Wednesday, November 2, 2011

kERINDUANN..

Rindu nyaa hati ni saat-saat di terbiyyah dgn pelbagai program..rindu y tk terlafazz di mulutt..jauh sudah perjalanan hidup aku..ape y aku dpt dr kisah hidup y sedrhana ini...nov 2009-mungkin nov 2011...hari2 y sgt mencabar kekuatan hati nurani ini..
Mengimbau kenangan lalu..pahit manis kehidupan perlu diteruskan utk menuju ke Syugra atau neraka Allah..indahnya hidup dlm tarbiyyah..di kelilingi oleh mereka y soleh dan solehah..mereka y punya matlamat hidup..kebahagiaan itu telah aku rasai dan keperitan itu telah aku tanggung..

Thursday, September 29, 2011

doa dan harapan..;)

ku titipkan sekudus doa pada Mu Tuhan sebagai kekuatan utk ku terus melangkah..

ku hamparkan harapanku yang menggunung agar aku bersedia menempuh dugaan yang telah Engkau takdirkan utkku..

ku lafazkan janji sumpah setia agar aku redho dgn perjalanan takdir yang telah Engkau tetapkan utkku..

ku bisikkan segunung doa dan harapan agar segala impianku dapat tercapai..

ku serahkan hati ini utk terus menyintaiMu wahai Tuhan..

luaskan perjalanan hidupku utk terusku melangkah gagah dibumi ini dgn pahala yang mengunung..

Tuhan..telah Engkau takdir yang terbaik utkku..dan Engkau juga y takdirkan yang buruk utkku..tapi ingin sekali aku mohon..agar yang buruk itu tukarkanlah kepada sebaik2 kejadian utkku..aku mohon perkenankan permintaanku agar sempat aku merasai bahagia di dunia ini juga bahagia di akhirat..amin..terima kasih Tuhan ;)

Wednesday, September 21, 2011

sekian lama..

assalammualaikum..
hmmm sekian lama tdk mencoret..
byk benda yang berlaku..tentang kehidupan..kehidupan tdk berubah tp yang sentiasa berubah adalah hati..iman juga begitu..hari ini naik belum tentu esok akan naik juga.
byk sungguh koleksi cerita dihati ini tapi belum kesempatan utk mencurah ;)
salam muhasabah

Wednesday, July 13, 2011

RAMADHAN bakal muncul lagi..

ya Allah..dikeheningan malam ini aku memohon padaMU..jadikan aku wanita syurgaMU..syurga yang tidak mampu aku bayar dengan beribu dinar..
ya Allah..dikesmpatan ini aku menadah tangan memohon kesempatan waktu utk aku merasai RAMADHANMU andai ia RAMADHAN terakhir buatku..
ya ALLAH..disaat aku masih bernafas ini..berikan aku peluang memohon TAUBAT padaMU..kuatkan hatiku melawan nafsu syahwat dunia ini..
ya ALLAH..diwaktu yang singkat ini..aku mohon agar aku tergolong dalam golongan hambaMU yang sentiasa memohon TAUBAT..
ya ALLAH..dikala aku bersendirian..aku mohon agar kuatkanlah zahir dan batinku agar aku mampu berjalan di bumiMU ini agar aku dalam KERAHMATANMU..
ya ALLAH..SEANDAINYA telah ENGKAU takdirkan hidup aku di dunia ini hanya sementara, maka matikanlah aku dalam SUJUD PADAMU..
ya ALLAH..jika takdir buruk telah tertulis buatku..aku mohon agar takdir baik dipunghujung nyawaku..
ya ALLAH..aku hambaMU yang HINA..LEMAH..hanya ENGKAU mampu mengembalikan HATIKU padaMU..
ya ALLAH..aku berjalan dibumiMU ini dengan megah penuh DOSA..maka berikan aku kesempatan WAKTU utk aku abadikan diriku padaMU..
ya ALLAH..ANDAI malam ini yang terakhir aku mohon matikan aku dalam KEIMANAN..agar aku sempat melafaz kalimah agungMU itu..

aku mohon RAMADHAN ini yang TERBAIK utk aku.AMIN YA RABB

Sunday, June 12, 2011

'Si perempuan itu mengumpulkan nanah yang keluar daripada kemaluannya lalu diberikan kepada lelaki'. Naudzubillah! by Nurul Aqilah on Saturday, June 4

Kisah di neraka..naudzubillah…✿



( Luangkan masa utk membaca kawan2 sahabat2 sekalian…sekejap jerk..mOga mendapat ikhtibar dan manfaatnya..) >_<”



Saya berjumpa fenomena menakutkan hari itu. Takkan saya lupakan selama-lamanya. Ia amat menakutkan dan membuatkan saya trauma beberapa ketika. Terngiang-ngiang ungkapan hamba yang menyesali ...dosa, “Alangkah, lebih baik sekiranya aku menjadi tanah.”



Seorang lelaki berwajah buruk berkulit hitam merangkak-rangkak dengan penuh seksa di lembah kotor itu. Bau hanyir menusuk ke hidung, dengan segera saya menutup hidung. Namun bau itu makin kuat. Lelaki buruk berwajah hitam legam, hingus meleleh di hidung meskipun sudah disapu berkali-kali, dan yang malangnya, ia telanjang bulat tanpa sebarang pakaian.



Ah, ia amat menjelekkan. Bukan hanya dia bertelanjang, bahkan lelaki yang lain, perempuan, mak nyah, pondan dan tomboi, semua bertelanjang dan sangat menjelekkan. Yang perempuan, air nanah meleleh keluar daripada kemaluan mereka. Yang lelaki, air kencing mereka berdarah dan berketul-ketul. Mereka membuang air kecil dengan penuh seksa dan meraung kepedihan.



Lelaki yang merangkak-rangkak itu dihidangkan makanan. Saya mengintai dari kejauhan. Aduh, hidangannya adalah najis lembu yang masih cair dan dihurungi lalat. Najis hitam itu bercampur dengan air kencing lembu yang kuning-kekuningan. Saya muntah dibuatnya. Lelaki itu mengambil najis lalu disuap ke mulutnya dengan lahap. Ia muntah, namun dimakan terus tanpa henti.



Seksanya, hanyirnya. Tiba-tiba suasana menjadi pegun. Terdengar suara yang penuh garau dan menakutkan,



✿ “Wahai manusia terkutuk, tahukah kamu neraka Hawiyah? Itulah neraka yang apinya menjulang-julang.”



Saya terpandang sepasang lelaki dengan perempuan. Si perempuan itu mengumpulkan nanah yang keluar daripada kemaluannya lalu diberikan kepada lelaki. Ia minum dengan rakus, kemudian muntah keluar. Yek, jelek sekali. Kemudian si lelaki bangun berdiri dan kencing sedangkan perempuan itu menadah mulutnya. Wek, saya muntah di situ juga.



✿ “Wahai penzina yang berbangga dengan kemaluannya di dunia, rasakan kamu air nanah dan najis pasangan kamu. Apa yang kamu banggakan di dunia adalah kehinaan di akhirat.”



Sekumpulan manusia bertelanjang berhidung babi dihidangkan dua jenis makanan. Makakan yang baik dan makanan yang jelek. Namun mereka seolah-olah tidak nampak makanan yang baik itu. Mereka menerkam ke arah makanan jelek, yang dihurungi cacing dan lalat. Baunya seperti bau najis ayam. Ia busuk sekali. Mereka makan dengan lahap kemudian bergaduh sesama mereka.



✿ “Wahai pemakan riba, kamu mengetahui bahawa riba merupakan kemurkaan di sisi Allah. Allah telah menyediakan ruang mencari rezeki yang baik untuk kamu namun kamu memilih riba.”



Saya ketakutan. Ya Allah, di alam manakah aku ini sebenarnya. Seketika, saya melihat kejauhan. Seorang yang kelihatan soleh. Wajahnya tampak kuat beribadat. Ia diperintahkan ke sebuah taman yang indah. Namun, baru sahaja ia melangkah, kakinya dipegang erat oleh seseorang.



✿ “Ya Allah, janganlah Kamu masukkan ia ke dalam taman keindahan itu. Ia seorang berilmu, namun ia tidak menyampaikannya kepada kami. Ia seorang naqib, namun ia tidak pernah berusrah dengan kami. Ia seorang pemimpin, namun ia tidak pernah membimbing kami. Ia seorang kuat ibadah, namun tidak pernah menunjuki kami. Masukkan ia ke neraka Ya Allah.”



Saya terus menangis. Seorang naqib? Ya, saya seorang naqib. Apakah seorang naqib seperti saya, yang tidak melakukan usrah akan dicampakkan ke dalam lembah orang telanjang itu? Saya menggeletar ketakutan.



Saya melihat sekumpulan wanita. Mereka sedang mengerumuni satu hidangan. Saya mengintai jauh-jauh. Alangkah, mereka sedang meratah daging mayat manusia. Mereka melapah daging manusia itu hidup-hidup. Siapakah mereka itu Wahai Tuhan?



Saya tambah menggigil apabila melihat salah seorang daripada mereka. Itu adalah saudara saya. Ia seorang yang berbai’ah dengan perjuangan Islam dan mencintai perjuangan. Mengapa ia turut berada dalam kelompok terkutuk itu.



✿ “Itulah kumpulan wanita yang suka mengumpat dan menyebarkan fitnah.Mereka memperjuangkan Islam. Namun dalam masa yang sama,mereka suka sekali menaburkan fitnah dan mengumpat.”



Satu suara menjelaskan kepada saya.



Ya Allah, saya mengerti. Ini kisah benar. Saya mendengar dari rakan saya sendiri. Apabila seorang muslimah berkenan dengan seorang muslimin, dan muslimah itu meminta bantuan daripada rakannya menjadi orang tengah. Malangnya, orang tengah itu bukannya menjalin ikatan bahkan menaburkan fitnah.



Ya Allah, saya berharap cerita ini bukannya mengumpat dan menaburkan fitnah, bukan juga menyebarkan keburukan orang lain.



Seorang ahli pejuang Islam, keluar berdua-duaan dengan muslimah yang turut pejuang Islam. Berpegangan tangan. Menunggang motosikal bersama-sama. Nah, kepada mereka kita ingatkan, Peluklah pasangan kamu itu di atas motor seerat-eratnya, namun harus kamu ingat, yang kamu peluk itulah yang akan menghirup nanah yang keluar dari kemaluan kamu.



✿Na’uzubillah, Ajirna minannar.



✿Saya keanehan. Mengapa seorang lelaki boleh mempercayai seorang perempuan yang sanggup menyerahkan tangan untuk dipegang, kulit untuk dibelai menjadi isterinya? Bolehkah perempuan itu dipercayai untuk menjadi ibu kepada anaknya?



✿ “Darah haid,” saya berpaling ke belakang. Seorang tua bertongkat merapati saya. " Darah haid, apa maksud atuk"



Orang tua itu menunjukkan saya ke satu arah. Terbeliak mata saya melihatnya. Sekumpulan lelaki dihidangkan air berupa darah haid yang baru sahaja keluar daripada seorang perempuan.



“Darah haid itu adalah untuk orang yang memuja perempuan sehingga LALAI DARIPADA MENGINGATI ALLAH,”



p/s : m0ga mendapat iktibar dari kisah ini..pesanan buat sahabat-sahabat, juga buat diri sendiri..Nauzubillah..kami berlindung hanya padaMU ya ALLAH..

Saturday, May 21, 2011

Aku Bukan Perempuan Itu..

Aku seorang perempuan. Perempuan yang hidup dalam arus dunia moden. Penuh tipu daya andai tersilap langkah.. MERANA..

Aku perempuan yang benci akan penyakit cintakan dunia. Aku perempuan yang mahu cinta Allah meresapi seluruh jiwa! Tenggelam dalam cinta-Nya. Sungguh mengasyikkan.

Aku seorang wanita yang mahu tetap teguh pendirian. Halangilah jalanku ke arah reda-Nya, pasti akan kutempuh jua.

Aku perempuan yang bukan begitu mudah untuk patah semangat.. Aku perempuan yang tidak takut dengan helah palsu kerana aku punya Dia! Kebenaran pasti tertegak!

Hasbee Rabbee. Maa fee qalbee ghairullah.
Cukuplah Allah bagiku. Tiada dalam hatiku selain Allah.

Tatkala perempuan lain megah memaparkan gambar di Facebook. Aku mengatakan. Itu bukan aku.

Kerana aku perempuan yang punya maruah. Allah menganugerahkan kecantikan dan kelebihan tersendiri pada tiap-tiap insan bernama wanita.

Oh, bukan untuk dijadikan bahan jajaan mata lelaki bernafsu. Tetapi, khazanah yang perlu disimpan hingga waktunya tiba. Hanya buat suamiku. Aku tidak akan sesekali menghampakan dia.

Aku bangga memperjuangkan pakaian sunnah. Aku bangga mengenakan busana yang menepati kehendak Allah. Aku bangga menutup keseluruhan auratku daripada menjadi panahan mata lelaki. Biar mereka memandang serong.

Tidak pernah tergugat usahaku dalam mendamba reda-Nya. Sedikitpun aku tidak peduli pandangan manusia. Ya, mengapa harus peduli sedangkan Dia adalah Pencipta?

Aku langsung tidak ingin kelihatan cantik di mata ribuan lelaki. Aku langsung tidak ingin menjadi rebutan jejaka kacak atas mata yang hanya memandang kecantikan. Aku langsung tidak ingin sang pria menaruh hati dan harapan kepadaku kerana rupa.

Aku tidak mahu menjadi fitnah bagi mereka. Aku tidak mahu mereka sibuk memikirkan aku melebihi Al-Khaliq Sang Pencipta. Kerana aku tidak tahu alasan apa yang harus ku utarakan saat Dia bertanya kelak.

Malah apabila aku menjadi punca dua jejaka bermasam muka dan bergaduh, aku terasa begitu hina! Seolah-olah aku hanyalah barang yang bisa dibeli begitu sahaja. Aku punya maruah. Aku bukan barang jajaan yang mudah dilihat, disentuh, diusik, direbut sesuka hati! Kerana aku hanya khusus buat dia.

Kerana aku sentiasa merasakan dia ada di sisi walaupun pada mata kasarnya dia tiada menemani. Hanya keyakinan aku sandarkan pada-Nya dalam sebuah penantian. Itu sahaja sudah cukup. Cukup buat aku bahagia dengan dia, takdirku kelak.

Malah aku malu membiarkan seorang lelaki ajnabi berjalan di belakangku lantaran fitnah yang mungkin timbul. Mengingatkanku kepada apa yang dikatakan oleh Saidina Umar radhiallahu 'anhu, "Aku lebih rela berjalan di belakang seekor singa daripada berjalan di belakang seorang wanita."

Aku mahu menjadi perempuan yang sukar. Sukar didekati. Sukar dipermainkan hatinya. Sukar tunduk kepada kehendak nafsu. Sukar mengatakan ya kepada pergaulan yang tiada batasan syarak.

Sukar untuk merasa tenang apabila melihat anak bangsa semakin rosak. Sukar membuang perasaan malu terhadap ajnabi. Aku mahu jadi perempuan yang sukar itu. Aku mahu menjadi sebaik-baik wanita yang tidak memandang dan tidak dipandang. Seperti pesanan Saidatina Aisyah radhiallahu 'anha. Ini baru aku.

Tatkala perempuan lain sibuk memikirkan cinta manusia. Aku mengatakan. Itu bukan aku.

Kerana aku perempuan yang punya matlamat. Aku punya agama yang mesti aku perjuangkan. Lihat! Cubalah lihat di luar sana! Sedih! Aku sayangkan wanita di luar sana! Anak-anak remaja perempuan yang berpakaian mendedahkan aurat.

Sedih! Aku sayang mereka! Wanita yang asyik memikirkan kapan bila mahu bertemu pacarnya. Sedih! Aku sayang mereka! Perempuan yang membonceng motosikal lelaki dan dijadikan hadiah pertaruhan lumba haram. Sedih! Aku sayang mereka! Wanita yang telah dinodai kehormatannya dengan rela!

Sememangnya aku perempuan, aku juga punya rasa. Menyayangi dan disayangi. Namun aku tidak akan begitu mudah tertipu. Kerana aku tidak begitu bodoh untuk menghabiskan masa dengan memikirkan perkara yang tidak pasti.

Hanya angan-angan sementara. Aku bukan perempuan yang menghabiskan masanya sering memikirkan masalah sendiri dan tidak memikirkan kudis yang semakin membusuk pada umat! Aku tidak mahu menjadi perempuan yang mementingkan diri sendiri.

Tatkala perempuan lain sibuk menunggu dan membalas SMS cinta. Aku mengatakan. Aku bukan begitu.

Kerana aku perempuan yang punya hala tuju. Aku tidak akan membazirkan masa mudaku untuk perkara yang langsung tidak bermanfaat untuk akhirat! Hanya keseronokan sementara. Hanya mengenyangkan nafsu.

Oh, aku bukan begitu. Kerana aku mahu sibuk menelaah ilmu. Menggali ilmu Fardu Ain dan juga yang berkaitan dengan hukum syarak. Menjadi seorang wanita yang beramal dengan ilmunya.

Mencontohi Saidatina Aisyah a.s yang cukup cerdas dan cerdik dalam mengeluarkan fatwa. Sehingga menjadi antara rujukan dalam urusan berkaitan hal ehwal masyarakat dan hukum hakam. Itu semua berdasarkan ilmunya.

Sehingga membawa aku untuk berfikir sejenak. Alangkah bodohnya diri andai melayan cinta palsu yang berlandaskan nafsu sedangkan terlalu banyak ilmu yang belum aku teroka.

Aku tidak suka melayan perasaan yang sia-sia sedangkan 'dia' telah ditakdirkan buatku. Aku mahu menjadi perempuan yang matang dengan ilmunya. Dengan ilmunya makin terasa manis akan ibadat. Makin terasa semakin dekat dan erat dalam dakapan kasih Allah. Dengan ilmu yang mewujudkan perasaan khauf, takutkan Allah.

Tatkala perempuan lain ada yang materialistik terhadap wang. Aku mengatakan. Aku bukan begitu.

Kerana aku perempuan yang materialistik terhadap pahala. Mahu akaun akhirat kaya dengan amal soleh. Setiap detik bagiku amat berharga untuk aku lakukan sesuatu yang dipandang oleh-Nya. Kerana aku mahu menjadi wanita syurga! Itu bukan sekadar madah penyedap kata. Bukan sekadar omong kosong. Ini cita-cita tertinggi aku.

Kerana aku perempuan yang berfikiran jauh. Berpandangan jauh ke hadapan. Aku benar mahu cinta-Nya. Terkadang aku terfikir. Andai aku di tempat Masyitah yang dipaksa terjun ke dalam minyak panas semata-mata untuk mempertahankan keimanan, apakah aku kuat sepertinya? Atau mungkin aku akan lari atau mungkin aku akan... entah. Aku menangis...

Aku mahu seperti Rabi'ah al-Adawiyah. Cintanya terhadap Kekasih Agung begitu mengagumkan. Sehingga dengan ujian dia merasa gembira. Benar reda dan tidak merungut walaupun ditimpa musibah. Diculik dan menjadi hamba kepada raja yang zalim.

Apakah aku mampu seperti sufi wanita ini. Yang memperkenalkan apa itu falsafah Cinta Ilahi sehingga tiada cinta manusia di hatinya kerana cintanya yang terlalu mendalam terhadap Yang Satu. Tetapi aku... Aku menangis lagi..

Aku menangis.. Menangis.. Menangis.. Namun, tangisan ini membuatkan aku kembali kuat. Menyedarkan aku daripada lamunan. Kerana aku bukan perempuan yang mudah menyerah kalah! Allahuakbar! Aku tidak kenal erti jatuh yang tidak bangun. Aku bukan perempuan yang begitu. Lembik. Lemah!

Aku bukan perempuan lembik yang lemah. Mengada-ngada. Tidak mampu untuk hidup berdikari dan yang hanya bergantung kepada orang lain. Aku bukan perempuan yang penakut dan pengecut! Aku bukan perempuan yang mudah kalah terhadap cabaran!

Aku mahu menjadi perempuan yang lembut. Yang mempunyai hati yang kuat. Yang tidak lari daripada cabaran dunia tetapi menghadapinya dengan berani. Dengan bersandarkan keyakinan Dia sentiasa di sisi, aku tidak akan takut menegakkan kebenaran. Mempunyai hati yang bisa dilentur namun tak mudah untuk dipatahkan. Aku perempuan yang mampu berpijak atas kaki sendiri.

Akan ku kesat air mata ini dengan semangat baru. Semangat yang lahir dari kekuatan yang dihembus-Nya. Aku tidak akan begitu mudah menurut kata nafsu. Aku perempuan yang ditarbiyah. Mampu mempertahankan maruah sendiri daripada tergadai oleh godaan duniawi. Aku ada Dia. Cukup.

Aku tidak mahu neraka. Aku mengatakan. Itu bukan aku. Kerana aku perempuan yang mahukan syurga.

"Barang siapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, Dia akan memasukkannya ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Dan itulah kemenangan yang agung."
[An-Nisa', 4 : 13]

Wednesday, May 11, 2011

aku semakin cemburu..

aku semakin cemburu dengan kebahagiaan dia..

aku semakin cemburu dengan ketenangan dia..

aku semakin cemburu dengan ketenangan dia..

aku semakin cemburu dengan usaha dakwah dan tarbiyyah yang dia laksanakan..

padaku dia semakin hari semakin hebat..aku doakan yang terbaik utk dia..

andai aku mampu kuat seperti dia..

kurniakan dia utk aku ya Allahh..

Saturday, May 7, 2011

masihkahh ada ksempatan waktu utk aku..

masihkah ada waktu untuk aku mengucapkan kata sayangg dan rindu pada insan mulia bergelar ibu..

masihkah ada waktu untuk aku melafazkan kata rindu pada kasih seorang ayah..

masihkan ada waktu utk aku berjalaz dibumi ini dengan rahmat dan kasih sayangNYa..

masihkah ada waktu utk aku melafaz sekudus doa memohon taubat padaNYa..

masihkah ada waktu utk aku utk melaksanakan segalanya..

masihkah ada waktu itu utk aku..

Friday, May 6, 2011

surat CINTA buat CALON SUAMIKU..

Assalammualaikum..

Dear calon suamiku,,
apa kabarnya imanmu hari ini?
sudahkah harimu ini di awali dengan syukur..krn dapat menatap kembali fananya hidup ini..sudahkah air wudhu menyegarkan kembali ingatanmu atas amanah yang saat ini kau genggam??..
Wahai calon suamiku,,
tahukah kamu Allah mencintai aku sangat dahsyat?..
disini aku ditempa menjadi dewasa..agar aku lebih bijak menyingkapi sebuah kehidupan...dan siap mendampingimu kelak..meskipun keluh dan putus asa menyinggahi hati ini, namun kini ku rasakan hati ini lebih baik..
kadang aku tertanya-tanya,kenapa Allah menguji aku tepat dihatiku..bahagian terapuh diriku namun kini sudah ku temui jawapannyaa..
Allah tahu dimna tempat yang paling tepat agar aku sentiasa kembali mengingatiNya..
ujian demi ujian insyaAllah membuatku lebih teguhh..sehingga saat kelak kita bertemu kau bangga memilikiku..

Calon SUAMIku..
entah dimana kamu sekarang..tapi aku yakin Allah jua menyintaimu seperti mana mereka menyintaiku..aku yakin dia kini sedang melatihmu menjadi mujahid yang teguh imannyaa..hingga satu masa aku jua bangga memilikimu kelakk
apa yang aku harapkan daarimu ialah kesolehann..semoga sama halnya dgn dirimu..
kerana apabila kecantikan yang kau harapkan dariku..hanya kesia-siaan yang kau dapati..
aku masih haus dengan ilmu namun berbekal ilmu yang aku ada saat ini..aku harap dapat menjadi isteri yang mendapat redha Allah dan redha engkau sebagai suamiku..

DOA seorang KEKASIH ;)

OH Tuhann..seandainya telah Kau catatkan..
dia milikku tercipta utk diriku..
satukanlah hatinya dengan hatiku..
titipkanlah kebahagiaann..
Ya Allah ku mohon apa yang telah Kau takdirkan..
ku harap dia adalah yang terbaik buatku..
kerana Kau tahu segala isi hatiku..
pelihara daku dari kemurkaanMU..
ya Tuhanku Yang Maha Pemurah..
beri kekuatan jua harapan..
membina diri yang lesu tak bermaya..
semaikan setulus kasih dijiwa..
ku pasrah kepadaMu..kurniakanlah aku pasangan yang beriman
bisa menemani aku..supaya ku dan dia dapat melayar bahtera..
kemarau cinta yang Engkau redhaiii..
SATUKANLAHH..
dengarkan rintihan hambaMu ini..
jangan Engkau biarkan ku sendiri..
agarku bisa bahagia walau tanpa bersamanya..
gantikanlah yang hilang tumbuhkanlah yang telah patah..
kuinginkan bahagia di dunia dan akhirat..
padaMu Tuhan ku mohon segala..

Tuesday, April 26, 2011

JiKa TerAkhiR BuaTKU..

oh Tuhannn..HambaMu ini keterliruan..
sukar mencari-cari jalan yang benar..
kembali paut kasih dunia..mencintai selain lebih dariMU..
oh Tuhann..hidayahMu pernah hadir..

hari ini ku bimbangi jika terakhir itu adakah lagi subuh esok utkkku bernafas
dan berabdi padaMU Tuhann..
berikan daku kesempatan..menebus kesalahan lantaran dosa dan noda dan sengaja melupakanMU..hadirkan damai sepenuh di hujung nafasku..
oh Tuhann berikan daku petunjukMU utk ku meniti kejalan redha Mu..
izinkan ku mengulangi janji2 yang lalu..
taubat nasuha setulus utkMU oh Tuhann..

Monday, April 25, 2011

assalammualaikumm..

lafaz yang tersimpan terlalu lamaa..kini muncul semula..bersaksi cinta di atas cinta dalam alunan tasbihku ini..meneka hati yang tersembunyi berteman hati di malam sunyi penuh doaa..

saat ini hati ku sungguh2 menangis..aku menangisi kehidupan duniawi..aku menghukum kehidupan duniawiku..minggu yang lepas air mataku mnitis krn kisah akhawat itu..tp hr ini air mataku menitis kerana kekerdilan diri..aku di uji saat ini..sudah panjang kehidupan yang aku lalui dgn keamanan..tp semalam..kisah semalam menyebabkan aku jatuh tersungkurr..aku tersalah langkah kerana sgt baik memberiii..knp kisah itu wujud dlm diari hidupku seorang muslimahh...ya aku harus kuat..ujian Allah bukan utk melemahkan tp utk kekuatan..berikan aku laluann..agar laluan itu membawa aku ke syurgaMu..

lukisan jiwa menjadi satu..terkenang detik kau dan aku..santun berhikmah mengingatkan diri..hidup dan mati hanya utk Ilahi..mengengam janji cinta ini..bertemu kasih tanpa jasad..bicara tanpa suara hanya tulisan bahasa indah..yang aku perlukan saat ini kekuatan dari MU Tuhann..layangkan kekuatan itu agar aku benar2 bisa menghadapinya..

Wednesday, April 20, 2011

perjalanan hidup aku sgt sukar utk aku lafazkan..

kenapa dewasa ini perjalanan itu sgt sukar dan sulit??..dimana salah dan silap y aku lakukan menyebabkan aku tersungkur menyembah bumi di saat usia semakin senjaa..aku perlu teman utk meluah rasa..aku perlu kawan utk menghiburkan hati..aku tidak lagi perlu kawan yang memberi keinddahan dunia..sudah 2thn aku hanyut dalam keseronokkan duniawi yang pasti akan ada penamatnya..
semakin aku menjauh semakin ia dekatt..ke mana lagi aku berhijrah membawa sekeping hati yang semakin jauh dari Tuhann..saat ini sgt banyak perkara y berlakuu..perkara yang aku tak mampu lagi menyekatnya..
kini hati ini berbicara aku hanya mengikut laluan yang telah disediakan Tuhann..aku seolah2 tidak lagi mampun bangun berdiri sendiri..aku jatuh tersungkur di saat sepatutunya aku bangga menjadi muslim sejati..Tuhan knp aku perlu terjebak ke dalam lubang yang sama untuk kali yang kedua..sedangkan aku bertekad takkan aku ulangi lagii..ya aku perlu berhijrah sekali lagi..pada siapan harus aku zahirkan peraaasaan yang penuh kusut dan dendam ini..sakitnya Allah Maha Mengetahuii..yang pasti tika ini aku sangat cemburu dan membenci pada diri sendirrii..
p/s: cerita dari seorang akhawat yang dulunya seorang yang sangat hebat..tapi kini die tersungkur..menangis keinsafan saat ana mendengar segala luahan hatinya yang terlalu lama die pendamm..apa yang pasti ceritanya sgt memberi keinsafan pada diri ana..ya Allah beri kekuatan jua pada dia dan aku dalam menempuh hidup yang berlaku ini.

Sunday, April 10, 2011

Ujian Itu..

Ujian Allah datang dalam pelbagai bentuk. Dahulu aku melihat orang lain sentiasa diuji dengan pelbagai dugaan. Sakit, kehilangan harta benda, kehilangan orang tersayang. Itu tandanya Allah masih ingat akan kita. DIA mahu menguji hambaNYA supaya jika kita bersabar, insyaAllah kita kan mendapat ganjaran.
Dan aku tertanya.
Kenapa aku tidak pernah diuji dengan segala cabaran yang aku lihat terpaksa dipikul oleh orang lain? Lupakah Allah kepada aku?
Atau Allah sudah tidak sayang kepada aku?
Kemudian aku tersedar, yang ujian Allah itu juga boleh datang dalam bentuk kesenangan. Dan kadang-kadang kesenangan itu lebih berat ujiannya daripada kesusahan. Oh, aku sedang diuji waktu itu tanpa aku sedari.
Persoalannya, luluskah aku dengan ujian itu? Hanya Allah yang tahu
Dan sekarang, mungkin Allah mahu aku merasa ujian yang aku pernah 'minta' dahulu. Ujian dalam bentuk kesusahan.
Susahnya kehidupan seorang pelajar.
Tidak pernah diduga oleh aku yang Allah akan menguji aku dalam bentuk ini. Kerana dahulu, soal pelajaran tidak pernah menjadi satu masalah.
Tetapi aku tahu. Allah tidak akan pernah menguji hambaNya dengan ujian yang tidak terdaya oleh kita. Persoalannya, mampukah aku lulus dengan ujian ini? Setiap perkara yang berlaku, baik mahupun buruk, ada hikmahnya. Andai aku gagal dalam ujian ini,
mungkin ada hikmahnya. Allah ada perancangan yang lebih baik untuk aku, lebih baik daripada perancangan manusia untuk aku.
Namun, aku hidup dengan manusia. Terarah dengan jangkaan, harapan dan sangkaan manusia. Sedar atau tidak, aku terpasa memenuhi semua tuntutan itu. Sehingga aku mungkin lupa yang kehendak Allah jauh melangkau segalanya.
- Artikel iluvislam.com

Titipan utk Muslimah

"Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki."
Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa gunanya aku menjadi perhatian lelaki andai murka Allah ada di situ.
Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya bisa menjadi milikmu seorang.
Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang bisa dimiliki sesuka hati.
Aku juga tidak mau menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan.
Bagaimana akan kujawab di hadapan Allah kelak andai ditanya? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?
Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku karena itulah yang dituntut oleh Allah.
Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?
Tidak kunafikan sebagai remaja, aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahwa aku perlu menjaga perasaan itu karena ia semata-mata untukmu.
Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi labuhan lelaki lain. Engkau berhak mendapat kasih yang tulen.
Diriku yang memang lemah ini telah diuji oleh Allah saat seorang lelaki ingin berkenalan denganku. Aku dengan tegas menolak, berbagai macam dalil aku kemukakan, tetapi dia tetap tidak berputus asa.
Aku merasa seolah-olah kehidupanku yang tenang ini telah dirampas dariku. Aku bertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan? Aku beristigfar memohon ampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diriku dari kejahatan.
Kehadirannya membuatku banyak memikirkan tentang dirimu. Kau kurasakan seolah-olah wujud bersamaku.
Di mana saja aku berada, akal sadarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang menggodaku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hatiku yang mengatakan lelaki itu bukan teman hidupku kelak.
Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana.
Tetapi aku juga punya keinginan seperti wanita yang lain, dilamar lelaki yang bakal memimpinku ke arah tujuan yang satu.
Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf Alaihisalam, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman Alaihisalam, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wassalam, yang mampu mendebarkan hati jutaan gadis untuk membuat aku terpikat.
Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Lauh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah.
Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu karena kita masih tidak mempunyai hak untuk membuat begitu.
Juga jangan melampaui batas yang telah Allah tetapkan. Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.
Permintaanku tidak banyak. Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari redha Illahi.
Aku akan merasa amat bernilai andai dapat menjadi tiang penyangga ataupun sandaran perjuanganmu.
Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, mengulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu.
Akan kukeringkan darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku. Aku pasti berendam airmata darah, andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku.
Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu karena dengan mencintai Allah, kau akan mencintaiku karena-Nya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.
Seorang gadis yang membiarkan dirinya dikerumuni, didekati, diakrabi oleh lelaki yang bukan muhrimnya, cukuplah dengan itu hilang harga dirinya di hadapan Allah. Di hadapan Allah. Di hadapan Allah.
Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera Agama.
Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata.
Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani dan hati.
Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat.
Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana diri ini serikandi dengan silam yang kelam.
Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia.
Dan yg akan terjadi, andai tak sama dgn kehendak hati, insyaAllah ku redha ketetapan Illahi..
Wahai wanita, ku ingatkan diriku dan dirimu, peliharalah diri dan jagalah kesucian.. semoga redha Allah akan sentiasa mengiringi dan memberkati perjalanan hidup ini.
- Artikel iluvislam.com

Andai Lemah..PERKUATKANLAHH

"Akhi, dulu ana merasa semangat saat-saat aktif dalam dakwah. Tapi, kebelakangan ini rasanya semakin terasa hambar. Ukhuwah makin kering-kontang, bahkan ana melihat ternyata banyak ikhwah pula yang aneh dan pelik!"

Begitu keluh kesah seorang mad'u kepada murabbinya di suatu malam. Sang murabbi hanya terdiam, mencuba terus menggali semua kegelisahan dalam diri mad'unya.

"Lalu apa yang ingin anta lakukan setelah merasakan semua itu?"

Sahut sang murrabi setelah sesaat termenung seketika.

"Ana ingin berhenti saja, keluar dari tarbiyah ini. Ana kecewa dengan perilaku dan sikap beberapa ikhwah yang tidak Islami. Juga dengan organisasi dakwah yang ana geluti; kaku dan sering mematikan potensi anggota-anggotanya. Jika terus begini, lebih baik ana bersendiri saja."

Ikhwah itu berkata.

Sang murabbi termenung kembali. Tidak kelihatan raut terkejut daripada wajahnya. Sorot matanya tetap kelihatan tenang, seakan jawapan itu memang sudah diketahuinya sejak awal.

"Akhi, bila satu kali anta naik sebuah kapal mengharungi lautan luas. Kapal itu ternyata sudah rosak. Layarnya banyak berlubang, kayunya banyak yang reput, bahkan kabinnya penuh dengan sampah bauan kotoran akibat manusia. Lalu apa yang anta lakukan untuk tetap sampai pada tujuan?" Tanya seorang murabbi dengan kiasan yang mendalam maknanya.

Sang mad'u terdiam berfikir. Tak kuasa hatinya mendapat umpan balik sedemikian tajam dengan kiasan yang amat tepat.

"Apakah anta memilih untuk terjun ke laut dan berenang sampai tujuan?" Sang murabbi mencuba memberi jawapan kepadanya.
"Bila anta terjun ke laut, sesaat anta akan merasa senang. Bebas dari bau kotoran manusia, merasakan kesegaran air laut, atau bebas bermain dengan lumba-lumba. Tapi itu hanya sesaat. Berapa kekuatan anta untuk berenang sampai tujuan? Bagaimana bila ribut datang? Dari mana anta mendapat makan dan minum? Bila malam datang bagaimana anta mengatasi hawa dingin?"

Serentetan pertanyaan dihamparkan di hadapan sang ikhwah tersebut. Tidak semena-mena, sang ikhwah menangis tersedu-sedu. Tak kuasa hatinya menahan kegundahan sedemikian. Kekecewaannya kekadang memuncak, namun sang murabbi yang dihormatinya justeru tidak memberi jalan keluar yang sesuai dengan keinginannya.

"Akhi, apakah anta masih berasa bahawa jalan dakwah adalah jalan yang paling utama menuju redha ALLAH SWT?"

Pertanyaan yang menghujam jiwa sang ikhwah. Ia hanya mengangguk.

"Bagaimana bila ternyata kereta yang anta bawa dalam menempuh jalan itu ternyata rosak dan bermasalah? Anta akan berjalan kaki meninggalkan kereta itu tersadai di tepi jalan atau mencuba memperbaikinya?" Tanya sang murabbi lagi.

Sang ikhwah tetap terdiam dalam esakan tangis perlahannya. Tiba-tiba ia mengangkat tangannya.

"Cukup akhi, cukup. Ana sedar. Maafkan ana, InsyaALLAH ana akan tetap istiqamah. Ana berdakwah bukan untuk mendapat pingat kehormatan atau agar setiap kata-kata ana diperhatikan. Atau ana mendapat nama di sisi manusia. Biarlah yang lain dengan urusan peribadi masing-masing. Biarlah ana tetap berjalan dalam dakwah dan hanya Allah swt sahaja yang akan membahagiakan ana kelak dengan janji-janji-NYA. Biarlah segala kepedihan yang ana rasakan jadi pelebur dosa-dosa ana."

Sang mad'u berazam di hadapan sang murabbi yang semakin dihormatinya. Sang murabbi tersenyum.

"Akhi, jama'ah ini adalah jama'ah manusia. Mereka adalah kumpulan insan yang punya banyak kelemahan dan kekurangan. Tapi di sebalik kelemahan itu, masih amat banyak kebaikan yang mereka miliki. Mereka adalah peribadi-peribadi yang menyambut seruan Allah untuk berdakwah. Dengan begitu mereka sedang berproses menjadi manusia terbaik pilihan ALLAH SWT."

"Bila ada satu dua kelemahan dan kesalahan mereka, janganlah hal itu meresahkan perasaan anta. Sebagaimana ALLAH SWT menghapus dosa manusia dengan amal baik mereka, hapuslah kesalahan mereka di mata anta dengan kebaikan-kebaikan mereka terhadap dakwah selama ini. Kerena di mata ALLAH SWT, belum tentu antum lebih baik dari mereka."

"Futur, mundur lemah atau bahkan berpaling menjadi lawan bukanlah jalan yang masuk akal. Apabila setiap ketidakkesepakatan selalu diselesaikan dengan jalan itu; maka apakah dakwah ini dapat berjalan dengan baik?" Sambungnya panjang lebar.

"Kita bukan sekadar pemerhati yang hanya berkomentar. Atau hanya pandai menuding-nuding jari kerana sesuatu kesalahan. Kalau hanya itu, orang kafir pun boleh melakukannya. Tapi kita adalah dai'e. Kita adalah khalifah. Kitalah yang diberi amanat oleh Allah swt untuk menyelesaikan masalah-masalah di muka bumi. Bukan hanya membongkarnya, yang menjadikan ia semakin meruncing dan membarah."

Sang mad'u termenung sampai merenungi setiap kalimat murabbinya. Azamnya kembali menguat. Namun ada satu hal yang tetap bergelayut di hatinya.

"Tapi bagaimana ana boleh memperbaiki organisasi dakwah dengan kemampuan ana yang lemah ini?"

Sebuah pertanyaan konstruktif akhirnya muncul juga.

"Siapa kata kemampuan anta lemah? Apakah Allah swt menjadikan begitu kepada anta? Semua manusia punya potensi yang berbeza. Namun tak ada yang mampu melihat bahawa yang satu lebih baik dari yang lain!" Sahut sang murabbi.

"Bekerjalah dengan ikhlas. Berilah kerjasama dalam kebenaran, kesabaran dan kasih sayang pada semua ikhwah yang terlibat dalam organisasi itu kerana peringatan selalu berguna bagi orang yang beriman. Bila ada sebuah isu atau fitnah, tutuplah telinga anta dan bertaubatlah. Singkirkan segala prasangka anta terhadap saudara anta sendiri."

Malam itu sang mad'u menyedari kesalahannya. Ia bertekad untuk tetap hidup bersama jama'ah untuk tetap mengharungi jalan dakwah dan tarbiyah. Kembalikan semangat itu saudaraku, jangan biarkan putus asa itu hilang, ditelan gersangnya debu yang menerpa. Biarlah itu semua menjadi saksi sampai kita diberi dua kebaikan oleh ALLAH SWT.

Kemenangan atau Mati Syahid
Ikhlas adalah roh daripada setiap amal. Ikhlas adalah motivasi yang kuat agar amal kita tetap terjaga sentiasa, tidak usang kerana kepanasan dan tidak luntur kerana kehujanan, tidak ghurur kerana pujian dan tidak kendur kerana cacian. Terus bergerak ke arah tujuan yang paling tinggi puncak dan cita-citanya. Peliharalah keikhlasan dalam bekerja. Semoga kita sama-sama terus istiqamah dalam dakwah dan tarbiyyah.

*Moga dengan bingkisan ini dapat menyelamatkan kembali niat dihati pejuang2 sekalian yang ingin absent dalam perjuangan ini...

"'Apa Erti Perjuangan Tanpa Redha Allah.."

* petikan dari sebuah laman web..(tak ingat) moga memberikan banyak manfaat... semoga kita tidak futur dalam berjuang..

ANDAI LEMAH, PERKUATKANLAH!!

Thursday, February 24, 2011

pesanan buat si Dia..

Allah.."tolong khabarkan pada si dia..aku ada pesanan utk dia..
tolong beritahu si dia cinta agong adalah cinta Allah..
tolong beritahu si dia cinta manusia buat dia alpa..
tolong nasihat si dia,jangan cinta diriku melebihi dia cintakan Allah.."
dan aku lemah tanpa cintaMU Tuhan..Allah jangan tinggalkan aku lagi..
aku sayang Allah..aku Rindu Allah..aku cinta Allahh (^_-)

Wednesday, February 23, 2011

aku cinta kamu..kerana kamu cinta Allah..

denganMU aku hidup..denganMu aku mati..padaMU ku berserah..padaMU aku pasrah..hanyalah padaMU hanyalah utkMU..engkau Allah yang Maha Mendengar..engkau yang Mengampuni..engkau Allahh..Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang..
dan kini aku pasrah dan berserah segalanya padaMU..takdir yang baik itu dariMu yang menciptakan aku dibumi ini.

Thursday, January 6, 2011

terlalu byk y tersemat dihati..