dip..tapi pape pun thun dpn mesti sambung gak insyaAllah..k ni kat bawah gambar ana n shbt2 selama 3 hari bersama bukanlah satu nostalgia yg mudah utk dilupakan..dari hari pertama 8 orang hari kedua 5 orang n hari k3 hanya 3 orang huhuhu sedih tapi takpe...kita merancang, tp rancangan Allah lagu baik kan..hari pertama ktorang g bowling, hari k2 g pantai merdeka berkelah n bercerita..hari k3 hanya tinggal 3 orang so kami pun g makan kat Radix Pizza..tapi sayang takde gambor huhuhu..takpe dlm ingatan takkan hilang...slmt maju jaya utk shbt n mg Allah tetapkan iman kita aminn...



kami sume 5 orang tapi sorang ambik gambar tinggal lah 4 je dlm gambar...cian kat ninja sorang ag tuh hehehe


ni tazkirah ke berleter huhuhu..


hari k2 ni, 5 orang je bleh join, yg lain2 tu kna jg rumah tangga hehehe


dalam group kami ni, ada 2 ninja hehehe..


ni hari k2..otw nak g pantai merdeka..berkelah sambil melihat ciptaan Allah


emm dari kiri, Nisa,Nurul,Faizah,Aserah,Sakinah..depan; Fathonah,Maizatul n Atikah

<
antara bola bowling yang digunakan


emm ni gambar hari pertama kat bowling...baling masuk longkang..eksyen je lebih hehehe

Friday, December 4, 2009

APABILA SEORANG DAIE TERSUNGKUR...

apabila seorang daie tersungkur..
apabila seorang daie keletihan..
apabila seorang daie terjatuh..
apabila seorang daie terlalai..

maka yang menguatkannya adalah sahabatnya..akhawat or ikhwah yang dikasihinya..mereka sebagai penghubung utk menguatkan lagi seorang daie itu kepada penciptanya..daie manusia biasa, yang sering melakukan dosa samada dosa kecil atau besar...daie bukan malaikat..dan bukan juga rasullullah yang maksum tapi dia sekadar manusia kerdil yang hidup di bumi ini mengharapkan keampunan dan keredhaan Allah..dia yang bergelar daie..bukan di minta menjadi daie tapi itulah tanggungjawab bersama yang di wariskan rasulullah utk ummatnya menyamapaikan agama suci ini...apabila dia telah dilihat sebagai seorang daie..dia digelar orang hebat..orang mantap dan orang penting dalam setiap program atau jamaah...tetapi kadang2 dia terlupa..syaitan sentiasa di sisinya...meniupkan hembusan kejahatan..
daie manusia biasa tiada ilmu silap mata yang ada hanya doa moga Allah tidak mengujinya diluar batasan kemampuannya..
tapi siapa sangka kadang2 ujian Allah datang tanpa di duga tanpa dirancang dan tanpa sempat untuk bersedia..
daie perlu menjaga HATINYA, kerana hati ini milik Allah..milik pencipta agung...kuatnya seorang daie itu apabila dia pandai menjaga hatinya..tanpa disangka Allah akan menguji hati setiap mereka yang bergelar daie...ada pelbagai ujian yang kadang2 tak sanggup seorang daie itu memikulnya...tapi ingatlah wahai para daie...setiap ujian yang datang ada hikmahnya dan setiap keseronokkan yang hadir di hati mereka yang bergelar daie haruslah di waspadai..
Allah pemilik hati ini..Allah berkuasa membolak-balikkan hati ini...
adakalanya Allah menguji dengan keseronokkan dan kebahagian kepada mereka yang bergelar daie ini dalam melakukan maksiat...yang tanpa disedari maksiat itu bukanlah calang2 maksiat..tapi maksiat yang cukup besar...apabila daie itu tersedar di atas kelalainnya,,,dia berazam utk tidak jatuh kembali...daie itu berusaha bangun kembali..bangun dengan satu keazaman dan tekad bahawa kisah lalu adalah sejarah...sekarang adalah kenyataan...wahai daie apa yang telah berlaku jangan dikesali..tapi terimalah itu sebagai satu semangat dan azam utk menjadi daie yang terbaik di sisi Allah bukan di sisi manusia lain...kerana daie itu manusia biasa maka pintu taubat sentiasa terbuka untuknya..ingatlah wahai mereka yang bergelar daie...ujian yang Allah berikan adalah merupakan satu anak tangga kepada daie untuk meningkat ke tahap yang lebih tinggi tapi dengan syarat setiap kesilapan dan kesalahan yang dibuat adalah disusuli dengan TAUBAT NASUHA...Allah Maha Pengampun dan Penyayang, kerana Allah yang mencipta daie itu dan Allah juga yang mendatangkan ujian itu untuk melihat sejauhmana rayuan hambanya memohon..memohon dan memohon utk mendapatkan keampunanNYA..apabila seorang daie itu tidak diuji dia akan sentiasa gah dgn kelebihan yang ada padanya...yang kononnya dia lah yang terbaik..maka dengan ujian ini dapat mengingatkan kepada mereka yang bergelar daie bahawa daie juga hamba Allah dan manusia biasa yang melakukan kesalahan, kesilapan dan dosa..hanya dengan kesedaran dan keazaman serta taubat yang dilakukan oleh daie dapat membangunkan dan menaikkan semula semnagat daie itu yang telah jatuh tersungkur...kembalikan hatimu pada pencipta..kembalikan cintamu pada yang berhak..kembalikan segala kesetiaan dan pengorbananmu kepada Yang Maha Satu...moga Allah ampunkan mereka yang bergelar daie..

siapa mereka yang bergelar daie diatas??..tidak ada yang lain melainkan kita yang bergelar daie..kita yang sering diuji Allah..dan kita yang kadang2 tersungkur..rebah ke bumi...dengan keazaman dan kesedaran serta tekad tidak melakukan dosa yang sama utk sekalian kalinya akan menaikkan semula diri kita bukan hanya di sisi manusia tapi di sisi Allah...manusia semua sama yang membezakan adalah TAQWA setiap hambaNYA..moga Allah sentiasa ampunkan kita..dan kita sentiasa di dalam lindungan Allah daripada melakukan maksiat dan kemungkaran..aminn...

Sunday, November 29, 2009

MUKHAYYAM PERDANA IPT 2009





19,20%21 Nov 2009
Khamis,Jumaat& Sabtu
Tg.Chap Beach ResoRT

Alhamdulillah akhirnya selesai satu tugasan dan amanah dalam melaksanakan tugas dakwah ini..moga pengorbanan yg sedikit ini demi islam tercinta akan Allah nilai dgn penilaian yg sungguh berharga amin..
mukhayyam yg julung2 kalinya diadakan utk perlajar IPT, dimana antara IPT yg terlibat adalah IPGSM(maktab sultan mizan, besut), IPGKB(maktab Kota bharu), KJ(kolej jaiputra),USM(u.sains malaysia),UMNP(universiti malaya NILAM PURI)...seramai 43 org akhawat yg terlibat dan ikhwanya hehe tak ingat sowii...sbb ape blh tak ingat ikhwah brape?? huhu sbbnya nama je satu tempat dgn ikhwah tp semua slot dan aktiviti di asingkan so ana pun tak ambik tahulah brape ikhwah dapat dikumpul tp dalam anggarannya maybe 30org rasanya..ape pun alhamdulillah bukan lah satu kerja yg mudah utk mengumpulkan akhawat dan ikhwah ipt ni maklumlah dah dipueghujung sem so semua org ingat nak balik je...so yg terkumpul ni lah rijal2 islam yang sanggup bekorban demi islam..korban masa..korban tenaga..korban duit..dan korban segalanya demi islam tercinta...
mukhayyam ni dinamakan mukhayyam dakhili sbb semuanya indoor je..maklumlah ni musim hujan so tak brape bersesuaian nak wat mukhyyam askari tapi ape2 pun dpt berjalan dgn lancar walaupun pd awalnya agak kelang kelibut,yelah utk akhawat yg ramai tu hanya di handle oleh 6 org ajk shaja agak mencabarlah pd ana tapi pape pun kami tetap bersemangat sebab dapat support dari org2 lama dalam dakwah...syukran jazilan utk mereka...krn mereka yg Allah kurniakan kami dpt bertahan selamanya insyaAllah...
antara slotnya hanyalah di tumpukan kpd ISK shj,ia adalah utk memudahkan dan lebih memahamkan lagi siswa/siswi ini tentang perjalan dakwah dan para sahabat laksanakan...bukanlah satu kerja yg mudah utk menaikkan islam agar menjadi 3/4 dunia tp kini islam seolah2 hilang dari dunia...nauzubillah. islam belum hilang krn kita lah hamba2NYA yg bertanggungjawab menjaga dan meluaskan islam hingga akhirnya hanya islam sahaja yg wujud di bumi ini insyaALLAH..
aktiviti/permainan..tak boleh terjun pantai sbb ombak kuat sangat...subhanallah..tp kami dpt juga ke tepian pantai..main lompat pocong...setiapaktiviti yg kami handle lompat poconglah yg paling glamor sekali hahaha...
tempat penginapan yg best..makanan sedap2..n semua keperluannya cukuplah..takde yg kurang krn kita perlu menjadi hamba Allah yg mensyukuri nikmatnya..ok ni antara gambar2 menarik:






lagi gambar yg best utk anda..hehehe











alhamdulillah selesai.......syukran pd yg terlibat n membantu...mg kita semua thabat di jalan dakwah ini..

Keluhan Seorang Pendakwah

Keluhan Seorang Pendakwah
www.iLuvislam.com
huzaifahar
editor : everjihad




Letih. Letih memikirkan segala masalah di depan mata.
Namun, adakah wajar untuk aku letih?
Sebanyak mana usaha aku andai dibandingkan usaha Nabi dan para sahabat. Berapa banyak usahaku ini berbanding usaha Hassan al-Banna. Layakkah aku untuk berasa letih?

Kecewa.
Hampir setiap jalan yang cuba aku redah menemui jalan buntu.
Namun, adakah layak untuk aku kecewa? Sedangkan Rasulullah S.A.W. yang ditolak oleh kaum sendiri pun tidak berputus asa dalam perjuangan, siapalah aku untuk kecewa?

Sibuk.
Sibuk menjalankan amanah-amanah yang diberi.
Namun, layakkah aku untuk mengaku diri ini sibuk?
Jika aku sibuk, bagaimana dengan Imam Syafie', Imam Ghazali dan Imam Nawawi? Apalah aku dibanding dgn mereka yang jauh lebih sibuk dan jauh lebih hebat dari diriku.

Pedih.
Pedih hati dan fizikal ini apabila menghadapai ujian dalam perjuangan ini.
Namun, apalah erti kepedihan ini dibandingkan dengan Bilal bin Rabah yang dihimpit dengan batu kerana menegakkan kalimah Ahad?

Hampa.
Hampa apabila amar makruf nahi mungkar yang dijalankan tidak diendahkan.
Adakah ini alasan untuk berhenti berjuang?

Sedangkan Nabi Nuh yang beratus tahun berdakwah, hanya sebilangan kecil kaumnya mengikutinya, namun, adakah baginda berputus asa?

Adakah kita selaku pendakwah ini selalu mengeluh? Mengapa perlu kita mengeluh?
Sedangkan sewaktu kita mengaku keIslaman diri, kita sudah menandatangani kontrak dengan Allah. Kontrak seumur hidup. Kontrak untuk bekerja untuk agamaNya.

Jadi, mengapakah kita mengeluh? Tiada alasan untukku berputus asa. Hanya ada satu jalan untukku. Gigih berusaha!

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.
(At-Taubah:111)

CIRI2 PENDAKWAH

from:iLuvislam

Dakwah Islamiah pada mulanya adalah merupakan tugas para Rasul yang kemudiannya dilaksanakan oleh Alim Ulama'. Oleh yang demikian, bolehlah dikatakan bahawa kebahagiaan setiap umat sedikit sebanyak bergantung pada Alim Ulama'. Apabila mereka baik, maka baiklah manusia dan apabila mereka rosak nescaya rosaklah manusia. Ini bererti tanggungjawab Alim Ulama' amatlah besar, dan tugas mereka itu amatlah berat, lebih-lebih lagi kalau mereka menjadikan dakwah (tabligh) sebagai tugas khusus mereka. Pendakwah mesti ada mempunyai sifat-sifat di antara lain seperti berikut :
1. Memahami maksud Al-Quran dan Al-Hadis.

2. Beramal dengan ilmunya.

3. Tahan marah (berlapang dada)

4. Berani, tidak takut kepada sesiapapun dalam menerangkan kebenaran. Celaan manusia tidak akan menghalangnya daripada menjalankan kewajipan.

5. Menjaga diri, tidak mahu kepada harta kepunyaan orang.

6. Berpada-pada dengan kesenangan dunia dan redha dengan harta yang halal walaupun sedikit.

7. Kuat, sihat dan fasih lidah.

8. Mengetahui perkara-perkara di bawah ini :

(a) Hal ehwal orang yang akan menerima dakwah iaitu tentang kesediaannya untuk menerima dakwah, persekitaran dan sosialnya.
(b) ilmu sejarah umum.

(C) Ilmu Psikologi.

(d) Ilmu Geografi.

(e) Ilmu Akhlak

(f) Mazhab-mazhab, aqidah yang betul dan mazhab-mazhab yang salah.

(g) Bahasa orang yang menerima dakwah.

(h) Ilmu kemasyarakatan (sosiologi) yang membincangkan perkembangan masyarakat manusia dan segala yang berkaitan dengannya.

9. Amat mempercayai kepada janji-janji Allah dan mempunyai harapan penuh untuk mendapat kejayaan biar pun usaha dakwah itu memerlukan usia yang lama dan memerlukan pengorbanan yang besar.

10.Tawadu' (merendah diri) dan menjauhkan diri daripada perkara
yang aib.

11.Tidak bakhil mengajarkan apa-apa ilmu yang diketahuinya. Tidak keberatan untuk melakukan sesuatu yang mendatangkan faedah kepada orang lain.

12. Bersifat wakar dan tenang.

13.Tinggi hemat dan mulia diri. Tidak berpuashati dengan perkara-perkara besar yang belum sampai kepada kesempurnaannya dan menjauhkan diri daripada perkara-perkara hina dan marah ketika disedari dirinya serba kekurangan pengetahuan atau bukti.

14. Sabar ketika menjalankan dakwah kerana Allah.

15. Bersikap Taqwa dan Amanah.

BERSIFAT WAKAR DAN AMANAH

Sifat wakar ada pada ;

(a) Orang yang tidak bercakap sesuatu yang sia-sia, sekiranya perlu bercakap dia akan hanya bercakap sekadar yang perlu sahaja.

(b) Orang yang menggunakan gerak-geri bagi menyatakan sesuatu maksud.

(c) Orang yang sedia mendengar segala pertanyaan dan berhati-hati ketika menjawab.

(d) Orang yang tidak gopoh dalam segala perkara.


Di samping itu sifat wakar ini juga dapat menggambarkan ciri-ciri ;

(a) Memelihara diri daripada senda-gurau yang tidak sopan.

(b) Tidak bergaul dengan orang yang suka bergurau dan menghindari majlis mereka.

(c) Menahan lidah daripada menyebut perkataan yang buruk.

(d) Tidak menunjuk-nunjuk diri tanpa sebab yang munasabah seperti duduk di jalan atau di pasar.

Sifat-sifat yang ditonjolkan begini menarik minat orang ramai kerana keperibadian dan akhlak serta kemuliaannya.





Sumber artikel : JAIS

Thursday, November 26, 2009

QIAM AKHAWAT-IPT

Salam alaik..

13 & 14 November 2009

Qiam IPT; akhawat- kj

KJ,USM & IPGKB..

Pada suatu hari yg indah n nyaman..seramai 65 akhawat dari beberapa IPT telah berkumpul di dewan A KJ,hanya dgn satu tujuan n matlamat..utk penerusan tarbiyyah, program qiam telah dijalankan spt tarikh di atas..penganjurnya tetap org yg sama, iaitu org2 lama dlm da’wah n penggeraknya pemudi2 yg cintakan islam insyaAllah..moga kita bersama thabat dlm saf da’wah ini aminn..




khusyuknyer dgr..harap2 fahamlah yer..
.



licin hehe...takpe yg sikit tu kongsi2lah hehehe..



tazkirah pagi...oleh ukhtie dayang hehehe




semua akhawat yg terlibat...alhamdulillah



yg ni memang tak tertinggal langsung kat semua program huhu..yg menceriakn kebosanan hehe

Notes; antara program2 yg berjalan sepanjang bulan november ini..



Wednesday, November 25, 2009

PENERUSAN TARBIYYAHKU..

26 NOV 2009

“Kaki ini terus melangkah..mengorak langkah mencipta impian..melangkah, melangkah..selagi mampu untuk melangkah dibumi Allah ini..dengan ilmu yang secubit ini akan ku cuba sampaikan kepada mereka yang ku sayangi..kerja Da’wah kerja warisan para Nabi..itulah amanat untuk setiap para Daie!!”
“Ya Allah aku mengharapkan pertolongan dan bantuan Mu demi warisan agung ini..amin..”

Tarikh Daurah PENGERAK akan datang J
· 30 & 31 Ogos 2009
· 2 Oktober 2009
· 13 & 14 November 2009
· 25 & 26 Disember 2009
· 22 & 23 Jan 2010
· 14 – 27 Feb 2010

Tarikh Daurah IPT J
· 27 & 28 November 2009



** Moga Niat ikhlas kerana Allah ini membantu diri ini agar terus berterusan di jalan Da’wah ini aminn..

Thursday, November 5, 2009

TauBat Seorang HamBA..

aku hamba yang lemah..yang sering melakukan kesilapan..masa silamku sering menghantui hidup ku..adakah layak aku digelar wanita muslimah wa solehah? aku manusia kerdil dan hina..sering melakukan dosa..insaf dan taubat sering bermain di bibirku..tapi adakah ia betul2 menyerap ke hati ini..ya ALLAH..aku manusia hina...hamba yang tidak mensyukuri nikmat yang telah engkau berikan...aku tidak menggunakan peluang ini sebaik mungkin..andai diberi peluang untuk aku putarkan masa akan aku kembali ke masa lepas dan tidak sekali-kali aku melakukan dosa itu..akan aku perjuangkan diri ini untuk Islam..akan aku pertahankan diri ini dari melakukan dosa..ya ALLAh aku tidak pernah lupa memohon agar engkau selamatkan diriku dari maksiat..sehingga kini diriku masih selamat..aku masih diberi peluang untuk bertaubat dan masih suci dari dinodai..terima kasih Tuhan..terima kasih ALLAH.
inilah secara ringkas kisah seorang manusia..adakah kita benar2 bertaubat seperti seorang hamba di atas??..moga ALLAH menerima taubat kita aminn..

Friday, August 21, 2009

TAZKIRAH RAMADHAN: DOA PALING UTAMA DI BULAN RAMADHAN


APAKAH DOA YANG PALING UTAMA DI BULAN RAMADAN DAN SIAPAKAH DIA UWAIS AL-QARNI?
Oleh Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din
Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Kedatangan bulan Ramadhan walaupun menjadi suatu kebiasaan kepada kebanyakan orang, tetapi sebenarnya ianya menjadi suatu mercu tanda kepada orang-orang yang ingin mencapai kepada matlamat penghidupan yang sebenarnya iaitu seperti yang disebutkan oleh Allah swt;
Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa (Al-Baqarah:183)
Khususnya dalam kontek kita berpuasa disebutkan sebagai “La‘al lakum tattaqun” maksudnya dengan berpuasa kamu akan memperolehi darjat ketaqwaan kepada Allah swt. Menjadi suatu yang agak lumrah kepada insan, biasa disebut, di hafal dan diingati kalimah ini “La‘al lakum tattaqun”, tetapi pernahkah, sampaikah kita ke tahap “tattaqun” itu bila sampai Ramadan dan berakhir Ramadan?
Sampaikah kita kepada apa yang nabi sebut kepada isteri-isterinya dan kepada sahabat-sahabatnya iaitu “Faya ‘ajaban liman adraka ramada na fala yughfarulah”, iaitu maksudnya “Alangkah hairannya (ajaibnya) bagi orang yang telah sampai umurnya kepada menjelang Ramadan, apabila habis Ramadan hairan kalau dia tidak mengambil kesempatan untuk Allah mengampunkan semua dosa-dosanya”.
Tidak ada insan yang tidak berdosa melainkan nabi yang maksom. Kita lihat dizaman ini banyak perkara yang terpaksa kita telan dan kita tempuh. Akibatnya kita terpaksa menerima kemurkaan-kemurkaan Allah swt. kepada hamba-hambanya. Kita lihat dari bala bencana, musibah demi musibah, kita lihat dari berbagai-bagai kejadian yang tidak menyenangkan menunjukkan bahawa adanya kemurkaan Allah. Allah tidak akan murka melainkan kerana besarnya dosa manusia. Kerana itu datang ramadan, memanglah boleh menghairankan orang yang sempat hidup sampai Ramadan, apabila habis Ramadan dosa dia tidak terampun.
Sebab itu Siti Aisyah radiaAllahhu anha ingin sangat untuk bertemua peluang dengan malam Qadar (Lailatul Qadar), dia bertanya kepada nabi “Bilakah berlaku malam Qadar?”. Nabi bertanya kepada Aisyah semula “Apakah kamu nak buat bila kamu bertemu dengan malam Qadar?”. Aisyah menjawab “Saya tak tahu” kemudian Aisyah bertanya lagi “Apakah yang patut saya buat bila bertemu dengan malam Qadar itu?”. Nabi berkata kepada Aisyah “Malam itu malam yang amat baik untuk beramal dimalamnya dan amat mudah dimakbul Allah doanya”. Aisyah bertanya lagi “Apakah doa yang paling baik untuk aku berdoa pada malam itu?” Nabi jawab “ Kalau kamu sempat berjumpa dan mengetahui malam itu ialah malam Qadar berdoalah
“Allah humma innaka ‘afuu ’un karimun tuhib bul ‘af wa fa’ fu ‘anni” (maknanya Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosa ku).
Sebenarnya Nabi dah tahu yang Aisyah itu akan masuk syurga ertinya dosanya telah diampunkan oleh Allah tetapi kenapa Nabi masih menyuruh Aisyah untuk memohon kepada Allah agar diampunkan dosa?. Sedangkan Aisyah memang layak untuk tidak dimasukkan ke dalam neraka, hanya layak ke syurga. Soal dosa dan pahala dia dah tak kisah sangat tapi nabi masih menyuruhnya berdoa supaya Allah ampunkan dosa.Saya nak kaitkan dengan satu kisah iaitu bila Allah bagi tahu kepada nabi Muhammad s.a.w. iaitu ada insan yang akan lahir dikalangan Tabiin (“Tabiin” maknanya satu kumpulan insan yang tidak sempat berjumpa dengan nabi tetapi hanya sempat berjumpa dengan sahabat nabi sahaja. Kalau orang yang sempat berjumpa dengan nabi, itu dipanggil “Sahabat”. Kalau orang yang lahir kedunia ini setelah nabi wafat tetapi sempat berjumpa dengan Sahabat ia dipanggil Tabiin).
Nabi berpesan kepada Umar dan Ali, “Akan lahir dikalangan Tabiin seorang insan yang doa dia sangat makbul nama dia Uwais al-Qarni dan dia akan lahir dizaman kamu”.
Kita telah mengenali siapa dia Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali iaitu orang-orang yang telah disenaraikan sebagai “al-Mubasyirun bil Jannah” iaitu mereka dah dijamin masuk syurga.
Nabi seterusnya berkata kepada Umar dan Ali, “Dizaman kamu nanti akan lahir seorang insan yang doa dia sangat makbul. Kamu berdua pergilah cari dia. Dia akan datang dari arah Yaman, dia dbesarkan di Yaman. Dia akan muncul dizaman kamu, carilah dia. Kalau berjumpa dengan dia mintak tolong dia berdoa untuk kamu berdua.”
Sama juga macam kisah Siti Aisyah tadi, Umar dan Ali bertanya kepada nabi soalan yang sama iaitu “Apakah yang patut saya mintak daripada Uwais al-Qarni, Ya Rasulullah? Nabi menjawab “Kamu mintak kepadanya supaya dia berdoa kepada Allah agar Allah ampunkan dosa-dosa kalian”.
Banyak peristiwa sahabat yang berjumpa dengan nabi, mintak sesuatu yang baik kepada mereka, nabi menjawab “Pohonlah al-Maghfirah daripada Allah swt.” Jadi topik al-Maghfirah (keampunan) ini menjadi topik yang begitu dicari yang begitu relevan, hatta kepada orang yang telah disenaraikan sebagai ahli syurga. Kalau logiknya ahli syurga macam dah tak perlu kepada ampun dosa kerana mereka dah dijamin masuk syurga, tetapi tidak, nabi masih tekankan supaya mintak Allah ampunkan dosa.
Siti Aisyah telah bertemu dengan malam Qadar, dia telah berdoa sepanjang malam sampai ke subuh dengan doa yang nabi ajarkan iaitu “Allah humma innaka ‘afuu ’un karimun tuhib bul ‘af wa fa’ fu ‘anni” (maknanya Ya Allah, Kamulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosa saya).
Memang benarlah firasat seorang nabi, Uwais al-Qarni telah muncul di zaman Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali. Memang mereka tunggu dan cari kabilah-kabilah yang datang dari Yaman ke Madinah, akhirnya bertemu mereka dengan Uwais al-Qarni.
Dengan pandangan mata luar, tidak mungkin dia orang yang nabi maksudkan. Kerana orang itu pada pandangan insan-insan biasa atau orang-orang yang datang bersama dengannya bersama kabilah menganggapkan dia seorang yang akal tidak sempurna (wire short), sesuatu yang macam tidak betul pada pandangan orang. Tetapi dia ada sesuatu…..
Asal usul Uwais al-Qarni
Dia asalnya berpenyakit sopak, badannya putih, putih penyakit yang tidak digemari. Walaupun dia sopak tetapi dia seorang yang soleh, terlalu mengambil berat tentang ibunya yang uzur dan lumpuh. Dia telah begitu tekun untuk mendapatkan keredhaan ibunya. Bapa dia meninggal dunia ketika dia masih kecil lagi. Dia sopak sejak dilahirkan dan ibunya menjaga dia sampai dia dewasa.
Satu hari ibunya memberitahu kepada Uwais bahawa dia ingin sangat untuk pergi mengerjakan haji. Dia menyuruh Uwais supaya mengikhtiarkan dan mengusahakan agar dia dapat dibawa ke Mekah untuk menunaikan haji.
Sebagai seorang yang miskin, Uwais tidak berdaya untuk mencari perbelanjaan untuk ibunya kerana pada zaman itu kebanyakan orang untuk pergi haji dari Yaman ke Mekah mereka menyediakan beberapa ekor unta yang dipasang diatasnya “Haudat”. Haudat ini seperti rumah kecil yang diletakkan di atas unta untuk melindungi panas matahari dan hujan, selesa dan perbelanjaannya mahal. Uwais tidak mampu untuk menyediakan yang demikian, unta pun dia tidak ada, nak sewa pun tidak mampu.
Ibu Uwais semakin uzur maka ibunya mendesak dan berkata kepada anaknya “Anakku mungkin ibu dah tak lama lagi akan bersama dengan kamu, ikhtiarkanlah agar ibu dapat mengerjakan haji”.
Uwais mendapat suatu ilham, dia terfikir apa nak dibuat. Dia membeli seekor anak lembu yang baru lahir dan dah habis menyusu. Dia membuat sebuah rumah kecil (pondok) di atas sebuah “Tilal” iaitu sebuah tanah tinggi (Dia buat rumah untuk lembu itu di atas bukit).
Apa yang dia lakukan, pada petang hari dia dukung anak lembu untuk naik ke atas “Tilal”. Pagi esoknya dia dukung lembu itu turun dari “Tilal” untuk diberi makan. Itulah yang dilakukannya setiap hari. Ada ketikanya dia mendukung lembu itu mengelilingi bukit tempat dia beri lembu itu makan.
Perbuatan yang dilakukannya ini menyebabkan orang kata dia ini gila. Memang pelik, buatkan rumah untuk lembu diatas bukit, kemudian setiap hari usung lembu, petang bawa naik, pagi bawa turun bukit.
Tetapi sebenarnya niatnya baik. Kalau lembu kita buat begitu pagi sekali petang sekali daripada lembu yang beratnya 20kg, selepas enam bulan lembu itu sudah menjadi 100kg. Otot-otot (muscle) tangan dan badan Uwais menjadi kuat hinggakan dengan mudah mengangkat lembu seberat 100kg turun dan naik bukit.
Selepas lapan bulan dia buat demikian telah sampai musim haji, rupa-rupanya perbuatannya itu adalah satu persediaan untuk dia membawa ibunya mengerjakan haji. Dia telah memangku ibunya dari Yaman sampai ke Mekkah dengan kedua tangannya. Dibelakangnya dia meletakkan barang-barang keperluan seperti air, roti dan sebagainya. Lembu yang beratnya 100kg boleh didukung dan dipangku inikan pula ibunya yang berat sekitar 50kg. Dia membawa (mendukung dan memangku) ibunya dengan kedua tangannya dari Yaman ke Mekah, mengerjakan Tawaf, Saie dan di Padang Arafah dengan senang sahaja. Dan dia juga memangku ibunya dengan kedua tangannya pulang semula ke Yaman dari Mekah.
Setelah pulang semula ke rumah dia di Yaman, Ibu dia berkata kepada dia “ Uwais, apa yang kamu berdoa sepanjang kamu berada di Mekah?”. Uwais menjawab “Saya berdoa minta supaya Allah mengampunkan semua dosa-dosa ibu”. Ibunya bertanya lagi “Bagaiman pula dengan dosa kamu”. Uwais menjawab “Dengan terampun dosa ibu, ibu akan masuk syurga, cukuplah ibu redha dengan saya maka saya juga masuk syurga”.
Ibunya berkata lagi “Ibu nak supaya engkau berdoa agar Allah hilangkan sakit putih (sopak) kamu ini”. Uwais kata “Saya keberkatan untuk berdoa kerana ini Allah yang jadikan. Kalau tidak redha dengan kejadian Allah, macam saya tidak bersyukur dengan Allah ta’ala”. Ibunya menanbah “Kalau nak masuk syurga, kena taat kepada perintah ibu, Ibu perintahkan engkau berdoa”.
Akhirnya Uwais tidak ada pilihan melainkan mengangkat tangan dan berdoa. Uwais berdoa seperti yang ibu dia minta supaya Allah sembuhkan putih yang luar biasa (sopak) yang dihidapinya itu. Tetapi kerana dia takut masih ada dosa pada dirinya dia berdoa “Tolonglah Ya Allah kerana ibu aku suruh aku berdoa hilangkan yang putih pada badanku ini melainkan tinggalkan sedikit”
Allah swt. sembuhkan serta merta, hilang putih sopak diseluruh badannya kecuali tinggal satu tompok sebesar duit syiling ditengkuknya. (Kalau bagi nabi, baginda ada Khatam Nubuwah iaitu tanda kenabian, tanda pada nabi bersinar) Tanda tompok putih pada Uwais sebab dia mintak agar jangan dibuang kesemuanya, kerana ini (sopak) adalah anugerah, maka nabi sebut kepada Umar dan Ali akan tanda ini. Tandanya kamu nampak dibelakang dia ada satu bulatan putih, bulatan sopak. Kalau berjumpa dengan tanda itu dialah Uwais al-Qarni.
Selepas tidak lama Uwais berdoa yang demikian, ibunya telah meninggal dunia. Dia telah menunaikan kesemua permintaan ibunya. Selepas itu dia telah menjadi orang yang paling tinggi martabatnya disisi Allah. Doa dia cukup makbul hatta penyakit sopak pun boleh sembuh. Mengikut al-Quran, Nabi Isa Alaihisalam yang pernah berdoa untuk kesembuhan penyakit sopak dizamannya.
Berbalik kita kepada point asal, Sayidina Umar dan Sayidina Ali dapat berjumpa dengan Uwais ini minta satu sahaja iaitu minta supaya doakan supaya Allah swt. mengampun semua dosa-dosa mereka.
Ketika Uwais al-Qarni berjumpa Umar dan Ali, dia berkata “Aku datang ini dari Yaman ke Madinah kerana aku nak tunaikan wasiat nabi kepada kamu iaitu supaya kamu berdua berjumpa dengan aku. Aku datang ini nak tunaikan wasiat itulah”. Maka Uwais pun telah mendoakan untuk mereka berdua.
Doa yang paling utama di malam Qadar
Seperti yang saya sebutkam dipermulaan tadi “Faya ‘ajaban liman adraka ramada na fala yughfarulah”, Memang hairan orang yang dapat hidup sampai Ramadan ini, tetapi dosa dia tidak diampun.
Kalau malam ini malam Qadar, fokus kita selalunya memanglah nak minta hal-hal keduniaan. Kalau kita dapat rasakan dalam perasaan dalaman seorang insan kecil hamba Allah ini apa yang hendak kita mintak di malam Qadar? Saya rasa orang tidak begitu berminat untuk minta supaya diampunkan segala dosa, mereka akan minta yang lain pula, minta saham naik, perniagaan laris, dapat kahwin lagi dua, kaya, mesti pilihan mereka kepada kesenangan-kesenangan dunia, sedangkan “Wallah yuridul akhirah”. Allah dan RasulNya lebih mengutamakan penghidupan akhirat itulah yang paling mustahak sekali.
Selama ini pun kita tidak tahu bahawasanya terampunkah dosa-dosa yang telah kita buat? walaupun kita rasa macam dosa itu Allah telah ampunkan.
Ada peluang yang macam ini iaitu malam Qadar atau berpeluang berjumpa dengan orang-orang yang konfirm macam tadi iaitu doa-doa mereka makbul seperti orang-orang yang soleh dan seumpamanya doa yang paling utama dan besar diminta ialah minta supaya Allah mengampunkan semua dosa-dosa kita.
Bukan kata orang lain sebagai contoh besar, hatta nabi yang dikatakan “Ghoforollah hu mat taqadaman”, Allah ta’ala ampunkan dosa dia yang telah lalu (jika ada) dan juga ampun untuk yang akan datang.
Tetapi kenapa nabi masih berdoa kepada Allah tiap-tiap hari tidak kurang dari seratus kali iaitu “Astagh firruka humma waatubu ilaih”. Sehari seratus kali , sembahyang baginda, berdoa panjang-panjang sampai dikataka juga (hadith Aisyah) sampai bengkak kaki nabi. Sampai Siti Aisyah berkata kepada nabi, “Ya Rasulullah, kenapalah sampai kamu teruk-teruk beribadah hingga bengkak kaki, sembahyang lama-lama, menangis lama-lama, tidakkah Allah telah ampunkan dosa kamu dahulu dan kemudian?”. Nabi menjawab “Kalau demikian adanya mengapa aku tidak menjadi hamba yang bersyukur”.
Syukur maknanya melakukan ibadah kepada Allah swt. Inilah yang saya katakan tadi, datanglah sistem yang Islam kemukakan kepada ummah, seluruh aktiviti-aktiiti ibadah, penumpuan kepada persiapan-persiapan yang dikatakan “Wa tazau wadu” kesemuanya ditujukan ke arah pembersihan diri, hati, akal dan budi daripada yang dipanggil “al-khush” (yang tidak baik).
Al-Quran memberikan satu analogi iaitu Bumi kalau sudah cantik dan subur dia mudah menumbuhkan pokok-pokok yang bermanfaat dan bagi bumi yang kotor (bagi maksud tidak sesuai ditanam tumbuhan) seperti tempat berbatu dan berpasir, tanam apapun tak tumbuh, kalau tumbuh pun dia tak jadi seperti tempat yang lain.
Maksudnya sama seperti insan, kalau yang disimpan dalam diri kita ini kotor (benda yang jijik) maka tidak akan keluar melainkan yang kotor juga. Kalau dalam diri kita baik, dia akan menumbuhkan yang baik, amal dia baik, kata-kata dia baik, akhlak dia baik, muammalah dia baik dan dia dikatakan orang yang baik.
Allah itu baik, Dia tidak terima amalan melainkan amalan yang baik juga. Sebab itu dari awal Islam datang dah ada sistem seperti contoh ayat-ayat al-Quran yang awal turun surah Al-Mudatsir, firman Allah yang bermaksud “Wahai orang-orang yang sedang tidur, bangunlah kamu beri peringatan kepada manusia (maknanya bergerak dalam satu wadah perjuangan, mengerakkan jiwa diri sendiri dan jiwa insan) dan kepada Tuhanmulah kamu wajib membesarkanNya, jangan mengagungkan yang lain, agungkan Allah swt. sahaja.
Caranya diberikan beberapa analogi seperti apa yang kamu pakai iaitu pakaian biasa, rumah tempat tinggal, kereta yang dinaiki dan apa sahajalah mestilah yang bersih, kamu kena sucikan dia. Sebab ini sangat kena dengan ayat yang nabi hayati. Diantara pakaian yang nabi suka pakai ialah pakaian putih yang melambangkan suci dan bersih. Walaupun kadangkala nabi pakai warna merah dan hitam didalam peperangan tetapi yang paling nabi sukai ialah warna putih.
Sebab itu kita lihat, pakaian haji putih, kain kafan putih (tak pernah nampak lagi kain kafan warna hijau, kain kafan biru lagi tak pernah nampak). Ditempat saya masjid-masjid gunakan kain putih sebagai alas tempat sujud. Serban umumnya putih. Serban nabi putih kadangkala ada yang hijau.
Apabila diluar memakai pakaian putih bersih maka didalam diri perlu buang segala kekotoran. Islam mengajar agar diluar bersih sehingga kedalam diri juga bersih. Kalaulah inilah yang nabi buat dari pada mula memanglah bulan Ramadan ini yang utama ialah untuk membersihkan diri.
Dengan puasa yang kita buat, malam kita bertarawih, berdoa secara bersistematik dari awal ramadan sampai akhir ramadan iaitu doa;
“Allah humma innaka ‘afuu ’un karimun tuhib bul ‘af wa fa’ fu ‘anni” (maknanya Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosa ku).
Kalau dibuat setiap malam dari awal ramadan sampai akhir ramadan pastilah kita jumpa dengan satu malam yang mana malam ini ialah malam Qadar. Sebab dia pasti datang setiap tahun dibulan ramadan. Kalau kena malam itu maka sampailah tujuan tadi kita dapat memohon daripada Allah swt. minta yang paling berharga iaitu bermohon agar Allah mengampunkan semua dosa-dosa kita. Kalau bertemu demikian kita sampailah kepada matlamat tadi iaitu “La’al lakum tat takun” dengannya kamu bertaqwa, dengannya kamu sampai kepada matlamat yang dikatakan tadi.
“Ya ‘ajaban”, memang menghairankan orang yang sempat datang Ramadan kepadanya dia tidak manfaatkan ramadan itu untuk Allah ampunkan semua dosa-dosanya.
Semua krisis-krisis dunia, semua masalah yang insan hadapi didunia, yang kita hadapi hari ini dalam semua masalah, pergaduhan, hutang yang banyak, akan berakhir bila orang itu mati. Kita berjanji dengan orang, bertelagah, bergaduh, semua krisis-krisis dunia ini kepada seorang insan dia habis bila dia mati.
Tetapi krisis dosa dengan Allah ta’ala khasnya krisis keimanan, krisis kerana kita menyimpan dosa yang melibatkan iman dan sebagainya, didunia dia tidak menampakkan masalah tetapi sebenarnya ia akan bermula apabila telah hampir nak mati, masuk kubur lagi masalah, alam barzakh lagi masalah, sampai kepada alam mahsyar lagi bermasalah puncanya balik kepada dosa tadi.
Sebab itu nabi telah bagi satu garis panduan yang cukup senang kita faham. Kita tidak disuruh minta dimalam Qadar supaya turun emas dari langit, minta agar dikasihani oleh semua orang, minta agar dijadikan ketua selama-lamanya, untung berniaga, bukan itu yang patut diminta. Sebaliknya nabi bagi contoh kalau ini dapat kamu capai walaupun dunia kamu susah sekejap tetapi kamu akan berakhir krisis dunia ini bila kamu mati.
Jika kamu ada dosa ini mati bermula suatu penghidupan yang perit, malah dari sejak nak mati sekalipun sudah bermula, sampai kepada peringkat orang-orang yang “Zalimi an fusu hum” orang-orang yang menzalimi diri mereka dalam kehidupan ini kerana membiarkan dosa, banyak melakukan dosa, tidak cuba untuk membuang dosa, bila nak mati akan datang malaikat kepada mereka dengan pemukul untuk pukul muka, belakang hingga ke punggung mereka. Ia bermula daripada nyawa nak keluar, tergantung-gantung diantara langit dan bumi, diantara barzakh dengan tidak barzakh, masuk kubur terseksa.
Sebab itulah nabi nak lepaskan kita daripada seksaan ini semua, nak pastikan kepada isteri dia Siti Aisyah pun berpesan “Kalau kamu dapat malam Qadar jangan minta yang lain selain daripada minta supaya diampunkan Allah segala dosa”.
Ingatlah juga ketika nabi berpesan kepada orang yang dia sayangi iaitu Umar (bapa mertuanya) dan Ali (menantunya) kalau kamu berjumpa dengan Uwais al-Qarni mintalah supaya Allah ampunkan segala dosa kamu. Begitu juga nabi berpesan kepada sahabat-sahabat yang lain supaya bermohon supaya Allah ampunkan segala dosa.
Penutup
Memang telah menjadi tradisi kita di Darussyifa’, kita bertemu sekali dalam bulan Ramadan bersama-sama berbuka puasa, bersolat tarawih dan saya berpeluang untuk berucap mengajak diri saya dan mengajak semua orang. Kita akan manfaatkan Ramadan ini dengan fokus kita supaya tidak ada lagi dosa, kalau ada dosa diampunkan. Caranya kita jangan tambah dosa, yang ada selesaikan. Minta ampun yang berbaki daripadanya.
Dan AlhamdulilLah jika kita diambil oleh Allah dibulan Ramadan lebih-lebih lagi jika kita mati di Mekah di bulan Ramadan. Macam baru-baru ini orang Malaysia yang mati kemalangan jalanraya di Mekah, kita cemburu kerana Allah pilih dia dan tidak pilih kita. Pilih mereka yang dalam musafir, dalam keadaan buat Umrah, dalam bulan Ramadan pula, mati syahid dunia kerana mereka luka parah, kemudian disembahyangkan pula di Masjidil Haram yamg setiap malam sembahyang itu jutaan manusia yang mendoakan mereka masuk syurga. Jadi itu satu keberuntungan kerana Allah pilih mereka. Kita pula menunggu giliran entah dimana..
Maka persediaan kepada kita, pada saya, pada saudara sekalian, kita ambil peluang Ramadan ini untuk Allah ampunkan dosa kita semua. Supaya kita termasuk dikalangan hamba yang akan beruntung khasnya selepas kita kembali kepada Allah swt.
Selamat berpuasa, selamat berhari raya, maaf zahir batin, terima kasih kepada yang menganjurkan majlis malam ini Darussyifa’ dan kita mengharapkan kepada Allah swt. agar sentiasa menghimpunkan kita sebagai orang-orang yang sentiasa berkasih sayang dan saling bermaaf-maafan menuju kepada kerahmatan dan keberkatan Allah swt.

SaLam RamaDhaN KAriM

Selamat berpuasa kepada semua umat Islam di dunia ini..moga2 ramadhan kita pada kali ini adalah yang terbaik dari yang sebelum2 ini..biarlah kita menganggap ramadhan ini adalah ramadhan terakhir untuk kita sebelum kita dijemput bertemu ILaHI..amin..
sedikit peringatan pada autum n diri ana jugk..ana harap kita sama2 ade azam n smgt thun ni utk tak tinggal SOLAT WAJIB,PUASA,KHATAM QURAN 30 JUZU', SOLAT TARAWIH, SEDEQAH,QIAMA n beberapa perkara WAJIB n SUNAT.
riwayat dari Nabi: "barangsiapa berpuasa di bulan ramadhan dgn penuh Iman dan Ikhlas kerana Allah maka diampun segala dosanya yang telah lalu" h.r bukhari muslim