Monday, February 23, 2009

Duhai HatiKu

duhai hati..
bersabarlah..
selagi nyawa masih di jasad...
selagi roh belum bertemu Allah...
bekerjalah wahai jasad..
sebelum jasad dikebumikan..

Ya Allah..
Ampunkan dosaKu..
hambaMu yg lemah..dan hina..
terlalu banyak diriku berdosa..
tanpa aku sedar dan sengaja..

mungkin ini adalah ujian Allah..
kerana dengan ujian hambanya menjadi kuat..
aku tak pinta ujian sehebat ini..
kerana seolah-olah aku tahu tahap kemampuan diriku..
tapi aku 'kurang' sedar bahawa Allah lebih mengetahui tentang diriku..
ampunkan aku ya Allah..

aku menangis..menangis..dan menangis..
tiada seorang hambaMu yg mengetahui lara hatiku..
melainkan Engkau ya Allah..
sahabatku ramai..
tapi aku tak bisa meluahkan rasa hati ini ya Allah...
kerana aku terlalu kerdil...
hari ini aku menangis lagi ya Allah...
menangisi nasib diriku yg lemah...
bagaikan tak sudah2 ujianMu datang ya Allah..
aku penat ya Allah..
aku lelah ya Allah..
aku lemah ya Allah..
aku lemas ya Allah..
berdosalah aku kerana seolah2 tidak mampu menampung ujian Mu ya Allah..
ujian Mu yang terlalu kecil bagi rakyat Palestin..
aku belum berjuang dan berjihad..
tapi aku seolah2 sudah 'menyerah kalah'...

aku menangis lagi ya Allah...
Engkau tenangkanlah hatiku ya Allah..
hatiku yang sering runsing memikirkan perihal diri..
yang tidak sudah2 di uji..
kasihilah hambaMu ini ya Allah..
hambaMu yang lemah ya Allah..

kadang2 aku 'berlagak' seperti biasa..
kerana diriku tidak bisa meluah rasa pada manusia bergelar sahabat...
kerana aku sedar mereka hanya boleh..
mendengar..melihat...mensimpati..tanpa merasai...
diriku merasai...diriku mengalami....diriku adalah diriku...
ya Allah...
andai ini ujianMu yang paling hebat..
berikan aku kekuatan utkku hadapinya dengan tenang...
aku tidak ingin mengeluh..
tapi aku ingin meluah rasa hati..
bukan untuk memohon simpati manusia..
tapi memohon simpati...
memohon pertolongan..
dan memohon keampunan Mu ya Allah..
tabahkan hatiku ya Allah..
berikan petunjukMu ya Allah...
kuatkan hatiku ya Allah.....ampunkan dosaku ya Allah...

berilah peluang padaku utk bertaubat sebelum aku bertemu Mu ya Allah..
ya Karim...ya Rahim...ya Khaliq...
ya Rabb..ya Rabb..
ya Rabb..
ya Rabb.

Sunday, February 22, 2009

couple i2 HARAM!!!

22/2/2009
AHAD
Bismillahirrahmanirrahim....
Pernah seketika dulu saya rasa saya tak berguna..Masa dalam kelas kawan-kawan semua tak suka..Saya nak 'join', kawan kata saya menyibuk..Ada pula yang kate saya kuat emo..Sikit-sikit nak marah..Padahal sebenarnye saya nak tegur mereka buat bising masa belajar..
Lepas tu saya cuba buat lawakkononnya nak tarik perhatian orang lainsaya paling gembira bila ada orang gelak bila dengar lawak sayaterutamanya pelajar-pelajar perempuan..Budak-budak lelaki semua kata saya 'mat capub'(cari publisiti)..tapi saya tak kesah..asalkan ada yang terhibur..
Tapi saya tetap merasakan kekosongan..Memang lumrah manusia..Seoarang lelaki akan tertarik kepada wanitaMacam itulah yang saya rasa..Saya tengok kawan-kawan dah ada yang 'couple'..Di dorm sms awek sampai pagi..ada yang call awek sampai satu malam boleh habis 10 ringgit..
Saya mula berfikir.."Adakah aku perlu BERCINTA?"Dengan menggunakan akal seorang pelajar tingkatan 4 itu..saya pun mula menanam tekad untuk ber'couple'..Dan masa itulah saya kenal awak..saya rase saya dah jumpa orang yang paling penting dalam hidup saya..
Mula-mula awak jual mahal..Tapi saya tak kisah..nak beli gak..akhirnya, dipendekkan cerita..saya pun mulalah BERCINTA..
Masa bercinta,memang saya sangat-sangat bersemangatApa orang kata..'ALL OUT'lah..haha..Saya selalu call awak,awak pun selalu call saya..'gayut' malam-malam..kadang-kadang saya pun habis RM10 satu malam..Tetapi segala PENGORBANAN yg dilakukan masa ber'couple' tu..Tidak terasa pun kehilangannya..
Mase bercinta memang indah..Semuanya indah..Sikit-sikit gurau-gurauSikit-sikit gelak-gelakkalau merajuk men pujuk2..kalau 'birthday' kita sambut sama-sama..
Untuk diri ini,terasa amat bahagia..Sebab masa itulah terasa diri ini dihargai..Saya pernah terikir..Biarlah kawan-kawan saya tu pandang saya semacam,kata saya macam-macam..Asalkan awak memahami saya..
Satu hari saya dengar ceramah..Alhamdulillah..Dalam ceramah tu saya sedar,saya banyak buat dosadan saya kena brubah..Hidup saya mesti selari dengan Islam..Saya kena jadi baik..Sebab memang itu fitrah manusia..menginginakan kebaikan..semua orang nak masuk syurga kan?
Sejak dari saat itu saya mula rapatkan diri dengan masjid..Rapatkan diri dengan Al-Quran..Selalu solat jemaah awal waktu..Selalu dengar tazkirah..
Saya beli terjemahan Quran, sebab nak tadabbur QuranSaya beli dua, satu untuk saya, satu untuk awak,Saya taknak jadi baik seorang diri..jadi saya ajak awak sekali..Saya ajak awak baca Al-Quran..saya kejut awk bangun subuh..(calling)saya ajak awak saling beri tazkirah..
Mula-mula awak terkejut dengan perubahan saya..Awak ingat saya dah nak jadi alim, nak brenti couple.Saya kata,kita bukan buat benda yang salah..bercinta kerana Allah..Kita couple tak macam orang lain..Orang lain couple 'jiwang-jiwang' je..ade yang siap wat mksiat lg..pegang-pegang tangan dan macam-macam lagi..Tapi kita couple baik-baik..Jaga batas-batas syara'..Tak guna ayat jiwang-jiwangjanji taknak jumpa, takut berlaku maksiat..cuma sms dan call je..
Dan awk terima perubahan saya itu..Saya pun banyak nasihat awak..Awk pun terima..Walaupun kadang-kadang awak merajuk sebab teguran saya tuTapi saya faham, perubahan memerlukan masa..Dan akhirnya saya rasa..Hubungan kita semakin diredahai..Saya salu doa supaya kita akan kekal sampai ke gerbang perkahwinan..
Dalam proses perubahan saya,Saya mula menyedari bahawa berdakwah itu wajib..Kita kena menyampaikan kepada orang tentang kebenaran.Kalau kita tidak berdakwah..kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak.sesuai dgn firmanNya dlm surah Al-A'raf,surah ke 7,ayat ke 164:
Dan (ingatlah) ketika suatu umat diantara mereka berkata: "Mengapa kamumenasihati kaum yang Allah akanmembinasakan mereka atau mengazab merekadengan azab yang amat keras?" Merekamenjawab: "Agar kami mempunyai alasan(pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu,dan supaya mereka bertakwa".
Lepas tu saya mulalah beri tazkirah pada kawan-kawan dan adik-adikTegur mereka apa sahaja yang silap..Saya tak boleh tahan bila tengok orang buat salah/dose..Saya mesti nak tegur.Selemah2 iman tegur dengan hati, oleh sebab saya nak jadi orang kuat iman..Ape lagi..tegur je la depan-depan..huhu~~
Lepas tu, satu masa..saya terbaca pasal couple..
"COUPLE HARAM"
Saya tak percaya..tapi bila baca detail-detail yang dia bagi..macam betul pulak..huhu~~tapi biasala..kalau kita suka satu benda tu..kita tetap akan cari alasan untuk 'membenarkan' pendapat kita..
Saya pun buat tak tahu pasal benda tu..dan teruskan saja hubungan kita..kita tak buat maksiat..Kita jalan-jalan pegang tangan..tak jiwang-jiwang..Cuma saling ambil berat..Tanya khabar..Borak-borak..Siap bagi tzkirah lagi..Apa yang haramnya dengan benda ni?Tak kisahlah..
Masa terus berlalu...
Masa ni dah nak dekat Trial SPM..lagi tiga minggu sebelum trial..dalam masa tu, saya memang rajin study dengan kawan..buat study groupPada masa yang sama, bagi tazkirah..
Ada yang terima..ada juga yang buat tak tahuKadang-kadang bila tegur..saya kena marah pula..macam-macamlah alasannyaada kata saya tegur tak berhikmah..ada yang kata saya menunjuk-nunjuk je..Tapi tak kisah..saya ada tempat mengadu..huhu~~
Suatu masa..ketika sedang mentadabbur Al-Quran seorang diri..saya terjumpa ayat ini..
Mengapa kamu suruh orang lain(mengerjakan) kebajikan, sedang kamumelupakan diri (kewajiban) mu sendiri,padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)?Maka tidakkah kamu berfikir?(Al-Baqarah, ayat 44)
Saya pun terfikir..
"Selama ini aku asyik tegur orang je.Tapi aku sendiri masih banyak kekurangan,Cepat marah, suka buang masa,ade gak dosa-dosa yang masih dilakukan..Macam mana ya?"
Lepas tu terjumpa pula ayat ini..
Dan janganlah kamu campur adukkan yanghak dengan yang batil dan janganlah kamusembunyikan yang hak itu, sedang kamumengetahui.(Al-Baqarah ayat 42)
Tiba-tiba saya terfikir satu keritikan kawan..
"Alah kau tu..cakap je berapi..gaya alim,tapi couple gak..sama aje kaudengan kami..tegur orang konon.."
Berfikir sejenak..Sebenarnye ber'couple' ni boleh ke tidak?Adakah selama ini saya hanya menganggap ia boleh?Habis tu, kenapa saya rasa malu bila mak dan ayahtahu saya selalu berhubung dengan perempuan?Dan terkadang saya rasa serba salah?
Macam-macam yang saya fikir..
Dipendekkan cerita lagi sekali..saya ke Pulau Pinang untuk mengikuti satu seminar dkwh..Saya harap dengan seminar ni kefahaman saya mengenai dakwah akan lebih mantap..
Dalam perjalanan ke seminar tu..saya masih sms lagi dengan awak dalam bas..sempat lagi pesan-pesan supaya jangan lupa baca Al-Quran hari ini, solat awal waktu..Dalam fikiran saya.."Ni kira dakwah juga..saling ingat-mengingati.."

******

Majlis malam itu berakhir dengan sesi ta'aruf,pukul 10 semua orang dah bebas untuk aktiviti sendiriLagipun kami semua penat..takkan nak panjang-panjangkan program sampai tengah malam..pihak penganjur pun faham..
Tiba-tiba saya tergerak hati untuk bertanya dengan fasilitator yang ada di situ..Saya rasa inilah masa terbaik untuk tanya pendapat dia tentang couple.Tapi saya tragak-agak.."Kalaulah betul couple tu salah..habis tu,nakbuat macam mana? Aku kena clash ke?Alah,buat apa fikir macam tu..tanya je la. Kalautak buat salah, apa nak ditakutkan?"
Lalu saya menghampiri 'Brother' fasilitator tu..Masa tu dia tengah membelek-belek terjemahan Al-Qurannya seorang diri.
"Assalamualaikum, bang, saya nak tanya sikitboleh?"
"Em,boleh..duduklah. Nta nak tanya apa?"
"Er..macam ni,sebelum saya terlibat dengan dakwah ni, saya ada kenal seorangkawan ni, perempuan la. Tapi bukanla setakat kawan biasa..rapat gak la. Bukan rapat biasa,tapi rapatla.."
"Bercinta ke?"
Saya malu nak cakap yang saya couple. Nanti apa pula brother tu kate..mesti dia marah nnt. Saya pun angguk. Lepas tu saya tanya..
"Sebenarnya..couple ni boleh ke tak bang?"
"Akhi, memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik kepada perempuan, begitu juga perempuan akan tertarik kepada lelaki. Tapi dalam Islam, perasaan itu perlu dikawal dan ada batasnya. Pergaulan perlu dijaga. Allah firman dalam surah Al-Isra', surah ke 17, dalam ayat yg ke 32:Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."
"Tapi bang,saya tak nampak pun yang kami ni menghampiri zina. Niat kami baik. Saya dah cuba sedaya upaya mengawal perhubungan kami. Sms pun takdelah jiwang-jiwang, selalu bagi tazkirah lagi. Kami selang-selang bagi, hari ni saya, esok dia."
Saya tak mahu mengalah.
"Memang betul niat nta baik. Tapi ingat, niat tak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap sahaja batil, yang haq tetap haq. Cuba tengok ayat ni."Sambil brother tu bukak Al-Quran dia, dan tunjuk pada saya ayat ini:Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baikperbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.(Surah Al-Anakabut,Surah 29, ayat 38)
"Akhi, kalau nta paham ayat ni, sebenarnya apa yang berlaku pada nta ialah, setan telah buat nta pandang indah benda buruk yang nta lakukan. Walaupun nta berpandangan tajam, maksudnya nta berilmu tinggi. Memang pada mulanya niat nta baik, tapi ingat, syaitan itu sangat licik. Dia akan sedaya upaya buat nta terjerumus ke dalam kemaksiatan. Lagipun, takkanlah sepanjang masa nta sms dengan dia, nta ingat Allah. Mesti ada masanya nta hanya melayan perasaan dengan dia, kan?"
Betul juga katanya. Lepas tu saya kata, "Tapi bang, saya dah janji dengan dia taknak jumpa lg. Sebab saya tahu kalau berjumpa nanti banyak bahayanya. Dan dia pun setuju. Kami sama-sama menjaga diri. Takkanlah ia boleh membawa kepada zina juga bang?"
"Em, betul, nta dah janji taknak jumpa dengan dia lagi. Nta dah dapat
elakkan zina mata, zina tangan, zina kaki. kalau nta janji taknak call die pula, nta dapat elak zina telinga dan zina lidah. Tapi akh..masih ada zina yang tetap nta tak dapat elak apabila bercouple.."
"Zina hati?" Saya menduga.
"Betul, zina hati. Semua inilah yang Rasulullah jelaskan dalam hadithnya tentang bagaimana menghampiri zina tu. Nta boleh 'check' dalam Riyadahus Solihin, bawah bab larangan melihat wanita. Rasulullah bersabda, mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia. Hakikatnye, macam mana pun nta buat, nta tetap tak dapat lari daripada zina hati."
Saya terdiam..kelu. Tak tahu apa nak dikata. Semua yang brother tu kata tiada yang salahnya. Kemudian dia sambung..
"Ana dulu pun couple gak. Lagi lama daripada nta. Sejak sekolah sampai dah masuk U, dekat nak gred. Tapi bila ana sedar apa yang ana buat ni salah, ana trus tinggalkan. Ana siap dah fikir, dialah bakal isteri ana, yang akan jadi ibu kepada anak-anak ana. Kalau nak diikutkan lagi besar masalah ana daripada nta."
"Saya risau la bang. Nanti apa kawan-kawan dia kata. Dulu saya selalu minta tolong mereka untuk rapat dengan dia. Mesti nanti mereka semua tak puas hati dengan saya. Dan dia sendiri pula, saya takut apa-apa akan jadi pada dia kalau dia tak dapat terima keputusan ni. Sebab kami dah rapat sgt."
Masa tu saya dah mula sebak. Malu betul. Menangis depan brother tu cerita pasal benda ni. Nasib baik tak ada org lain masa tu. Brother tu jwb..
"Kalau kawan-kawan dia tak puas hati pun, mereka boleh buat apa? Paling teruk pun, mereka akan mengata di belakang nta. Nta tak kurang sikit pun. Lagipun, dalam berdakwah ni, kita nak cari redha Allah, biarlah orang nak kata apa-apa sekali pun, yang penting redha Allah. Kalau Allah tak redha, semuanya dah tak bermakna lagi."
Saya trdiam lagi.
"Pasal die pula, cube nta fikir dari sudut positif, mungkin dia akan terima keputusan nta scara matang. Mungkin dia juga akan buat keputusan untuk tidak lagi bercouple. Ana yakin, die takkan buat apa-apa perkara bodoh. Kalau die buat sekalipun, itu bukan tagguungjawab nta, apa yang nta nak buat tu betul, meninggalkan maksiat. Semua orang akan tanggung balasan atas perbuatannya sndiri."
Saya dah tak dapat tahan lagi. Masa itu saya menangis, saya dah sdar yang saya kena berhenti couple. Dah jelas sekarang, couple tu haram.
"Jadi apa saya nak buat bang?"
"Ana dulu, hantar satu sms je kat dia. Ana terangkan pada dia hubungan yang dibina itu salah. Minta maaf, kita berakhir di sini. Tolong jangan cari saya lagi. Lepas itu ana terus tukar nombor. Ana tak hubungi dia langsung lepas tu."
"Maksudnya, saya tak boleh hubungi dia lagi ke? Tapi bang, saya ade juga kawan perempuan lain, boleh pula saya hubungi mereka?"
"Dengan dia ni lain. Nta dah pernah ada 'sejarah' dengan dia. Tapi, kalau nanti ditaqdirkan nta satu universiti dengan dia, satu kuliah, lepas tu kena pula buat group discussion, masa tu nta hanya layan dia hanya sebagai group discussion partner."
Tiba-tiba saya terfikir..
"Dia ni nak suruh aku clash malam ni gak ke? Sekarang gak? Takkanlah awal sangat?"
Saya cakap..
"Saya rasa saya belum ade kekuatan la bang. Boleh tak saya tunggu sampai saya ada kekuatan, baru saya tiggalkan benda ni?"
Saya ingat nak lari la. Lalu dia jawab..
"Akh, nta kena ingat. Kekuatan itu tidak boleh ditunggu, tapi ia perlu dibina. Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah keadaannya sendiri. Nta boleh rujuk surah Ar-Ra'du,surah ke-13,ayat 11. Lagipun, nta nak tuggu sampai bila baru nak tinggalkan couple ni..abang-abang fasilitator ni pun ramai yang pernah couple, bila masuk dakwah, mereka tiggalkan."
Alamak...tak boleh lari lagilah nampaknye..saya rasa macam brother ni paksa saya clash masa tu juga.
"Semuanya dah jelas rasanya..Nampaknya saya kena tiggalkanla benda ni gak ye. Macam tak larat rasanya nak tekan button handphone ni. Rasa tak sanggup."
"Kalau tak sanggup mari ana tolong tekankan."
"Eh, tak apalah bang. Biar saya taip sendiri."
Teragak-agak saya nak taip masa tu. Tapi saya gagahkn juga diri..
"Semuanya dah jelas..buat apa aku tangguh-tangguh lagi. Takut nanti hidayah ni Allah tarik, susah pula nak tinggalkan. Kan aku selalu doa supaya dijauhkan dari maksiat..jadi rasanya, inilah masanya.."
Lalu perlahan-lahan saya taip sms tu..
"Assalamualaikum..Sebenarnya selama ini hubungan kita salah di sisi Islam. Saya ingat dengan mengubah cara pergaulan kita, ia dah dibolehkan, tapi sebenarnya ia tetap berdosa. Saya harap awak akan istiqamah meneruskan perubahan yang awak dah buat, kerana Allah. Saya minta maaf atas segala yang dah berlaku. Kalau ada jodoh insya-Allah, akan bertemu juga. Assalamualaikum.."
Berat betul nak hantar sms tu kat awk. Saya masih tak mampu nak ucap selamat tiggal. Sebab tu dalam sms tu saya hanya akhirkan dengan ucapan salam. Lepas beberapa ketika..saya tekan juga button [send].
Lepas tu tertera di skrin..
[SENDING..]
[MESSAGE SENT]
Masa tu saya rasa macam separuh hidup saya dah hilang. Macam tak percaya..saya dah hantar 1 sms, dan clash dengan awak..
"Terima kasih bang.."
"Takpe, dah tanggungjawab.."
Malam tu saya saya tidur dengan linangan air mata..tak sangka..mmg tak disangka..Saya memang tak pernah terfikir untuk clash, tapi itulah yang terbaik untuk kita sbenarnya..Tiba-tiba saya teringat ayat Allah..surah Al-Baqarah,ayat 216..
Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

*******

Masa terus berlalu.. Saya terus sibukkan diri dengan kerja-kerja lain. Dalam usaha nak lupekan awk, bukan senang,tapi saya terus cuba. Saya selalu bagi tazkirah, ingatkan orang.Saya bagi ta'lim di msjid, terangkan pada orang, couple haram, tunjuk segala dalil.. Macam-macam yang berlaku..ada kritikan..ade gk yg stuju..tapi tak kisahlah semua tu..
Tiba-tiba satu pagi ni, dapat sms daripada awak..awak bagi gambar bunga..bawah tu ada ayat..
"Seindah gubahan pertama.."
Saya rasa awak masih tak dapat lupakan saya. Saya pun fikir.."Kena tegaskan rasanya". Lepas tu saya hantarlah sms ni. Dan rasanya itulah yg terakhir..
"Tiada yang lebih indah daripada mendapat keredahaan ilahi..seindah manapun gubahan pertama tu, selagi tak mendapat keredahaanNya, tetap tiada gunanya..
Assalamualaikum..saya tahu, dulu saya cakap, kalau ada jodoh, insya-Allah akan bertemu juga. Tapi saya taknak awak tunggu. Lupakan saya. Biar Allah yang menentukan..Lagi satu,
Jangan cari cinta manusia,ia penuh dengan penipuan, kekecewaan, dan tak kekal..
Tapi carilah cinta Allah..tiada penipuan,tidakkan pernah mengecewakanitulah cinta abadi..Cinta yang diredahai..
-Yang Terakhir- "
[SEND]
[SENDING..]
[MESSAGE SENT]
Saya dah buat keputusan.Saya pasti apa yang saya buat ni betul.Saya yakin, Allah akan sediakan yang terbaik untuk saya.Saya takkan berpatah balik..
Takkan..buat selama-lamanya
*dipetik dari kisah seorang sahabat*
sekian,moga mendapat manfaat~
wassalam^^

- "" Ada cinta agung antara hamba dan Tuhannya. Ada cinta kudus atara bonda dan anaknya. Ada cinta rafik yang setia. Ada cinta kasih antara adam dan hawa. Ada cinta sesama makhluk yang begitu mulia dan cinta dikatakan hampir tidak memilih usia. Ia juga tidak mengira rona bangsa. Tidak ada miskin kaya dalam catatan kamus cinta. Justeru, CINTA dikatakan sesuatu yang cukup luar biasa dalam cakerawala hidup setia jiwa ^_^" ;

khazinatul asrar




Saturday, February 21, 2009

ASHABUL UKHDUD


Ringkasan dari Hadis;
CERITA GHULAM,SIHIR & RAHIB..

“Persis perjalanan hidup kita yg bukannya ‘kebetulan’..kerana ‘kebetulan’ bertentangan dgn aqidah kita! Tetapi ini adalah sunnah Allah yg akan terus berlaku.

Di zaman sebelum kamu ada seorang raja yg mempunyai seorang tukang sihir. Bila tukang sihir tersebut merasa dirinya telah tua dan berkata kepada raja: “aku telah tua. Carilah seorang budak yg paling cerdik yg boleh aku ajarkan kpdnya sihirku. Lalu dicari seorang budak utk diajarkan sihir kpd budak tersebut. Di pertengahan jalan terdapat seorg rahib. Budak tersebut telah duduk sebentar mendengar ajaran rahib tersebut dan merasa seronok dengannya. Slps itu,budak itu selalu singgah sebentar tempat rahib tesebut menyebabkan dia terlambat utk sampai ke tempat tukang sihir tersebut. Bila tiba di tempat tukang sihir tersebut, tukang sihir itu memukulnya kerana lewat sampai. Lalu budak itu mengadu kepada rahib tersebut. Lalu rahib tersebut menyuruh budak tersebut berkata kepada tukang sihir itu bahawa ibubapaku menahanku di rumah menyebabkan aku lewat, apabila berhadapan dgn ibubapanya, budak tersebut berkata tukang sihir itu telah menahanku.
Waktu berlalu, pada suatu hari budak tersebut telah terserempak dgn binatang besar yg menghalang laluan org ramai.budak tersebut berkata dlm hatinya, pada hari ini aku akan tahu siapa yg lebih benar tukang sihir atau rahib. Lalu dia mengambil batu dan dibaca: “ Ya Tuhan, jika sekiranya rahib lebih engkau cintai dari tukang sihir, maka bunuhlah binatang ini dan berilah laluan kpd org ramai.” Lalu dilontar dan binatang itu pun mati dan org ramai berasa kagum dan mengatakan budak itu mempunyai ilmu yg tidak diketahui oleh mereka. Lalu perkara ini diceritakan kepada rahib tersebut, maka rahib berkata, engkau skrg telah menjadi lebih hebat daripadaku. Engkau telah sampai ke peringkat yg aku dpt lihat sekarang. Tp ingat engkau akan diuji, apabila engkau diuji oleh Allah dan ingat jgn sekali-kali engkau memberitahu tentnag aku.
Budak tersebut berjaya mengubat penyakit kusta dan sopak dan penyakit lain. Suatu ketika org yg hamper dgn raja telah terkena penyakit hingga matanya buta. Apabila mendengar tentang kehebatan budak tersebut dia telah membawa hadiah yg banyak. Dia berkata kpd budak tersebut: semua ini utkmu jika penyakit aku sembuh. Lalu budak itu berkata: “aku tidak dpt menyembuhkan sesiapa, hanya Allah yg akan menyembuhkan penyakit engakau, jika engkau beriman maka aku akan berdoa supaya Allah menyembuhkan penyakitmu”. Lalu sipembesar buta tersebut percaya dan beriman kepada Allah. Budak tersebut berdoa utknya lalu matanya sembuh.
Bila matanya telah sembuh, pembesar tersebut telah dating kpr raja, lalu raja tersebut terkejut dan bertanya siapa yg telah menyembuhkan matamu,pembesar itu menjawab: ‘Tuhanku’. Raja marah, lalu berkata adakah Tuhan selain aku? Pembesar itu ditangkap dan disiksa hingga dia meceritakan perkara sebenar. Lalu budak tersebut pun ditangkap dan di soal siasat. Budak itu pun menjawab aku tidak dapat sembuhkan sesiapa yang menyembuhkan hanya Allah. Lalu budak itu ditangkap dan disiksa sehingga dia membongkar perkara sebenar krn tidak tahan. Maka rahib tersebut juga ditangkap. Raja telah memaksa rahib tersebut meninggalkan agamanya tetapi rahib tersebut menolak lau dibawakan gergaji dan digergaji kepalanya. Tubuhnya terbelah dua dan keduanya melerai jatuh ke bumi.
Budak tersebut lalu dibawa kpd raja dan ditawarkan supaya meningalkan agamanya dan kembali kepada agama asalnya.tapi budak itu menolak. Raja menyuruh pekerjannya membawa budak tersebut ke bukit, jika ia enggan tinggalkan agamnya maka campakkan ke bawah bukit tersebut. Tiba di bukit, budak itu berdoa kepada Allah:
“ Ya Allah,tolonglah aku dengan cara yang engkau kehendaki.”
Tiba-tiba bukit bergegar dan jatuh semua org suruhan raja tersebut tp budak itu terselamat. Lalu budak itu menghadap raja dan raja terkejut. Lalu disuruh org suruhannya bawa ke tengah lautan dan campakkan ke dalam laut jika enggan tinggalkan agamanya.
Tiba di tengah lautan kapal tersebut tenggelam dan org suruhan raja tersebut mati lemas.
Lalu budak tersebut berkata kpd raja: “Kamu tidakkan akan dapat membunuh aku sehingga kamu berbuat apa yg aku minta”. Lalu raja itu menurut. Raja telah mengumpulkan rakyatnya di suatu padang,ikatkan budak tersebut di pohon kurma. Kemudian ambil anak panahnya dan letakkan di busurnya. Kemudian raja tersebut hendaklah membaca: “ Dengan nama Allah, tuhan budak ini. Kemudian engkau panahlah aku. Kalau engkau melakukan begitu maka aku akan mati”. Atas suruhan budak tersebut. Lalu raja pun berbuat apa yg diminta oleh budak tersebut. Raja pun memanahnya spt yg diminta oleh budak tersebut. Maka dengan panahan tersebut telah kena di bawah tekinganya. Perlahan-lahan budak tersebut meletakkan tangannya pada tempat panah tersebut dan terus meninggal dunia. (Tiba-tiba orang ramai berkata budak ini mengetahui perkara yang kita tidak ketahui). “kami percaya kepada tuhan budak ini”. Raja menjadi kelam kabut dan mengatakan; telah berlaku apa yang aku tak mahu ianya berlaku. Lalu raja menyuruh digali parit-parit di laluan-laluan orang ramai dan dinyalakan api di dalamya. Sesiapa yang lalu akan diarahkan supaya kembali semula kepada agama asalnya. Jika tidak akan dicampakkan ke dalam parit tersebut. Lalu seorang wanita dengan seorang anak kecilnya (bayi). Wanita tersebut gementar takut dicampakkan ke dalam api tersebut. Tiba-tiba bayinya bercakap dan berkata kpd ibunya: wahai ibu, sabarlah engkau berada di atas kebenaran!

Hadis riwayat Muslim (No 5327 Kitab Zuhud dan Raqa’iq) Tarmizi (No 3263 Kitab Tafseer al-Quran) dan Imam Ahmad. Hadis Di sebutkan oleh Imam al-Nawawi dalam Kitab Riyadhus Solihin di bawah bab Sabar.

Diakhir riwayat, Imam Tarmizi menyatakan bahawa: Budak tersebut kemudiannya dikebumikan. Pada zaman Sayyidina Omar ra.telah ditemui mayatnya dalam keadaan tangannya masih diletakkan pada bawah telinganya yang masih luka.AllahuAkbar!!!

p/s: Banyak pengajaran yg boleh diambil dari hadis ghulam ini, hadis ini mengajar kita tentang hak dimana yang benar itu tetap benar dan yang mana salah itu tetap salah!!! Kita sbg orang Islam wajib patuh dan beriman kpd Allah. Allah sentiasa membantu hambaNya yg berada dalam kesusahan yang menegakkan kebenaran di atas muka bumiNya.


# Dalam riwayat menyatakan bahawa terdapat 3 orang bayi yang diberi mukjizat oleh Allah utk berkata-kata semasa masih bayi iaitu:
Nabi Isa
Bayi dalam kisah ghulam
Anak Masyitah

Tuesday, February 17, 2009

CINTA ANTA-ANTI!!??

Dipetik dari buku: CINTA IPT
Ditulis oleh: Maszlee Malek & Hamidah Mat


“Lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu padu dengan nikmat Islam), maka menjadi kamu dengan nikmat Allah itu orang2 Islam yg bersaudara” (s.Ali Imran: 103)

Kebangkitan Islam yang telah menemukan kemuncaknya di Malaysia telah menyaksikan pesatnya usaha dakwah, kemunculan sekolah-sekolah agama, bank-bank Islam dan pelbagai lagi di atas nama Islam.jika di awal kebangkitan Islam dulu, dunia hanya dilihat sebagai hitam dan putih. Kehidupan di dalam dunia ini pada waktu itu hanya dilihat sama ada berpihak kepada Islam ataupun Jahiliyyah. Di alaf ini, dunia tidak lagi hitam dan putih dan bukan lagi Jahiliyyah versus Islam. Perjalinan di antara ada yang di dunia dan apa yang ada di dalam nas telah menyaksikan pelbagai kesan. Ada yang positif dan ada yang negative. Antara yang terkesan dengan fenomena yang baru ini ialah persoalan “ukhuwah”.

Di zaman pelajar ipt, pelbagai isu yang telah dibincangkan dan banyak yang sering dibawa berbincang ialah persoalan CINTA. Alaf yang serba unik ini telah menyaksikan bagaimana para remaja dan belia dakwah tidak dapat lari daripada fenomena cinta. Menariknya, cinta yang mereka ini telah diISLAMIKKAN seperti mana bank-bank, institusi-institusi kewangan lain diISLAMIKKAN. Maka timbulkan istilah “Cinta Ukhuwwah”. Ayat-ayat dan hadis-hadis sering dijadikan alat untuk menjustifikasikan apa yang dilakukan. Menarik lagi gejala ini menular dalam kalangan mereka yang berkopiah, berserban, bertudung litup, naqib-naqibah usrah dan mereka yang menggunakan ganti nama “ana-anta dan ana-anti”.

Sms,Yahoo Messnger, e-mel dan lain-lain kemudahan perhubungan era ICT telah menjadi perhubungan utama cinta “anta-anti” ini. Ianya lebih selamat, kerana tidak perlu mereka berkhalwat, tidak perlu dating seperti pasangan yang tidak Islamik yang lain, tidak perlu membazir tambang teksi, duit tambang bas dan juga tidak perlu mambazir membeli kertas kajang berbau wangi dan dakwat yang berwarna warni seperti mana halnya anak-anak muda lain yang jauh dari arus kebangkitan Islam. Bermula dengan kata-kata tazkirah, berakhir dengan ikon senyuman, teddy bear dan kadang2 gambar wanita bertudung. Malah ada yang manjadikan kehadiran di seminar-seminar, kursus-kursus dan juga wacana ilmiah sebagai peluang untuk mereka berjumpa. Bagi siswa siswi yang aktif berpersatuan pula, aktiviti2 persatuan sering menjadi medan pelepas rindu. Kreatif betul anak-anak muda dakwah alaf baru ini. Fenomena yang berlaku ini dimeriahkan dan dikosmetikkan lagi oleh nasyid-nasyid Melayu, cinta muda-mudi yang telah diislamikkan. Klip-klip video nasyid pun tidak kurang hebatnya, tajuk-tajuk yang bombastic berbaukan cinta asmara juga tidak kurang pesatnya. Hakikatnya, fenomena cinta “anta-anti” ini semakin ketara dan semakin rancak. Ada yang berakhir dengan perkahwinan, dan ada juga yang kecewa di pertengahan jalan, dan tidak kurang juga yang telah menjerumuskan kedua-dua pasangan kelembah maksiat, wal’iyadhubillah…
Teringat juga penulis kepada satu fenomena bila mana seorang siswi datang mengadu yang dia telah diusik oleh seorang Pak Lebai. Bukan sekadar sms, kad ucapan hari lahir, kad hari raya, malah sejambak bunga ros di hari lahir juga telah dikirimkan oleh Pak Lebai tersebut. Tidak tahulah penulis apakah tanggapan masyarakat terhadap fenomena seumpama ini. Yang pasti di setiap kad, sms dan di jambangan bunga tersebut terukir kata-kata “Ukhuwwah fillah kekal abadi…”. Sekali lagi makna ukhuwwah disalah gunakan.

Satu kes yang lain pula, seorang siswa meluahkan kekecewaanya apabila dihampakan oleh seorang siswi yang satu “jamaah” dengannya. Beliau tidak sangka setelah berpuluh-puluh minggu mereka bertukar-tukar sms dan tazkirah melalui e-mel, akhirnya siswi tersebut bertunang dengan orang lain yang juga satu “jamaah” dengan mereka. Aduh..lagi hebat daripada filem “Love Story” yang pernah popular di tahun-tahun 70-an dahulu. Yang pasti, sekali lagi tema “ukhuwwah fillah” sering menjadi “camouflagde” ke atas perhubungan antara dua jantina Islamik ini.
Dalam satu insiden yang lain pula, seorang siswi pernah meminta pendapat penulis. Seorang seniornya yang sedang menuntut di IPT yang sama dengan beliau telah bersungguh-sungguh melamarnya. Walaupun telah ditolak lebih 20 kali, namun si teruna terus melamarnya juga. Sekali lagi slogan ukhuwwah fillah menjadi lapik dan dijadikan bahan ugutan.Oleh kerana bersimpati dengan si senior tersebut, si siswi terpaksa menerima lamaran itu. Menarik bukan trend percintaan golongan anta-anti ini?

Seorang siswa juga pernah meluahkan kemarahannya ke atas naqib usrahnya di bilik penulis. Mengapa tidak, tatkala di dalam usrah, berkepul-kepul dalil dan fikrah yang dibawanya. Sampaikan ketika pertukaran ke usrah lain, si naqib meminta siswa tadi agar berbai’ah untuk kekal di dalam perjuangan dan tidak menyertai jamaah lain. Sayangnya, di dalam perjalanan balik kampung, siswa tersebut ternampak sang naqib berjalan berpegangan tangan dengan naqibah sekelas mereka…ini yang paling menarik. Lebih hebat lagi, kedua-dua mereka lengkap dengan aksesori berkopiah dan bertudung litup. Jika di zaman 70-an dahulu nescaya apa yang dilakukan oleh sang naqib dan naqibah tersebut bakal menerima cop kafir daripada pendokong gerakan dakwah berlebai yang lain. Di satu sudut yang lain pula, seorang siswa yang sering menceritakan kehebatan abuyanya kepada penulis, juga tidak dapat lari daripada fenomena cinta anta-anti ini. Penulis amat kagum dengan siswa yang sering muncul dengan baju melayu berkancing dan juga songkok berwarna-warninya ini. Matanya yang bercelak sahaja sudah cukup untuk rakan-rakan yang lain hormat kepada beliau. Sayangnya, atas takdir Allah ketika penulis berkunjung untuk menziarahi beliau, penulis ternampak gambar seorang muslimah menghiasi desktop computer peribadinya. Dinyatakan sama ada itu adik, kakak ataupun emaknya atau mungkin neneknya, beliau menafikan. Beliau terpaksa mengaku bahawa itu adalah kawannya. Yang hebatnya, tertulis di sebelah keayuan wajah gadis tersebut Ukhuwwah fillah membawa ke Jannah”
Persoalannya, adakah fenomena ini sihat? Adakah ianya sudah cukup Islamik? Adakah penulis yang ketinggalan zaman sehingga naïf terhadap trend muda mudi masa kini? Ataupun fiqh Islamiyy juga perlu diubah untuk disesuaikan dengan perubahan semasa?
p/s: maka kita sbgi para daie,mahasiswa/i n ape2 jer...teruslah berfikir n berfikir adakah fenomena di atas perlu diwujudkan atau dihapuskan...so ape peranan kita sbg para daie????...renung n fikirkan...moga Allah sentiasa pelihara iman kite aminn..

Monday, February 16, 2009

Aurat..OOoo auratku..

selasa
17/2/209

Aurat oh aurat..shbt2 semua thu apa i2 aurat?..emm aurat tu dr segi bahasanya ialah keaiban dan dari segi istilah plak maknanya seuatu yg perlu dilindungi dan haram utk didedahkan pd umum..selalunya bla kata bab aurat je mesti org akan fikir aurat nie perempuan aje..tp semua tu silap sbnrnya aurat tu bkn sje utk perempuan iaitu kaum hawa tp lelaki pun ade tanggungjwb menutup aurat jg..aurat lelaki dr pinggang hingga lutut..ha kan ke wajib tutup tu..so kira aurat lah...Allah tu Maha Besar & Maha Mengetahui segala-galanya sbb Dia yg ciptakan kita..jd kita sebgi hambaNya dah menjadi satu KEWAJIPAN utk menutup aurat kita mcm yg di gariskan dlm Islam..eemm ckp pasal aurat sbnrnya tjuk tesis ana nie adalah "persepsi penutupan aurat dikalangan pelajar Ipt"..bukan ape ana skdr nak mengkaji sejauh mana siswa/i Ipt nie melihat isu penutupan aurat itu penting pada mereka dan masyarakat Islam sebenar...sebabnya skrang nie ramai kaum hawa yg tutup aurat tp sejauhmana mereka tutup aurat yg betul2 mengikut ape yg digariskan oleh syara'..contoh yg paling mudah lah utk kita tgk pd zaman yg serba cangih nie...ramai golongan artis yg kononnya menjadi ikon pada remaja tp utk jd ikon bab2 agama nie deme toksey..klu kite tgk zmn skrg pun agak ramai gak lah artis tutup aurat tp itu lah tema diorang "tutup separuh,buka separuh"..alahai tak molek lah gni kan..huhuhu..pd ana lah skrg penghayatan tutup aurat tu tak kesampaian spt yg syara' nak kan sbbnye pd deme tutup aurat tu tutup rambut n kepala sje..so kite bleh tgk deme nie fhm tutup aurat hanya tutup kepala n rambut...masyaAllah bla kite renung2 kembali masih ramai masyarakat khususnya di Malaysia yg blum faham islam sepenuhnya..sedih rse hati nie..inilah tugas utama para daie utk sampaikan Islam pada masyarakat..moga niat baik kite Allah bantu....YaAllah bantu lah hamba2Mu yg memerlukan pertolonganMu..moga misi dan visi dakwah seorang daie itu kesampaian amiinnn.." ;0)

Saturday, February 14, 2009

VIRUS-VIRUS UKHUWWAH (episod1)

ahad 15/2/2009
ukhuwwah 1
dipetik dr buku;-Abu 'Ashim Hisyam bin Abdul Qadir Uqdah

Mencintai sesama Mukmin dan mengikat tali ukhuwah (persaudaraan) merupakan suatu
perbuatan yang amat mulia dan sangat penting. Allah Subhanahu wa Ta'ala menyatakan
persaudaraan sebagai sifat kaum Mukmin dalam kehidupan dunia dan akhirat, seperti dalam
firman-Nya bermaksud;
"Sesungguhnya orang-orang Mukmin adalah bersaudara" (al-Hujurat [49]: 10).
Ukhuwah yang terjalin antara sesama Mukmin tersebut dibangun di atas asas iman dan
aqidah. Ia adalah persaudaraan yang terbina kerana Allah dan merupakan tali iman yang paling
kuat.
Ukhuwah seperti inilah yang dibina oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam, beliau
mendidik para sahabat radhiyallahu 'anhum selama tiga belas tahun di Makkah ditambah
beberapa tahun setelah tinggal di Madinah. Selama fasa Makkah, beliau tidak pernah bergumam
"Sampai kapan, kita harus mendidik perasaan-perasaan itu, tanpa 'berbuat'." Rasulullah
shallallahu 'alaihi wa sallam sangat yakin—sesuai pemberitahuan dari Allah—bahawa upaya
tersebut merupakan projek paling penting yang harus dipersiapkan guna membangun basis
komunitas Mukmin…Ukhuwah adalah prioritas utama, kerana merupakan tuntutan mutlak untuk membangun basis kekuatan bagi kaum Mukminin, yang sekaligus menjadi cikal bakal bagi
lahirnya umat Islam. Proyek tersebut merupakan realisasi dari kalimat tauhid La Ilaha Illallah.
Kalimat La Ilaha Illallah tidak terbatas sebagai ungkapan nurani yang paling dalam, tapi
mencakup komitmen untuk menjalankan apa yang diturunkan oleh Allah. Oleh kerananya,
komitmen dengan segala yang datang dari Allah merupakan bahagian dari tuntutan La Ilaha
Illallah. Allah Subhanahu wa Ta'ala sangat mencintai ukhuwah, memuji dan mewajibkannya
kepada seluruh Mukmin. Allah menurunkan banyak ayat yang berkaitan dengan tema ukhuwah.
Barangkali yang paling menonjol di antaranya adalah beberapa ayat dalam surat al-Hujurat,
"Hai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum mengolok-olok kaum yang lain,
(kerana) boleh jadi mereka (yang diolok-olok) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olok).
Dan jangan pula wanita-wanita (mengolok-olok) wanita-wanita lain, (kerana) boleh jadi
wanita-wanita (yang diperolok-olok) lebih baik dari wanita-wanita (yang mengolok-olok). Dan
janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu panggil-memanggil dengan gelargelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) yang buruk setelah iman. Dan
barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zhalim. Hai orang orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka
itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah
sebagian kamu menggunjing sebagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu
memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya.
Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha
Penyayang" (al-Hujurat [49]: 11-12).

Kerana itu, di antara pendekatan syaitan untuk menyesatkanmu adalah menanamkan
kebencian pada dirimu terhadap sahabat-sahabatmu. Ia berbisik di telingamu: orang ini pernah
berbuat sesuatu, orang itu pernah menyakitimu. Ia terus melakukan propaganda itu sehingga
engkau menyendiri, lemah dan malas. Tidak lama kemudian, dirimu dikuasai nafsu dunia,
syaitan memperdayamu dengan khayalan-khayalan maya, kesibukan-kesibukan duniawi yang
remeh, memikirkan dunia dengan segala kesenangannya. Hatimu semakin asing dari sahabat,
masalah dakwah, dan halaqah-halaqah ilmu, sehingga dirimu menjadi santapan lazat baginya,
dan terjerat tanpa daya dalam cengkeramannya. Inilah kerugian yang paling besar.

Mungkin anda pernah menyakiti seseorang yang berperasaan halus, menjatuhkannya,
bahkan menghancurkannya tanpa disedari. Pada saat yang sama, anda tak pernah berusaha
menyelami perasaannya. Maka sikap anda itu menjadi pukulan lain baginya, sehingga genaplah
penderitaannya, dan anda telah membunuhnya dua kali.
Melihat permasalahan-permasalahan di atas, kita tidak boleh meremehkan virus-virus dan
noda-noda yang mencemari kejernihan ukhuwah. Kita mesti mengetahuinya dengan baik agar
terjaga dari impak negatifnya. Semoga Allah Subhanahu wa Ta'ala mengekalkan kehangatan di
antara kita, menjadikannya sebagai bekal dalam menempuh perjalanan hidup dan mengembang
risalah kita. Hanya kepada Allah kita memohon pertolongan, dan kepada-Nya kita bertawakal.
***stop dlu kat m/s 17 nt kte study lg yer..;)

RehLah TarBawi




ahad,15/2/2009
Assalamm..





pada semua sahabt seperjuangan..emm alhamdulillah ape yg dirancang semua berjalan lancar (klu ade sikit2 t'salah teknikal tu biase lah..Allah lbh mgetahui..;) 2 ari lepas (jumaat 13/2/09) kamsiswi adekan rehlah tarbawi utk warga2 asrama siswi..emm so far so gud lah..pengisian yg mantop dr ust muhammad & zaujah tersyg ustzh fatimah..tajuknye peranan sbg mahasisiwi (lebih kurang gtu lah tajuknye hehehehehe..)..pastu ade game ala-ala explorace gtu...jln2 cari c.point heheheh..dah jmpe tangkap gambor ;)..boleh tahanlah hehehehe...pastu solat zohor berjemaah..n then ade game masuk air plak..basah plak baju den tp takpe demi ukhuwwah aku akan korbankan..;)..rest jap..tazkirah ustzh fatimah plak..tjuk pe ek...a'ah tentang aurat gtu hehehehe..pas abih tu bas pon dtg...bla dah naik bas tu maka berakhirlah perjalanan rehlah tarbawi yg dirancang ape2 pon banyak manfaatnyer bla kite niat ikhlas krn Allah then kite lihatnya dengan mata hati maka Allah akan hamparkan sgala yg terselindung pd hambanya yg ikhlas di jalan Dakwah inie..;) mg kite sama2 dlm redho Allah amiiinn..;)

KeNangan VaLentiNe s'org MujahiDah

www.iLuvislam.comaisha althafunnisaEditor: deynarashid
Aku lontarkan pandangan pada buih-buih putih. Buih demi buih. Ku alih pula pada ombak yang beralun, menghempas pantai. Setia, ombak dan pantai, bagai janji yang dipateri. Setiap masa ombak merindui pantai yang setia menanti. Aku larikan pula bebola mataku pada camar yang berterbangan, sekali-sekala menyambar ikan-ikan kecil di laut, kemudian terbang bebas di angkasa. Ku usir pasir di kaki dengan hujung kasut, halus bersinar bila disinari matahari. Bebola yang bersinar lembut di ufuk timur menyenangkan. Ku berterima kasih pada redup pohon rhu yang menaungiku. Kadang-kadang daun-daun kering berguguran menimpaku. Disapa pula bayu laut yang lembut, menenangkan. Sungguh, alam ciptaan Allah yang amat indah. Saling melengkapi. Pantai ini tidak pernah berubah, masih tetap cantik. Tidak teracun dengan pembangunan yang menggila, tetap setia menerima pengunjung. 5 tahun lalu, pantai ini sama seperti ini, yang bezanya peristiwa. Bezanya sejarah yang tak dapat diubah. Pantai ini pantai yang bernastolgia. Pantai ini berserakan dengan memori yang tak pernah aku cuba cantum. Biarlah ia begitu. Biarlah aku menikmati, mengutip memori demi memori, kemudian aku ketawa dan menangis. Pantai ini pantai yang bermakna. Pantai inilah yang merubah detik-detik sejarah hidupku. Memori yang tak akan ku padam sampai bila-bila. Biarlah ia sentiasa segar, sentiasa mekar. Sama seperti hari ini, di atas bongkah batu besar di bawah pohon rhu yang teduh, 5 tahun lalu, aku duduk di sini. Sejak pagi lagi aku sudah berada di sini. Aku tunggang VR 125 sebelum menjamah sarapan pagi, membuatkan dahi mamaku berkerut. Pertanyaan mama ku biarkan tanpa jawapan. Hatiku pecah berderai, bagai kaca dihempas ke batu. Aku dapat rasakan hatiku bagai disiat-siat. Pedih. Sungguh pedih kekecewaan ini. Aku kemudiannya mengheret kakiku tanpa arah tujuan. Menyusuri pantai yang panjang. Aku cuba lontarkan kekecewaan ini ke tepi laut untuk melepaskannya, tapi aku tak mampu. Masakan kasih yang dibina kukuh sebelum ini boleh ku lupakan begitu sahaja. Bolehkah janji sebelum ini dilupakan begitu sahaja?? Letih mengheret kaki menyusuri pantai, akhirnya aku memilih untuk duduk di atas sebongkah batu besar yang teduh diredupi sepohon rhu tua. Aku masih tidak dapat menerima apa yang sudah berlaku. Aku teresak-esak di atas bongkah batu bagaikan seorang kanak-kanak. Aku tenggelam dengan esakanku. Ajaibnya air mataku bagai tidak kering-kering mengalir membasahi pipiku yang sudah lencun. Aku teresak dan terus teresak sambil kutekupkan kedua tanganku di muka. Aku bagaikan berada di awang-awangan, dalam duniaku yang tersendiri. Aku terus hanyut. Hanyut dalam tangisanku. “Assalamualaikum” Satu suara lembut memberi salam kedengaran dari sebelah kananku. Aku angkat mukaku. Kelihatan seorang gadis tersenyum memandangku. Aku kira dia tua sedikit daripadaku melihatkan wajahnya yang kelihatan matang. “Waalaikumussalam” Jawabku acuh tak acuh. “Boleh saya duduk?” Gadis itu memohon kebenaran untuk duduk di sebelahku. “Duduklah, lagipun bukan saya punya”. Aku masih acuh tak acuh. Lantas gadis itu duduk di sebelahku. Kemudian dia senyap, pandangannya di lontar jauh ke tengah laut. Kemudian bibirnya seolah-olah menguntum senyum. Dia seolah-olah menikmati keindahan alam yang indah ini. “Cantikkan?” Gadis itu tiba-tiba bersuara setelah beberapa ketika mendiamkan diri. “Hmm?” Aku kurang jelas dengan soalannya. “Cantikkan alam ini? Ombak itu..” tunjuknya pada ombak yang beralun. “Alunan ombak seolah-olah menggambarkan hidup manusia, ada ketika gembira, ada ketikanya juga akan berduka. Ia sama, kerana keduanya akan terpampan pada pantai yang setia. Begitu juga manusia, duka itu akan ada akhirnya jua”. Aku tersentap. Gadis itu seolah-olah dapat membaca pemikiranku. “Siapa awak ni?” Aku sangsi dengan kewujudan gadis ini. “Maafkan saya kerana terlupa memperkenalkan diri. Saya Izzah”. Dia tersenyum ikhlas sambil menghulurkan tangan. “Rieyn, Adrina” Tangannya ku sambut ragu-ragu. “Boleh kita sama-sama lalui ujian ini?” Dia tersenyum memandangku menyerlahkan keikhlasannya. Aku merenungnya tanpa kata. Aku tarik panjang nafasku kemudian ku lepas beransur-ansur. Gadis ini bagaikan mengetahui apa yang bergolak di hatiku. “Luka di hati ini tak sama dengan luka fizikal. Luka fizikal dapat dirawat, tapi luka di hati ini terus begitu”. Ujarku lemah sambil menggigit bibir. Entah bagaimana aku mempercayai Izzah. Naluriku mengatakan dia gadis yang punyai prinsip. “Ujian bukannya untuk kita larikan diri, tetapi ujian adalah tarbiyah dari Allah, untuk kita lalui, kerana di sebalik ujian itu tersimpan sejuta hikmahnya”. Tenang Izzah menuturkan kata. “Tapi hati ini terlalu kecewa. Hati ini bagai dirobek belati”. Aku menggagahkan diri untuk bersuara. Rasanya terlalu pedih untuk aku luahkan. Air mata kurasakan kembali bergenang. Perasaanku kembali bergelora bagaikan ombak di lautan. “Sebenarnya dah lama Izzah perhatikan Rieyn. Sejak Rieyn datang ke sini lagi. Izzah perhatikan Rieyn berjalan-jalan seorang diri di tepi pantai. Bila puas, Rieyn duduk kat batu ni kan?”. Izzah terangkan dengan jelas. Dan aku mula bercerita kepada Izzah. Saya kenal Zamri setahun lalu. Dia boleh dikategorikan sebagai lelaki pilihan perempuan. Tinggi dan berwajah tampan. Orangnya juga bijak dalam pelajaran. Saya antara ramai wanita yang cuba mendampingi Zamri. Entah macam mana Zamri memilih saya sebagai temannya. Perhubungan saya dan Zamri mula intim dari hari ke hari. Tidak sah satu hari tanpa ber ‘sms’ dan telefon. Zamri seorang yang pandai mengambil hati. Dia selalu membeli hadiah untuk saya. Dia juga berjanji untuk menjaga saya sebaik mungkin. Kami digelar pasangan paling ideal di sekolah. Paling penting kami saling menyayangi. Pantai ini selalu menjadi saksi janji kami. Saban minggu pantai ini menyambut kedatangan kami. Bersama kami melihat alunan ombak menghempas pantai lalu menghasilkan buih-buih putih. Juga kami berkejaran riang di gigi air mengutip kulit-kulit siput. Saya merasakan bahagia menyelubungi kami. Kami saling berjanji untuk sehidup semati. “Dalam usia semuda ini?” Izzah menyampuk ceritaku. “Ya, kami saling berjanji sehidup semati. Usia bukanlah penghalang kami. Kami mahu berjanji setia pada hari kekasih. Hari yang semua pasangan kekasih menyambutnya”. Sambungku. “14 Februari? Bukankah hari ini?” Izzah bagaikan tidak sabar. Tapi aku meneruskan ceritaku tanpa mempedulikan soalan Izzah. 14 Februari. Hari Valentine. Kami sudah berjanji untuk menyambutnya di sini. Di pantai yang indah ini. Tapi rupanya betullah kata orang-orang tua, kusangka panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari. Zamri gagal saya hubungi sejak minggu lepas. Telefon bimbitnya dimatikan. Saya tiada nombor telefon rumahnya. "Biar saya yang telefon awak." Dia selalu berkata begitu apabila saya meminta nombor telefon rumahnya. Dia telefon saya menggunakan telefon bimbitnya. Rumahnya juga tidak diberitahu kepada saya. Nanti tiba masanya saya akan tunjukkan. Dia menuturkan begitu apabila bertanyakan rumahnya. Tapi saya positif, mungkin dia tidak mahu diganggu. Hingga ke hari inilah dia tidak dapat dihubungi. Dan kerana itulah saya di sini. Aku menamatkan ceritaku pada Izzah. “Saya mengerti perasaan awak. Setiap insan mempunyai fitrah untuk menyayangi dan disayangi”. Izzah berespon segera. “Tapi saya rasakan saya ditipu. Perasaan saya dipermain-mainkan”. Aku meluahkan perasaan yang bersarang di lubuk hati. “Rasulullah juga punyai perasaan menyayangi dan disayangi. Cintanya pada Khadijah, isteri Baginda tiada tolok bandingnya. Khadijahlah yang banyak menemani Baginda melalui ranjau perjuangan. Khadijahlah yang member perangsang kepada Baginda. Kasih sayang Khadijahlah menyelimuti hati Baginda tika keluh kesah”. Izzah pula bercerita. “Betulkah begitu?” Aku menyoal kehairanan. Tidak pernah cerita ini diperdengarkan kepadaku. “Islam tidak menghalang kasih sayang. Buktinya ditunjukkan melalui Rasulullah s.a.w. Baginda menangis tika Khadijah meninggalkan alam ini. Sehinggakan tahun pemergian Khadijah digelar Tahun Berkabung. Kita boleh berkasih sayang tetapi jangan kita melanggar batas batasan agama kita”. Luncur Izzah menuturkan bicara. “Islamlah cara hidup yang memenuhi fitrah manusia. Semua kehendak manusia dapat dipenuhi oleh Islam”. Izzah tersenyum memandangku. Hatiku terkesan dengan kata-kata Izzah tadi. Selama ini tiada orang yang berbicara topik ini denganku. Baba dan mama? Baba sibuk dengan politiknya. Lobi sana, lobi sini. Tabur duit sana, tabur duit sini. Wakil rakyat penggal depan sasarannya. Mama pula sibuk dengan persatuan wanitanya. Lawatan sana sini. Setiap hujung minggu ada aktiviti. Tinggallah aku keseorangan di rumah dengan Mak Cik Kiah, pembantu rumahku. Abangku di IPT. Adikku di sekolah berasrama penuh. “Mahukah Rieyn bersama kami?” Izzah bersuara setelah melihat aku diam sejenak. “Awak buat apa kat sini sebenarnya? Awak datang dengan siapa lagi?” Aku inginkan kepastian. “Saya datang bersama kawan-kawan. Sebenarnya kami ada perkelahan. Kalau Rieyn nak sertai kami bolehlah. Kat hujung sana tu..” ujar Izzah sambil menunjukkan tapak perkhemahannya. “Boleh juga” Cepat aku menyatakan persetujuan. Aku sebenarnya ingin mengenali Izzah dengan lebih rapat. Gadis ini nampaknya punyai banyak keistimewaan. Lantas aku telefon mama. Maklumkan aku tidak balik rumah malam ini. Mama diam tanpa kata. Bukan kali pertama aku tidur di luar. Lantas aku mengatur langkah-langkah mengikuti Izzah ke perkhemahannya. Alangkah terkejutnya aku, kesemua mereka bertudung labuh. Aku ingatkan Izzah seorang sahaja yang bertudung labuh dan berjubah. Satu fenomena baru bagiku. Sekumpulan gadis berjubah dan bertudung labuh berkelah! Setahu aku golongan seperti ini amat terbatas pergerakan. Jubah dan tudung labuh itu bagai memenjara fizikal dan mental. Namun hari ini anggapanku sebelum ini silap. Tudung labuh bukanlah membataskan aktiviti seharian. Bahkan mereka sangat peramah dan berlemah lembut. Musyrifah, Husna dan ramai lagi menghulurkan salam ukhwah kepadaku. Aku jadi malu. Aku tidak bertudung! Aku pakai t-shirt! Aku berseluar jeans! Gaya ranggi wanita moden! Namun mereka tidak memandang aku lain dari mereka. Aku dilayan bagaikan seorang puteri. Ombak berderu menghempas pantai mematikan kenanganku. Itu cerita 5 tahun lalu. Detik-detik yang merubah perjalanan hidupku. Tarikh yang ku ingati bukan kerana Valentine, yang kemudiannya baru aku dapat tahu umat Islam tidak menyambutnya kerana ia merupakan perayaan penganut Kristian untuk mengingati seorang paderi yang giat menyebarkan agama Kristian hingga ke akhir hayat. Izzah tidak pernah mengerti erti putus putus asa dalam membimbingku ke jalan yang benar. Izzahlah yang mengajarku berjemaah. Mengajarku erti tadhiyyah dalam berjuang. Izzahlah yang mengajarku erti perjuangan. Izzahlah yang mencelikkan mataku terhadap penderitaan umat Islam di Palestin, di Iraq, di Afghanistan, di Kaashmir. Juga di sini. Aku melalui ujian yang mencabar tetapi inilah ganjaran untuk mereka yang memilih jalan ini. Aku dapat rasakan usiaku sepanjang perjuangan. Aku teringat kata-kata Syed Qutb, pejuang yang syahid di tali gantung. Katanya “orang yang hidup untuk perjuangan tidak akan merasa pendek dengan umurnya, kerana umurnya sepanjang perjuangan yang akan berterusan”. Hari ini, di pantai ini aku memakai tudung hijau sutera Turki bercorak fauna berserta jubah juga berwarna hijau. Warna kesukaan Rasulullah. Tudung dan jubah ini sebenarnya hadiah dari Izzah sempena persahabatan kami pada saat pertama kali kami bertemu 5 tahun yang lalu. Lambang perjuangan katanya. Buat Izzah, aku nukilkan kembali seuntai kata yang aku temui semasa menatap sebuah majalah. Mungkin penulisnya mendedikasikan buat kekasihnya, tapi tidak mengapa rasanya aku menukilkan buat sahabat seperjuangan.
Hari ini sekali lagi aku menitiskan air mata di pantai yang indah ini. Air mata kali ini bukanlah air mata yang sia-sia. Air mata buat sahabat seperjuangan yang pergi meninggalkan aku buat selama-lamanya. Izzah pergi menemui Pencipta. Saban tahun aku pasti ke sini. Mengutip memori yang berserakan. Memori yang akan ku pastikan terus segar di hatiku. Izzah, pengorbananmu semulia namamu. Tinggallah aku meneruskan perjuangan…

DeNgaRlah waHai PUTERIKU syg..

Dengarlah Puterikuwww.iLuvIslam.com
AmeenAliffeditor : Iskethaykal
Pada masa kini, dapat kita saksikan di kaca televisyen, dapat kita baca di dada akhbar, dapat kita layari di laman sesawang mengenai kes-kes penceraian yang angkanya semakin menakutkan dan membimbangkan. Apakah puncanya? Kesilapan dalam memilih jodoh? Kegagalan kursus perkahwinan? Ketidakfahaman mengenai kerukunan hidup berkeluarga? Sekadar mengikut 'trend' hidup artis Barat?
Ya, penceraian itu dibenarkan dalam Islam, tapi adakah semudah itu melafazkan cerai atau meminta diceraikan? Adakah semudah itu mereka merobohkan masjid yang dibina?
Perkahwinan itu dikatakan umpama membina masjid. Kenapa masjid? Kerana ia adalah tempat yang mulia dimana kita menjalankan segala aspek kehidupan sebagai muslim. Masjid juga merupakan pusat melahirkan ummat yang berkualiti dari segala aspek. Begitu juga perkahwinan, perkahwinan merupakan satu ikatan suci yang akan memastikan kelangsungan hidup mati bangsa manusia. Bagi kita muslim, perkahwinan itu bermaksud meramaikan lagi hamba Allah untuk bersama-sama memakmurkan bumi dan menggalas tanggungjawab menjadi khalifah. Jadi adakah ikatan yang begitu murni ini sanggup dilepaskan begitu sahaja? Adakah masjid itu sewenangya dirobohkan begitu sahaja? Di mana silapnya kita?
Teringat saya kepada pesanan ibu ketika abang hendak bertunang. Ibu berpesan kepada bakal tunang angah seperti ini : Duhai puteriku, bila kamu akan mendirikan rumah tangga, ingatlah pesan ini...
Jadilah kamu hamba baginya dan dia menjadi hamba bagimudan jagalah sepuluh perkara untuknya...
Yang pertama dan kedua : berlakulah qanaah kepadanya dan perlakukan dia dengan mendengar dan taat yang baik.
Yang ketiga dan keempat : perhatikan apa yang dilihat dan dicium. Jangan sampai matanya melihat yang buruk padamu dan jangan sampai dia mencium yang buruk darimu, kecuali yang terharum.
Yang kelima dan keenam : Perhatikan waktu makan dan tidurnya. Terlalu lapar itu membelenggu dan kurang tidur itu membuat dia marah.
Yang ketujuh dan kelapan : Jagalah hartanya dan sanak saudaranya. Yang mustahak dalam harta benda ialah mentadbirnya dengan baik. Yang mustahak dalam rumahtangga adalah mengurusnya dengan baik.
Yang kesembilan dan kesepuluh : Janganlah membantah perintahnya dan jangan pecah amanah serta membuka rahsianya. Jika kamu melanggar perintahnya, maka bererti kamu membuatnya marah. Jika kamu pecah amanah, maka kamu tidak akan mendapat aman daripada khianat kepadanya. Dan ingatlah, jangan kamu bergembira di hadapannya di saat dia bersedih dan janganlah pula kamu bersedih apabila dia bergembira. Yang pertama termasuk dalam kesalahan dan yang kedua kamu membuatnya runsing. Jadilah kamu orang yang menghormatinya dan dia akan menghormati kamu. Dan ingatlah, kamu tidak akan berjaya menggapai apa yang kamu inginkan, hinggalah kamu lebih mendahului rasa sukanya daripada rasa sukamu, sama ada mengenai apa yang kamu suka atau kamu benci.
Cuba kita sama-sama merenung pesanan ini dan fahami apa sebenarnya kerukunan hidup berkeluarga. Semoga masjid yang dibina dapat terus melahirkan muslimin dan muslimah terbilang dalam membela agama kita dan bukannya masjid itu dengan mudah dirobohkan hanya dengan lafaz CERAI.