Wednesday, October 20, 2010

PERLU ATAU SUKA?

Manusia sering berhadapan dengan dua perkara yang membuatkan manusia sering memilih antara dua iaitu PERLU atau SUKA. Perkara pertama, manusia PERLU diLAKUKAN dan perkara kedua, manusia SUKA diLAKUKAN. Telah menjadi sunnatullah kerana kedua-dua perkara ini saling bertindak secara bertentangan antara keduanya. Kebiasaannya perkara yang perlu kita lakukan adalah perkara yang tidak suka kita lakukan. Dan perkara yang kita suka lakukan ialah perkara yang tidak perlu kita lakukan.
Contohnya, adalah bangun mengerjakan solat Subuh. Apabila hamper masuknya waktu subuh, perkara yang perlu dilakukan adalah bangun, membersihkan diri, bersuci dan berwuduk. Itulah langkah yang perlu kita lakukan jika benar kita cintakan Allah. Namun apakah perkara yang suka kita lakukan? Ya, jika diikutkan nafsu, kita suka untuk terus tidur. Bangun solat subuh langkah yang ‘perlu’, manakala terus tidur ialah langkah yang ‘suka’ kita lakukan. Pada ketika itulah kita perlu bermujahadah. Ilmu walau setinggi mana pun jika tidak mampu menggerakkan kita untuk solat jika kita lemah dalam BERMUJAHADAH!
Jadi lawanlah nafsu. Tidak ada jalan pintas, tidak ada jalan sinhkat. Tidak ada keajaiban, melainkan perlu menempuh kesukaran. Itulah jalan mujahadah.ingatkan hati bahawa utk Berjaya dlm hidup, kita mesti lakukan perkara yang perlu kita buat walaupun kita tidak sukakanya. Bukan salam soal menunaikan solat sahaja, begitulah juga ibadah puasa, membaca al-Quran dan amalan-amalan soleh yang lain. Untuk melakukan perkara yang ‘perlu’ dibuat walaupun kita tidak ‘suka’ membuatnya, menagih ketabahan, keberanian dan istiqamah (konsister). Ini semua seolah-olah ‘menyeksa’ diri sendiri. Ketahuilah, manusia wajib mencintai Allah, maka mujahadah itu juga adalah wajib kerana itulah satu-satunya jalan yang menemukan kita kepada cinta Allah. (^_^)

Thursday, October 7, 2010

aku mengimbau kenangan maniss..

pada tarikh ini..telah setahun berlaluu..kenangan y sangat manis dan tersa dihargai oleh insan2 y aku kasihi kerana Allahh..tarikh keramat y membawa erti kehidupan pada diri ini..9 oktober 2009..setahun y lepas..
adik2 Mizzann..
aku rindu..
aku rindu..
aku rinduuu..
jazakillahh pada kalian..krn kalian membawa seribu erti..
sukar dilafaz..sukar di hilangkan dr ingatan.
cerita suka duka sentiasa segar di ingatan walau jasad berjauhann..
iAllah..pertemuan itu pasti..
akannn aku usahakann agar menjadi realiti..

Sunday, September 12, 2010

singgah salam..

ramadhan berlalu..syawal menjelma..
tak sangka hidup ini begitu singkat..
telah setahun berlalu..
ia tetap sama dan pasti sama..
tapi perlukan sedikit perubahan agar 'cinta' itu terarah pada CINTA-NYA..
di atas nama CINTA REDHANYA..


manusia pasti berubah..ada yang semakin baik dan ada yang semakin buruk..
'aku' perlu buat perhitungan..
'aku' perlu buat keputusan..
bila 'aku' berkata TIDAK maka jawapannya adalah TIDAK!!
bila 'aku' berkata YES maka jawapannya adalah YES!!..
bukan mudah bernafas dalam jiwa hamba..
dan 'aku' cuba utk menghadapinya..


masa dan keadaan merubah manusia..
mungkin awalnya manusia itu baik dan akhirnya juga baik..
mungkin awalnya manusia itu jahat dan akhirnya juga jahat..
mungkin awalnya manusia itu baik dan akhirnya jahat..
mungkin awalnya manusia itu jahat dan akhirnya baik..
'aku' perlu pilih antara 1.
sudah semestinya 'aku' pilih y pertama..
'aku' aku pikir sukar utk menjaga hingga menjadikan akhirnya itu baik..
tp 'aku' yakin pasti boleh!.


PERJALANAN itu jauhhhhh...tapi tak lamaa..hanya ibarat kerlipan kenyitan mata sahaja..jadi,,




'aku' perlu pada keputusan..
ape pun keputusan..itulah 'aku'..
kerana tiada manusia yang boleh membaca hati manusia..yang boleh membaca hanya pengalamannya menyebabkan kita mengenal sape sebenarnya manusia..




YANG AKHIRNYA MANUSIA ITU AKA DITEMPATKAN SAMADA NERAKA ATAU SYURGA.
dan 'aku' juga perlu pada keputusan utk akhirnya menjadi baik..

Monday, August 9, 2010

ahlan ya ramadhannn..

esok dan lusa..ahlan ya ramdhannn..penantianku bermula..kehidupan baruku bermula..aku melangkah dgn sengaja mengagahkan hati menguatkan diri utk mantapkan iman yang senipis inii..ahlan ya ramadhann..
mg ramadhan kali ini menjadi penentu segalanya..matikan aku dalam iman penuh dijiwa..selamatkan aku dari azab kubur dan azab nerakamu ya ALLAhh..
akan aku usaha suatu yang terbaikk demi masa depanku..mimbinglah hati ini yang sering kerinduaannnn...rahmatilah diri ini dan seluruh keluargaku serta saudaraku y lainn..mg syurga menjadi tempat pertemuannn kami ya ALLAHHH...

Tuesday, July 27, 2010

HARI yang hampir tiba

dia semakin hampir..ye hari itu semakin hampir..aku menghitung hari, membilang jari hanya tinggal beberapa hari sje..dia semakin hampir dgn ku..hadirnya dia bakal merubah kehidupanku..aku sangat menanti kedatangannya utk melaksanakan segala tanggungjawabku selama ini..aku mohon Allah kuatkan hatiku utk menghampiri hari indah itu..hari yang sangat aku nantikan selama ini...aku punyai azamm ingin melaksanakan amanah itu sebaik mungkin..dan hadirnya hari itu akan membuatkan hati kecilku berkata2 masih layakkah diri ku dgn 'dia'..masih adakah diriku diruang hatinya?..aku pasrah..aku berserah segalanya..dan bermulanya hari itu aku mohon agar hatiku kuat utk menghadapinya saat dan hari2 mendatang..dan hari itu bakal mengubah kehidupan ku..walau tidak mampu keseluruhannya aku mohon agar hampir keseluruhan kehidupanku di arah yang betul...aku mohon krn hari itu kita tlh berjanji utk 'berpisah'..tp jauh di sudut hatiku aku ingin 'berpisah sementara' sehingga hari yang lebih sesuai itu tiba pada ketikanya..krn hari y hampir tiba itu aku mohon kekuatan hati, fizikal. rohani dan jasmani agar aku lebih tabah menghadapinya..dan krn hari itu aku telah membuat keputusan meninggalkan 'kamu' dan 'dia'..dan aku berazam dgn hadirnya hari itu..aku terus memohon dan memohon agar hari mendatang y akan tiba itu adalah hari y bahagia bersama redha Allah...amminn ya rabb..

Sunday, July 11, 2010

sekadar berkongsi..

Bawa HatiMu kpd Tuhan..buku y sgt menarik..ingin sekali berkongsi cerita di saat keseorangan di rumah..tp cukup puas krn matlamat itu hampir tercapai..mg hati ini terus istiqomah dgnnya..

"Binalah Iman Agar Sejahtera Daripada Dosa"

IMAN adalah satu nikmat ALLAH yang bersifat serbaguna. kerana itulah insan ia menjadi anugerah ALLAH y termahal buat insan yang dikasihiNya. selain menjadi sebab terselamat daripada azab ALLAH di akhirat, iman juga menjadi benteng ampuh bagi seseorang muslim daripada terjebak melakukan dosa-dosa kpd Allah dan sesama manusia..
tanpa IMAN berbagai kerosakan dan kemusnahan akan berlaku dalam kehidupan manusia di dunia ini. lebih-lebi lagi di akhirat sana. menyisihkan diri daripada suluhan IMAN dan HIDAYAH akan menjadikan diri kita terdedah kepada segala macam anasir kejahatan dan dosa..
diriwayatkan kepadaa Abu Hurairah r.a katanya: Sesungguhnya Rasulullah SAW pernah bersabda : "seorang penzina tidak akan berzina jika ketika itu dia berada di dalam keimanan. seorang pencuri tidak akan mencuri jika ketika itu dia berada di dalam keimanan iaitu IMAN yang sempurna. bagitu juga seorang peminum arak tidak akan minum arak jika ketika itu dia berada di dalam keimanan" riwayat Bukhari & Muslim
justeru itu mari kita bersama-sama berusaha dan bersungguh-sungguh memupuk dan membina IMAN di dalam jiwa agar terselamat dariapa azab ALLAH aminn..

mereka..













Sunday, June 27, 2010

duhai hati jangan menangisi setiap yang berlakuu..

duhai hati jangan menangisi setiap yang berlakuu..kuatkan hati melangkah pergi setelah terluah segala lafazz..gagahi jiwa menempuh hari2 yang mendatang meningalkan segalanya..yang lepas adalah sejarahh yang tidak berulangg..sejarah maniss dan pahit itulah lumrah kehidupan hambaNYAaa..tapi jauh disudut hati kecilku..hati ini menangiss kerana perpisahan ini..ye perpisahan yang terpaksa aku harungi setelah satu tekad yang aku lafazkann..segalanya terpaksa aku menangungnye seorang diri apabila lafaz perpisahan itu terlafaz..biarlahh..segalanya telah dirancangg..hanya tinggal masa utk melaksanakannyaa...duhai hati insan yang mengasihi diri ini..maafkan segala kesalahan zahir batinku..kerana aku jua sgt mengasihi kalian y sgt berjasa..

kekuatan yang dicipta sendiri..risiko yang perlu dihadapi atas setiap pemergian..mg ada sinar kebahagian dan dapat kuperolehi kekuatan batinniahh..terpaksa kukeraskan hati dari mendengar segala pujuk rayu kalian..kerana..keranaa..aku perlukan kekuatan di sana..aku pergi mencari kekuatan aku yang hilang dlm sekelip mataa..air mata ini laju mengalir kerana saat hiba terpaksa aku tinggalkan kalian yang bayak berjasa dan sangat aku kasihi keranaMU YA ALLAHHH...rahmatilah mereka y berjasa pada hambaMU ini..berkatilah kehidupan mereka..dan peliharalah hati mereka agar tidak sekali-kali futur dijalanMU..jalan y durinya ada di mana2..

pertemuan pasti hadirnya perpisahan..dan perpisahan itu yang sering kali kita gusarkan..taku2 perpisahan buat selamanya tp pasti berjumpa semula di hari kemenangan nanti..utk mereka y berjasa dan dikasihi kerana Allah..maafkan segala salah dan silap diri ini, halalkan segalanya agar ia tidak menjadi hutang buatku di akhirat nanti..ucapan ribuan terima kasih dan penghargaan tidak terlafaz dengan bibir ini..tidak mengapa bibir ini masih utuh memberikan senyuman tidak bisa membiarkan air jernih itu jatuh lagiii..kerana aku pasti pertemuanitu pasti tp bila, dimana dan apakah tujuannya aku tidak pasti...

untuk mereka yang bejasa..
syukran jazilan ;)

**post ini ditulis krn tinggal beberapa hari lagi kehidupanku di negeri sejarah ini..

Friday, June 18, 2010

Aisy Nawfal tersenyum senang sekali..

dari Dia kita datang kepada Dia kita kembali...redhalah dgn segala ketentuan dan bersyukurlah dgn anugerah y tidak ternilai ini y telah Allah berikan kpd hambaNYa y Dia pilih..utk kakak tersayang..bersyukur dan bergembiralah dgn anugerah dan ujian ini..sesungguhnya bayi comel itu menantikan kdtgn ibu dan babanya di sana..
saat berita sedih itu sampai padaku..tidak sedikitpun air mata ini mengalir..tp bila bertemu along, bergenang air mata ini bila melihat kesayuan diwajahmu..tp dpt aku tahan agar tidk mengalir deras..setelah 3 mlm along di hospital akhirnya..along semalat melahirkan, tp setelah wajahnya ku lihat tdk dapat ku tahan air mata ini dari mengalir deras..sempurna sudah anggota badannya..masyaAllah sgt cantik ciptaan Allah Yang Maha Kuasa..ye..along tidak spt org lain y melahirkan baby dlm keadaan sihat dan dapat mendengar tangisannya tp tidak pada along..tangisan insan lain y dpt didengari..tp bergembiralah along,kerana sbnrnya Allah memberi hadiah y sgt besar pd along..hadiah y tidak semua hambanya dpt..bayi itu pergi menghadap PenciptaNya y lebih berhak pada dirinya..insyaAllah..pelangi y cantik itu akan bersinar kembali..doakan utk kebahagiaannya disana..
masa saat2 die dikebumikan adik dpt rasakan bahawa die dgn senang pergi menghadap Allah tanpa ade sabarag hisab ke atasnya..sgt bahagialah die disana..bayi y sgt comel y diberi nama aisy nawfal..

Wednesday, June 2, 2010

kekuatan dlm jiwa yang rapuh..di rempu tsunami..

"saat kamu lahir..kamu MENANGIS & orang lain TERSENYUM atas kelahiranmu..maka perjuangkanlah kahidupan ini supaya saat kamu mati nanti kamu TERSENYUM walaupun ada orang lain yang MENANGIS atas kematianmu..hidup adalah satu perlawanan simbolis yang punya RAHSIA yang sukar untuk tersingkap manfaatnya kecuali oleh mereka yang tak MENGHARGAI & TERPESONA oleh anugerah ALLAH.."

"KITA dilahirkan sebagai PEJUANG walaupun medan & cara kita berbeza, justeru mahkotakan mutiara kesabaran & panduan iman kerana perjuangan ini b ukan 1 destinasi tapi jalan yang panjang.."

"ya Rabbi..ketika aku jatuh CINTA izinkan ia datang pada waktu yang tepat, di mana CINTA itu akan membuatku selalu mengingatimu..dan bukan melupaimu..ketika aku jatuh CINTA, CINTAkan hamba pada seorang yang sentiasa menCINTAIMU & mampu membuatku semakin MENCINTAIMU..ketika aku jatuh CINTA, jagalah hati hamba agar CINTA itu tidak berbalik menjadi mata pisau tajam yang siap memporak perandakan CINTAKU kepadaMU.."

"jika mahukan nikmat dunia, cakaplah ISLAM sebagai nikmatmu..jika ingin menjadi asyik cakaplah ketaatan sbg keasyikanmu.jika mahukan pengajaran, cakaplah MAUT sebagai pengajaran.."

Tuesday, May 25, 2010

SEBELUM KEBERANGKATAN PULANGG...

SEBELUM KEBERANGKATAN PULANG KE TANAH AIR...nak kena siapkan LAPORAN UNIT BIMBINGAN KAUNSELING, LAPORAN KES KAUNSELING PELAJAR, KERTAS KERJA PROGRAMM utk 3 PROGRAM terdekaattt..huhuhu saborr99..
perhatian utk family..JUN 2010- 3,4 & 5-Mukhayyam pelajar IPT Kelantan, 7,8 & 9-Kem PMR & SPM/ Kursus KOHOT7 (program serentak), 10,11 & 12-Mukhayyam PPA, 13,13,15 & 16-BALIK KAMPUNGG!!!!, 17,18 & 19-Karnival Ko Kurikulum MGBSIM kat uitm Dungun, 29,30 & 1/7-Mukhayyam pelajar smi...itu shje yerr..abah,mak,along,anas n ain hehehehe...
ya Allah berilah kekuatan & ketenangan pada hambaMU ini..aminn

Monday, May 17, 2010

al-Fatihah..

Tanggal 17 Mei 2010..jam 4.10 pm..
masa yang ditunggu malaikat maut dtg menghampiri..tidak terlewat sesaat tidak tercepat sesaat..itulah masa yang dijanjikan Allah..kembalinya seorang lagi hamba Allah..dgn penuh ketenangan..terukir senyuman di bibirnya seolah2 dia bahagia di sana..pemergian seorang isteri kpd seorang ikhwh..terdetik dihati begitu tabah seorang suami menerima kenyataan bahawa sang kekasih telah pergi bertemu PenciptaNYA yang Agung..diwajahnya boleh dilihat betapa die meredhai dan merelakan perpisahan itu..seorang ibu yang pergi meninggalkan anak2 yang soleh dan solehah..itulah wasiat agong seorang ibu..begitu pantas masa berlalu..waktu kematian hampir asar dan selesai segalanya waktu isya'..itulah yang terbaik utk almarhumah..apabila matinya seorang anak adam maka bersegeralah memandi,mengkafan dan solat dan tanam agar mayatnya tidak tersiksa lama..betapa ramainya kenalan2 yang datang memberi penghormatan terakhir..dan ana juga sempat memberi kucupan terakhir utk arwah..moga iringan doa anak-anak yang soleh dapat membahagiakan arwah disana kelak..apa yang boleh dikatakan..semua meredhai pemergiannya krn seolah2 tidak lagi sanggup melihat penderitaannya di bumi ini..andai kematian itu terbaik utknya maka itulah y lebih baikk..arwah telah selesai urusannya dibumi penuh pancaroba ini..
tapi bagaimana kita??..
soalan y belum dijumpai jwpnnya lagi..mg kita sama2 sentiasa memohon keampunan pada Allah selagi nyawa masih dijasad..moga kita juga kembali dlm senyuman keimanan spt arwah..
salam takziah kepada seluruh keluarga Ust Omar Alias..tenanglah dlm ujian yang Allah berikan..hikmah Allah seiring dgn ujian yang telah Dia turunkan utk hambanya yang beriman..aminn..

Friday, May 7, 2010

sekadar bercerita..

alhamdulillah..ana selamat sampai dirumah ptg jumaat...pg jumaat naik bas di langgar, sepatutnya jam 9.30am tp lewat 1 jam 10.30am bru bas dtg..sabar je masa tu huhu..malam semalam (khamis)..ana join tido je dgn anak buah usrah seorang ukhtie..hehehe join tido je..y lain tak join pun..esok pg tu g airport hantar student utk pertandingan YAA..3 org student banat dr smiaman..
jumaat..
sepanjang perjalanan dlm bas utk blk rumah..mata ni berat sgt..tak thu knp..so layan jerr..sampai 1 kwsn tiba2 bangun terkejut sbb bas hampir terbabas dlm gaung huhu..masa tu perasaan yang tak dpt di gambarkan..tp alhamdulillah Allah masih panjangkan usia utk memohon taubat..mg taubat ini diterima Allah aminn..
sepanjang perjalanan..nak lelap mata tp takut..sblum ni,,terfikir klulah mati excident..mcm mana??..dlm takut2 tu terfikir jugak klu bas tu betul2 jatuh..ape akan jd?..maybe akan meletup..masuk surat khabar..nt ic akan terpampang kat tv...orang sekian2 mati dlm kejadian bas jatuh gaung n meletup...masyaAllahhhh..istighfar panjang ana masa tu..tiba2 jd takut..rse blum bersedia utk mati bila memikirkan dosa dan pahala yang belum melebihi dosa yang ana.....nauzubillahhh..
sepanjang perjalanan..otak ligat berfikir berbagai kemungkinan yang akan berlaku..sampai kat station bas pukul 4.30pm..masa tu mak n adk bongsu dah tunggu..ada gak niat taknak mak dtg ambik tp takpe hehehe..byk destinasi yang disinggah sblum sampai ke rumah..sampai di rumah,,dpt berita sedih pulak..abah demam huhu..mlm ni pun yang boleh tulis blog sbb takde spe yang nak layan borak2 huhu..abah n mak dah masuk tido awal..sbb abah tak sihat..abah ckp tadi "adik..esok lah kita borak ye..abah demam ni"..ok abah. td sblum isya' borak2 dgn adk bongsu..huhu pelbagai cerita baru n panas yang berlaku di saat2 ana takde kat rumah..moga Allah selamatkan keluarga ana dan merahmati seluruh keluarga ana aminn..kadang2 sedih bila jd org terakhir yang tahu pasal fmly..tp takpe ada hikmah insyaAllah..emmmm esok sabtu dah nak blk..huhuhu taknak balik lagiiii....sblum abah tido td abah pujuk..esok mak masak sup tulang utk adik ye..hehehe best sgt..abah mak seboleh mungkin memenuhi kesukaann anak2nyaa..kadang2 tu mcm ibu mangandung pulak..sbb asal blk umah je mcm2 nak..nak itu..nak ini..sume dapat..
sabtu..
pagi ni bgun lewat skit..sbb smlm tido awal tp jaga pukul 2 pagi hantar abah g hospital utk ambik ubat..berdebar dada ni bila mak call nak hantar abah g hospital..bimbang betul klu abah sakit..kdg2 tgk abah ni demam cam biase je tp tup..tup esok mlm tido wad huhu..pelik batul kdg2 tu..hari ni tolong2 mak je..g ambik adk dr belajar kete..pahtu blk umah chat ym hehe...relax2 jap terlelap jugak hahaha..sblm zohor abah panggil suh urut badan..petg pun gtu gak..jauh di sudut hati alhamdulillah dpt gak berbakti..sambil2 urut abah kata "..adik blk..abah demam pulak..abah ,c, sedih je..adik lagi lah sedih huhu.." takpe lah abah..nak wat camne..ptg msg dgn along..along risau gak bla thu abah demam..sume org jd risau klu dgr kabar abah demam..huhu..
emmm esok balik kelantan..cam berat hati je nak blk..tp ape blh buat tanggungjawab dan amanah perlu dilaksanakan..takpe lah abah..mak..adk balk kejap je..nanti adk blk semula yerr..mg Allah beri kesihatan yang baik pada mak dan abah tersayang..aminn..

Monday, May 3, 2010

corat coret i'dad du'ad 2010

30/4-2/5 2010
Sri Pantai Beach Resort,Melawi.
Peserta dari Sek.Smi.Musleh.Bhd

10 MUASOFAT MUSLIM
1. Aqidah yang Sejahtera
2. Ibadah yang sohih
3. Akhlak yang mantap
4. Berpengetahuan Luas
5. Memiliki tubuh badan yg sihat
6. Bermujahadah melawan hawa nafsu
7. Berdikari
8. Tersusun dalam urusan
9. Menepati masa
10. Bermanfaat untuk orang lain

Al Mujahid As Syeikh Mustafa Masyur pernah menyebut:
"Tarbiyyah (pendidikan) bukan
segalanya-galanya,
tetapi segala-galanya hanya dapat
diraih dengan Tarbiyyah."















p/s: biarlah gambar berbicara..suka duka idad duat..

Sunday, May 2, 2010

bangkitlah MUJAHIDD!!!

Album :
Munsyid : Shoutul Harokah
http://liriknasyid.com

Bangkitlah mujahid bangkitlah
Rapatkan barisan rapatkan
Ayunkanlah langkah perjuangan
Mati syahid atau hidup mulia

Siapkan dirimu siapkan
Gentarkan musuhmu gentarkan
Takkan pernah usai pertarungan
Hingga ajal kan menjelang

Enyahkan rasa takut dan gentar
Walau raga kan meregang nyawa
Karena Allah tlah janjikan surga
Untukmu mujahid setia

Thursday, April 29, 2010

malam ini..

dah pukul 12:05am belum lagi peluang istirehat utk mata ini..inilah masanye..masa 'bekerja' utk menyiapkan kerja2 teknikal bagi program I'dad Du'ad 2010, penyertaan dari sekolah2 di bawah rangkaian Musleh..suasana yang agak ceria dgn kelang kelibut org ramai..byk gelagat..itu bercakap ini bercerita..makan minum segala2nye ada..emm pukul 4 pg ni kna g ambil peserta di station bas..nampak gayanye cam tak tido lah huhu..dlm masa yang sama sek wat qiam utk guru2..alamat aku i tahajud atas jalanlah jawabnya..tp itulah kenangan satu hari nanti..alhamdulillahh..selagi diberi kesempatan utk berbakti demi Islam tercinta..mg amal kerja ini dinilai Allah..
cerita disana nanti akan berkunjung tiba nanti..sabar yerr..

Wednesday, April 28, 2010

'Dia' datang lagi..

ya Allah berilah ketenangan dlm jiwa ini..hadirnye 'dia' menyebabkan hati ini resah gelisah dgn takdirMU..aku sedar..aku tidak mampu mengatasi takdir itu..tp siapalah aku utk menerima..andai hati ini boleh dilihat..betapa kusut masainya keadaanye..aku hamba yang lemah yang tidak mampu memikir ape hikmah disebalik kejadian..tp aku yakin dgn bantuanMU ya Allah..bantulah aku utk mendapatkan 'cinta & kasihMU ' ya ALlah..hati ini terlalu bimbang andai 'dia' datang lagi...

Tuesday, April 27, 2010

AKU MENCARI CINTA ALLAH SAAT INI..

SAAT INI..aku mencari sesuatu yang sukar dinilai dgn mata kasar..
aku mencari redha Allah..dan cinta Allah..
bukan cinta manusia yang aku cari saat ini..bukan dunia yang aku cari saat ini..
aku cuba menyemai benih di dunia ini utk aku dapatkan hasilnya di akhirat nanti..aku prlu usaha utk mendapatkannye walaupun tanpa bantuan manusia lain..aku adalah aku..sukar ditafsir ape yang tersurat dan tersirat..kerana aku adalah aku..
aku mencari CINTA ALLAH SAAT INI..

salam sang MURABBI..

"apabila kita melakukan sesuatu DOSA..apabila kita terjatuh dari puncak IMAN dan TARBIYYAH..Tetapi SEKIRANYA dalam hati kita masih terdetik lagi akan KEINSAFAN dan INGATAN kepada ALLAH..maka ketahuilah bahawa ALLAH masih MENYANYANGI kita..boleh jadi die ingin membuat kita jadi lebih matang, dan boleh jadi ada suatu hikmah yang tersembunyi yang tidak mampu kita fikirkan..cuma bertaubatlah kerana ALLAH MAHA MENERIMA TAUBAT HAMBANYA.."

Monday, April 26, 2010

salam perjuangan..

Salam perjuangan…bersama kemelaratan gelora jiwa mencurah tinta…tersuratbersama terapi cinta dan anganSemarakkan hawa taqwaJajalah bunga2an cinta dari tuhanWalau di balik tabir…kulihat jiwamu seperti cahayaTerang mata hatiku menatap…seterang sinar mentariMungkinkah disambar sehelai angin semusim geloraLewaat hangat salamku yang tak sempat kucapkanGemuruh jiwaku membelai takhdir…Sedang ditanganNya juga tertancap pena..

Saturday, April 24, 2010

hadirlah seseorang yang membantu memberi ketenangan pd jiwa ini...

hadirkanlah ya Allahh...ampunkan dosaku andai hambu yg lemah ini berburuk sangka padaMU..Nauzubillah..sesungguhnya setiap kejadian ada hikmahnya..aku yakin setelah segalanya berlaku...aku lebih tabah dan kuat utk mendekatkan diri ini padaMU..tak terkira air mata keinsafan yg mengalir bila muhasabah diri..bimbinglah aku ya RABBB...

kematian semakin hampir..

alfatihah utk seorang pelajar akhawat x-jaiputra dr singapore..yang baru meninggalkan kita bertemu pencipta..masih terlalu baru beliau pergi dan masih terlalu muda utk org sepertinya..mcm tak percaye bila dgr berita kematian ni..thn lepas akhawat x-jaiputra pun pergi bertemu pencipta..walaupun tidak pernah bersua muka tp kehilangan setiap wagra jaiputra itu pd ana sgt2 bermakna,,krn jaiputra terlalu dekat dihati...setiap perkembangan berita kesedihan warga jaiputra sgt2 ana terase hibanya..moga Allah merahmati kalian dan menempatkan kalian disamping org2 mukmin...alfatihah.

kematian semakin hampir..selesai sudah perjalanan hidup dua akhawat ini didunia penuh cabaran..bagaimana dgn kita??..apabila ditenung, terase ingin sekali mengikut jejak langakh mereka..terase susah dan payah menjalani kehidupan dunia ini..tp adakah aku bersedia menghadapi kehidupan di alam sana??..tdk terjawab persoalan ini..terlalu byk dosa..semakin meningkat usia..semakin bertambah dosa dan pahala..ntahlah, yg mana lg byk...klu lah blh dilihat graf dosa pahala nescaya sume org pasti takut...itulah hikmah perkara itu di ghaib kan..mg pahala sentiasa bertambah..dosa sentiasa terhapus..aminn..

Tuesday, April 20, 2010

berikan sedikit ruang utk bernafas..

alhamdulillah masih bernafas..
agak sibuk minggu ni..bukan minggu ni je..minggu2 sebelum ni pun huhuhu..tp takpe itulah adat bekerja dan memeng itu y di cari selama ni so tak perlu mengeluh kan..hehehe insyaAllah..
moga Allah meluruskan jalan ana ke syurga amin..harap2 dlm kesibukan ana, ana tidak terlupa org tersayang..tapi kadang2 sedih gak..abah yang call dulu bukan ana huhuhu..sory mak..abah..doakan adik..

rabu 21/4/2010 - Lawatan dari Sekolah Maahad Darul Anuar.
khamis 22/4/2010 - Ceramah Motivasi bersama Dr Saiful & Dr Azriani
jumaat 23/4/2010 - Daurah IPT (Ahammiyatul Tarbiyyah)
sabtu 24/4/2010 - Kursus Pemeringkatan KRSM.

seterusnya bekerja seperti biasa..hujung bulan ni 30/4-2/5 idat du'at sekolah musleh.moga kerja Islam ini Allah mengira amalku..amin

salam sayang utk mak dan abah tersayang

Friday, April 16, 2010

siri1>ketika CiNta BerTAsBiH..

pada saat ini..hati ini terasa kosong tanpa sebarang bicara hati..mengapa ya?? mungkin kerana aku jauh pada Allah..mengapa?
emm bicara tentang hati ini..ya saat ini sudah terisi rasa cinta dan kasih..moga Allah meredhai..tapi bisakah aku mendapatkan dia yang dikasihi??
atas jalan dakwah hati ini berbicara tentang cinta..
bila hati sudah terisi dgn rasa cinta mana bisa menghilangkan lagi..moga rasa cinta ini dari Allah..cinta itu nikmat..cinta itu bahagia..cinta itu petanda manusia ini normal..cinta itu lumrah bagi setiap manusia..cinta itu penyatu 2 jiwa kekosongan..
tapi kadang2 krn cinta manusia jatuh..krn cinta manusia lupa dan alpa..
saat ini..diri ini masih ingat ketika cinta bertasbih segala2nya indah..tapi cinta pada Allah lebih indah dari segala pelusuk dunia yang ada..moga keberkatan cinta itu aku sempat miliki...
nantikan sambungan seterusnya..berbicara tentang cinta..

Saturday, April 10, 2010

Pada Mereka Yang Dikasihi..

Pada Mereka Yang Dikasihi
(untuk adik2 mizan..)

pertemuan membuahkan rasa kasih dan sayang..
semakin hari kasih itu semakin kuat..
kadang2 terasa ingin memutuskan perhubungan ini sebelum kasih itu terus menjalar..
tapi..itulah perasaan yang diilhamkan syaitan..
perhubungan itu terus bergerak selaju angin..sederas air sungai yang mengalir..tidak siapa tahu dimana penghujung dan penamat..
diri ini gagah melangkah meneruskan perhubungan yg amat hebat ini..
inilah dinamakan ukhuwwah fillah..
bertemu dan berpisah kerana Allah..

duhai adik2 yang dikasihi..
adakah kalian sedar bahawa hidup ini ada penghujung dan penamatnya..
spt juga pertemuan kita setiap hujung minggu..
adakah kalian sedar..
kadang2 dlm bersuka ria bersama..kita terlupa pertemuan itu pasti ada penamatnya..
setiap hari diri ini menghitung hari..
mengira waktu adakah penamat itu akan datang..
adik2 yang dikasihi..
andai penamat itu hadir..
adakah kalian sanggup menyambutnya dengan penuh keredhaan hati..

adik2ku..
diri ini terkenangkan saat pertemuan pertama kita..
kita saling tersenyum simpul..
kita saling lihat melihat..
kita saling tertanya-tanya..
siapa dia yang sebenarnya..
saat2 manis kita kecap bersama2..
kita lalui detik2 indah bersama..

adik2 yang dikasihi..
adakah kalian masih ingat..
satu kisah dan helah yang kalian ciptakan bersama utk diri ini..
dirumah baba dan ummi kalian..
kita kumpul bersama..
dalam keseronokan bersama..tiba2 diri ini terasa sunyi..
tanpa ada suara yang berbunyi..
terus diri ini tercari-cari dimana kalian..
yang pd mulanya kalian didepan mata tetapi tanpa pengetahuan kalian hilang seketika..
adakah kalian sedar pd saat itu..
diri ini sgt2 bimbang pd kalian..kerana telah diri ini anggap kalian satu amanah..
bila dikenang2 kembali..ada lucu dan terharu diri ini terhadap kalian..
pelbagai alasan yg dicipta bersama2 kalian agar diri ini tahu menahu..
sedikit kecewa rasa hati ini pada kalian saat itu..
sedih dgn kehilangan kalian pada saat itu..
tetapi diri ini terus senyap tanpa berkata2..
betapa kasih dan sayangnya diri ini pd kalian..
saat yg ditunggu2 tiba..
kalian pulang ke rumah baba dan ummi..
kalian datang menghadap memohon kemaafan atas kehilangan kalian sebentar tadi..
tersentap jiwa ini mendengar kata2 kemenangan itu..
kemaafan bukan tanda kelemahan..
terubat sedikit rasa kecewa itu bila kalian tersenyum dihapan ini..
tanpa memikirkan apa2..diri ini menyatakan satu penegasan..
wahai adik2ku..andai ada dikalangan kalian yg belum bersujud padaNya maka cepat2 kan lah..kerana masa itu sentiasa mencemburui kita..
dlm sedikit kesedihan td..tp terubat jua dgn kepulangan kalian..
terima kaseh adik2ku..kerana tidak membiarkan diri ini menunggu lama..
tanpa disedari..
diri ini terdengar sayup2 suara merdu dibelakang..
kali pertama..tidak diendahkan..
kali kedua..suara itu makin mendekat..
kali ketiga..kedegaran jelas suara merdu itu..
mengalunkan bait2 kata yang indah..
rupa2nya..kalian sangat prihatin pada diri ini..terima kaseh sayang..
dengan doa dan pengharpan kalian pada diri ini..semoga Allah memangjangkan usia dan merahmati diri ini..sekaligus kalian hulurkan tangan berjabat mesra dan kalian hadiahkan sebiji kek utk tatapan bersama..

adik2ku yang dirindui..
adakah kalian sedar pada saat itu..
diri ini sangt2 terharu atas kejadian itu..
diri ini juga merasa bersalah kerana menghukum kalian terlebih dahulu..
pada saat2 diri ini mengenggam pisau utk memotong..
hampir2 sahaja air jernih ini mengalir membasahi pipi..
sungguh terharu diri ini pd saat itu..
kerana kalian sanggup bersusah payah demi diri ini..
ya Allah..
aku lah insan paling bahagia saat itu kerana dikurniakan adik2 sebaik kalian..
terima kaseh Allahh..
apabila terkenang sejenak..
bagai sebentar tadi perkara itu berlaku..
sungguh bijak adik2ku mengatur strategi..

duhai adik2..
ini doaku pada kalian..
" ya Allah..ampunkan dosa adik2 yang amat aku kasihi..rahmatilah kehidupan mereka..kekalkan mereka dijalan dakwah ini..ya Allah janganlah diuji perkara yang tidak mereka mampu mengalasnya..kuatkanlah hati mereka menempuh kehidupan dunia ini..ya Allah seandainya..telah sampai saat perpisahan kami..redhalah segala yang berlaku..Engkau hadiahkan kekuatan hati utk kami melalui saat2 getir perpisahan itu..ya Allah kami berjanji atas nama ukhuwwah fillah..kami bertemu keranMu ya Allah..dan kami berpisah jua keranaMU ya Allah..."

adik2ku seandainya ada kesalahan dan kesilapan diri ini..maafkanlah
sesungguhnya mata kita mampu melihat, hati kita mampu mentafsir..
yang pasti adik2ku..diri ini sangat bahagia bersama kalian walau sebentar..
tiada siapa dapat melawan takdir andai perpisahan itu berlaku..
adik2ku..
andai diberi pilihan dan kekuatan hati..
tiada siapa yang merelakan perpisahan ini..
redhalah adik2ku..
segala mutiara berharga yang sempat dikutip bersama diri ini..amalkanlah adik2ku..
jgn lah kalian mengharap sesuatu yang hebat dari diri ini..kerana diri ini hanya manusia biasa yang sering melakukan dosa..
diri ini jua kuat berdiri kerana adanya kalian..
kalianlah pemberi smgt utk diri ini gagah melawan arus nafsu yang kadang2 menderas..

adik2ku..
aku menyanyangi kalian seperti mana aku kasihkan diriku..
aku mencintai kalian seperti mana aku cintakan diriku..
aku menjaga kalian seperti mana aku menjaga diriku..
seandainya adik2ku..
kasih sayangku..
cintaku..
penjagaanku..
pada kalian masih ada y terlopong..
maafkanlah diri ini
hanya satu yang kupinta pada kalian..
berdiri tegaklah kalian diatas jalan syurga ini..
jgn sekali2 kalian cuba menjatuhkan diri kalian sehingga dihina makhluk Allah..
hargailah setiap peluang dan hidayah Allah..moga Allah merahmati kalian..
doakanlah diri ini jua kuat melawan hasutan syaitan laknatullah..
moga kita berjumpa di taman-taman syurga nanti..

salam sayang dari..
Ukhtie Nurul Atiqah bt Mohd Amran
11.44am / 11 april 2010.

Monday, April 5, 2010

rehla ila CamerON HighLaNd..

sempena cuti keputeraan sultan kelantan,, semua warga PPA telah menghabiskan masa di tanah tinggi yg sejukk sgtt hehehe...
gambar ade..tp nanti la yerr..hehehe
salam

Thursday, March 4, 2010

dilema seorang insan..

pejam celik pejam celik dah masuk bulan 3 ana di SMI y cuba membantu manusia lain disamping membangunkan iman diri y kadang kala diatas dan dibawah..
emm perkara y sentiasa difikran pd saat ini adalah utk sambung belajar..belajar..belajar..dan belajar..untuk mencari ilmu di bumi Allah yg maha luas ini..tp sebenarnya di jauh sudut hati ini nak sgt2 g yaman or timur tengah or indonesia..knp?? entahlah sbb hati ni nak sgt..tp angan hanya tingal angan y secara logik akalnya mungkin tak tercapai tp secara y tak ikut logik akal mungkin boleh tercapai hasrat y satu itu..Allah itu maha kuasa..tp kini redha menguasai diri..mungkin ini yg terbaik..
tp kini target y paling dekat nak sambung belajar kat ukm,umt or udm..mg salah stu tu tercapai dlm masa terdekat ni amin..awal2 dulu nak sambung kaunseling tp dari sehari ke sehari hati ni terlalu berat nak sambung agama..ye agama itu lah keputusan muktamadnya..mg Allah makbulkan..tp disaat2 hati terlalu girang utk sambung belajar..tp terdapat insan berjasa y masih mengharap ana di sini di negeri ini..menyebabkan ana rasa serba salah tp apa ana boleh buat perjanjian y telah dibuat bersama ayahanda dan bonda sblm memutuskan utk bekerja di cini hanya lah sehingga kptsn upu keluar andai dpt sambung belajar maka tiada lagi penangguhan melainkan meneruskan niat diri dan harapan ayahanda dan bonda tercinta..mg Allah permudahkan. aminn..

sekadar luahan rasa..

sekadar luahan rasa..dlm sekelip masa..ujian itu datang lagi..kenapa aku tidak kuat sedangkan satu ketika dulu aku insan y menghambakan diri pd Allah..tp kini mengapa aku terasa lemah spt remaja lain di luar sana..di mana silapku?..siapa aku sekarang? adakah aku kini lebih hebat atau telah jatuh tersembam bumi dan lelah utk bangun semula..siapa aku kini?..
adakah insan biasa atau insan luar biasa?..adakah aku insan y bakal mengajak manusia ke jalan kebenaran atau aku insan yang menjatuhkan manusia lain?? nauzubillah..ya rabbi bimbinglah aku..yg kini terasa sangat lemah di bumi Allah ini dgn ujian yg telah engkau berikan..mg aku mampu melawan setiap perkara yg mendatang itu dengan jalan yg diredhai..aminn..

Saturday, February 27, 2010

andai itu suratanNYA..

tanggal 18 feb 2010..hari yang penuh sejarah n tragedi..sgala y ku miliki bukan lg milikku..kini tiada siapa tahu ke mana ia mneghilang..apa yang pasti..andai ia buka milikku hingga akhir hayatku...maka aku redha..inilah peringatan dari NYA..aku terima dgn rela walaupun ia pahit..mungkin ini kifarah dosa..walau apa pun yg berlaku adalah ujian dari NYA..
ya Allah ampunkan dosa hambamu ini..n terimalah taubat hambamu..mg aku masih diberi kekuatan utk terus mencari cinta MU..kuatkanlah iman ku..aminn..

Friday, February 5, 2010

TAMRIN PENGAWAS -KEPIMPINAN MELALUI TAULADAN-

5-6 FEB 2010
SMI AMAN
KEPIMPINAN SEKOLAH (PENGAWAS)

mukhayyam tarbawi-SRI-SMI-MUSLEH

29,30-31 JAN 2010
LATA CHELAK, BALING, KEDAH
SRI-SMI-MUSLEH

Tuesday, February 2, 2010

kini seBULAN telah berlalu....

pejam celik dah sebulan berlalu..aku tetap di kelantan..belum berganjak walau sedikit..adakah ini yg ditakdirkan utk ku?..apakah aku harus menerimanya atau menolak..takdir ini?...
telah sebulan berlalu..adakah aku masih insan kuat spt dahulu..apakah ujian ini dapat aku harungi tanpa bantuanMU?..apakah ujian ini dpt menaikkan iman aku atau menjunamkan iman aku..?
telah sebulan dia berlalu..masihkah ada kesedaran dlm diri aku utk mencari jalan yg terbaik utk aku..?..
telah sebulan berlalu aku masih mencari identiti diri sebenar..aku masih mencari kekuatan diri yg hilang..aku masih mencari kebenaran ilahi yg sebenar...
kini..aku yakin dapat atasinya..bantulah hambaMU ini...mencari kekuatan utk diri sendiri..mencari kekuatan utk org tersayang..mencari kekuatan utk ummah kini..
tp kadag2 aku lelah..kepenatan dgn ujian yg bagaikan mimpi di malam hari...
ingin sekali aku merasakan segalanya adalah mimpi ngeri..tapi..semakin aku merasakan bahawa ia mimpi semakin aku merasakan dunia ini gelap..dan aku manusia zalim pd diri kerana melupakan nikmat Tuhan..tetapi aku yakin..aku manusia kuat andai aku dapat mengatasinya..insyaAllah...inilah rayuan hambaMU ya ALLAH..perkenankanlah..
tp aku merasakan masih belum terlambat utk aku menjadikan tahun 2010 ini adalah tahun aku meninggalkan zaman jahiliah itu..moga segalanya menjadi rahsia aku dan Tuhan..dan moga dari kisah itu aku menjadi kuat melawan nafsu duniawi...inilah doaku setiap hari...aminnn...

Monday, January 4, 2010

KINI B'GELAR GURU..

assalamm..alhamdulillah Allah masih memberi nikmat iman n islam serta kesihatan yg baik..walaupun iman yg nipis ini kadang kala digugat oleh syaitan dan hawa nafsu..tp sbnrnya allah masih sygkan ana n kita semua insyaAllah..
bermulanya 1/1/2010 maka sudah tercatat bhw ana akan bgelar seorang pendidik di smi aman (MUALLIMAH/ GURU KAUNSELING)...bukanlah satu kehendak pada suatu ketika dahulu..n itulah yg dikatakan perancangan Allah lebih baik dari perancangan kita..apa yg ana harapkan moga khidmst ana..jasa ana..n pengorbanan ana di nilai oleh Allah dengan satu ibadah..apa yg ana cuba lakukan adalah mengikhlaskan diri seikhlas mungkin moga pekerjaan yg ana lakukan adalah ibadah bg ana dan mendapat pulangan yg besar di akhir nanti..kerja adalah ibadah..menyampaikan ilmu adalah tanggungjawab..dan ia merupakan satu usaha dakwah dlm mendidik anak2 bangsa menjadi muslim wa musleh..moga diri ana juga lebih terdidik dgn nilai2 islam..mungkin ini dikatakan kerja dakwah pada orang seperti ana yg baru ingin bermula melangkah kaki di dalam medan dakwah sebenar moga Allah mempermudahkan segalanya...
p/s; moga dosa kita terampun oleh Allah Yang Maha Pengampun..amin