Thursday, October 10, 2013

9 Okt 2013

Allahurabbi..
Syukur atas nikmat usia iman dan aqidah ini.
doa2 dari insan2 tersayang..kerana Allah kasih ini berputik kerana Allah diri ini menghirup udara segar.
terima kasih pada mak yang melahirkan,abah yang berpenat lelah mencari rezeki..along anas ain teman sedari kecil..makyam spupu sepapat..kak angkat..abg angkat pakcik angkat..sume la yang terangkat ^^
terima kasih keran mengirim doa tulus ikhlas..moga Allah jua merahmati kalia..

Jazakallahukhairan kasira pada yang sudi menerima diri ini..kasih dan sayang ini hanya kerana Allah..tanpa harta tanpa wajah tanpa pertemuan,,hanya kerana agamanya..yaAllah mudahkan urusan kami.redhalah hubungan kami.dan segalanya berjalan atas takdirMU..mg kebaikan itu sentiasa ada bersama-sama kami, jadikan segala ujian itu sbagai pguat hati kami utk menempuh tarbiyyah dariMU yang akan datang.


''Hargai UMUR yang dipinjamNYA..gunakan untuk BERBAKTI dan MENTAATINYA..syukuri NIKMATNYA..dan redhai setiap UJIANNYA.." terima kasih ;)

sungguh,hanya Engkau Tuhan Maha Pengasih dan Penyayang.
aamiin ya Rabb..:)

Tuesday, August 6, 2013

sekadar memenuhi masa lapang di depan laptop ;)


RM80.00 + harga postage

RM5.00 + harga postage
 ,
RM36.00 + harga postage
SalamAlaik..Salam Akhir Ramadan.
aktiviti baru..yang dicipta..yang dicari..yang didapati..yang diperolehi...hihi
sekadar memenuhi masa lapang..
jemput ziarah www.stormreaders.net/assufi
moga diberkati ;)

Tuesday, July 9, 2013

dedikasi untuk emak tersayang..

tanggal 10Julai 2013..
SELAMAT HARI LAHIR EMAK...
bersamaaan dgn 1Ramadhan 1434.

tiada kata seindah bahasa untuk diungkapkan pd insan yang berjasa..
tiada harta yang berharga untuk dihadiahkan pd insan yang berjasa..
tiada pengorbanan yang bernilai untuk dikorbankan pd insan yang berjasa..
kerana jasa dan pengorbanan seorang ibu saat melahirkan..membesarkan seorang anak adalah 1saat yang sgt sukar..
demi Allah..Tuhan yang menganugerahkan aku seorang ibu,emak,mam,umi..dia adalah insan terbaik dlm hidup aku.segala khndk dituruti..sgala kmahuan ditunaikan..itulah emak

SELAMAT HARI LAHIR EMAK- Rohani binti Sulaiman..adk syg mak sgt2!!! ;)
maafkan dosa n salah adk slama ini.halalkan sgala pgorbanan mak slama ni..
moga Allah tempatkn mak bsama org beriman 1hari nanti.
selamat berpuasa..muuahhhhhh...

SALAM RAMADHAN KAREEM..1434H


bulan Ramadhan..bulan keampunan DOSA..Rahmat..Jauh dari API NERAKA.
sebagai hamba yang sentiasa..stiap saat melakukan dosa dan noda..
ampunkan aku dan seluruh keluarga ku dan yang tersayang..moga bersama2 di dlm rahmat keampunanMU ya Rabb..

Monday, June 24, 2013

salah ke saya..seandainya mengeluh..??


ujian ni sangat sakitt...dush!!! kena tembak.
seluas mungkin pemikiran ini dibuka..setabah mungkin hati ini di kuatakn..tapi gagal bla ujian dtg tanpa henti!..rasa lemah..rasa lelah..mungkin kafarah dosa..
yaAllah..kesakitan semakin hari semakin trus menjadi tetamu dihati ini.saya bukan nabi. sya xkuat untuk hadapi ni sume......tapi Allah xbg mengeluh.tapi saya xkuat!...air mata peneman setia........
syukran yaAllah.

Monday, June 17, 2013

~PUSAT PENGAJIAN AL-QURAN DAN TAJWID AS SUFI~


Assalammualaikum..
tengok tajuk tu..dan tengok gambar tu..sekadar hiasan shj..insyaAllah pasti akan berlaku 1 hari nanti dgn izin Allah.Impian yang dah lama terpendam..xdk modal..xdk kepakaran..xdk kemampuan..hanya ada ilmu yang sedikit sebagai jambatan ke Syurga. bukan sekarang tapi 1 hari nanti..Biiznillah~

Sunday, June 16, 2013

kenapa CIKGU??

Assalammualaikum..
moga Allah merahmati setiap yang membaca^^

kerja..pekerjaan..kerjaya..bekerja..dan sebagainya serta bersamanya.
setiap insan yang dilahirkan didunia ini telah Allah tetapkan rezeki masing2.yang xnampak hanya kta.yang berusaha juga kita.duduk..baring..tido..lena..rezeki datang dari mna?.fenomena sekarang ramai yang bekerja..dan mencari kerja..ada yang sudah bekerja tapi masih tidak puas dgn pekerjaan sedia ada. MENGAPA?..tidak redha atau ingin mencapai tahap khidupan yang lebih baik..mungkin masing2 ada alasan masing2.yang belum bekerja masih mencari kerja.ada yang dapat ada yang tdk dapat walau berpuluh2 kali mencari kerja...cuba lagi..iAllah pasti ada ^^
kerja kerajaan atau swasta??
apa yang lebihnya keje kerajaan? apa yang kurangnya kerja swasta ni?
sama je..dapat juga gaji bulanan..waktu bkerja sama apabila opsyen yang sama..bonus xwajib dlm setiap pekerjaan.tp yang asas itu sama je..gaji tetap dapat setiap bulan.tapi ada la extranya dari sudut lain bagi setiap kategori yang kita masuk^^..
saya tidak mencari kerj?..mustahil..
saya suka kerja kerajaan?..mustahil juga..
saya minat swasta?..juga mustahil..
tapi saya xcari keje ni..mungkin keje ni datang bergolek pada saya..jadi REDHA.
tapi kesimpulannya saya sudah merasainya sekarang..Alhamdulillah..
xdak yang lebih dan xdak yang kurang..saat kita merasa sesak dgn keadaan dunia sekarang rasa2 mcm hari ni juga nk dpt keje gov..tp kalau santai..xkisah keje ape pun..xkeje pun lagi baik kan..
sungguh rezeki itu datang dari Allah..bukan sume yang kita mintak dan harapkan menjadi realiti..insaf seketika..tapi Allah bagi setiap keperluan kta.yang penting kta usaha!.keje gov atau swasta atau berniaga..bukan itu ukuran di akhirat..bukan itu ukiran kebahagian sebuah baitul muslim.tapi tdk juga menjadi 1 halangan atau 1 perkara yang tdk dibolehkan.pokok pangkal usaha untuk membina diri membawa ke Jannah.
kisah silam..
saya xminat keje yang sy xminat hehe...GURU..rasa fobia je bunyi GURU..CIKGU..TEACHER..MUALLIMAH..USTAZAH..dan yang sewaktu dgnnya..bukan xsuka..tp itu lah Qada dan Qadar ^^..sebagai seorang pendidik yang mengajar di sek atasan berubah angin kepada sek bawahan..malah paling bawah sekali..sekali sekala fikir..apalah nasib diri ini..hanya layak ditahap ini?..bila IMAN beraja dihati..mula tersedar..hinakah sebagai seorang guru??..masa dulu2..time sek..cikgu tnye..awk nk jadi apa besar nt?..CIKGU..hahaha inilah yang telah ditakdirkan Allah untuk hambaNYA yang kerdil ini.bukan susah pun jadi cikgu..pot..pet..pot..pet..selesaii yang penting gaji dapat..betul ke?
MasyaALlah..silap tu..GURU..pekerjaan paling mulia.sebab apa mulia..kerana di situ terletakknya ilmu Allah . Nabi Muhammad s.a.w juga seorang guru..adakah ia bukan sunnah? so secara xlangsung dlm pekerjaan juga kta dpt menerapkan sunnah Nabi.
ingatlah wahai anak Adam sekalian..
3perkara yang menyambung pahala di akhirat sana...
1.sedeqah jariah
2.amal soleh
3.ilmu yang bermanfaat
kerana yang k3 la saya kekal seorang GURU sehingga sekarang..^^..Syukur..
moga kejahatan silam dapat dihapuskan dengan amal yang sedikit ini.aamiinn.
selebihnya..sebagai tatapan penguat dan pembakar semangat..

JANJI KHALIFAH~HIJJAZ

Ke mana hilang janji dan sumpah setia
Menjadi hamba yang Esa
Walau digoda indah dunia
Mengapa kini hanya tinggal kata-kata
Tenggelam dalam lumpur dosa
Kembalilah
Bernafaslah dalam hela syahadah

Tidakkan jatuh langit menimpa kepala
Jua takkan retak hamparan bumi yang enak dipijak
Namun cukup sekali seru pemilikNya
Seluruh semesta menyerah
Sesungguhnya di akhir yang nyata
Setiap nyawa kan kembali padaNya
Dihimpun dihitung semuanya
Semat utuh apa yang diikrar
Tika jasad dihembuskan nyawa
Hanya satu yang disembah, Allah..
Subhanallah Alhamdulillah Allah Allahu Akhbar (oh Ya Allah)
Subhanallah Alhamdulillah Allah Allahu Akhbar (oh Ya Allah)
Tunduk dan pejamkanlah mata
Rasakan getaran kalimahNya
Jadi nadi dalam diri suci
Semat utuh apa yang diikrar
Tika jasad dihembuskan nyawa
Hanya satu yang disembah, Allah..
Subhanallah Alhamdulillah Allah Allahu Akhbar (oh Ya Allah)
Subhanallah Alhamdulillah Allah Allahu Akhbar (oh Ya Allah)
Ke mana hilang janji dan sumpah setia
Menjadi hamba yang Esa
Walau digoda indah dunia
Mengapa kini hanya tinggal kata-kata
Tenggelam dalam lumpur dosa
Kembalilah
Bernafaslah dalam hela syahadah
Tidakkan jatuh langit menimpa kepala
Jua takkan retak hamparan bumi yang enak dipijak
Namun cukup sekali seru pemilikNya
Seluruh semesta menyerah

Read more: http://liriklagu.chikicicok.com/melayu/lirik-janji-khalifah-hijjaz/#ixzz2WOf6kq80

Friday, June 14, 2013

TahajJud C.I.N.T.A

BiizniLah..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasihh lagi Maha Penyayang..


saat yang sentiasa di tunggu setiap tahun..bulan berganti bulan..Ramadhan Karim hampir tiba..IAllah pada usia lewat 20an skali lagi akan tiba masa mengembangkan rasa cinta pada yang Maha Esa..tidak bermakna hanya pada bulan Ramadhan semata2..moga dgn Ramadhan kali ini tahajud cinta ini semakain bercambah. dlm lena tangan menadah penuh pengharapan moga Allah kabulkan rasa cinta ini berkembang maju agar membawa ke JannjahMU..
dalam miniti hari..doa sentiasa di bibir mohon dimudahkan segala urusan..moga dinyatakan hari itu agar bertambah2nya cinta subur dan tidak sekali2 akan melayu..moga Ramadhan ini lebih baik dari sebelum ini.aaminn ya Rabb..

B.I.C.A.R.A H.A.T.I. Sampai pada Rabbnya!

AssalamAlaik..
moga diri sentiasa dalam ruh dibawah naungan tali Rabbnya.aamiin.

dalam kesibukan seharian mencari nikmat dunia..adakala lupa pada khidupan akhirat.bukan aku tdk mengerti bahwa dunia dan akhirat WAJIB seimbang dan seiring.tapi bla ia dinamakan manusia LUPA sentiasa menjadi mainan di bibir.
kala hati menjadi kosong baru ku tersedar..nikmat Allah itu yang telah aku dustakan.sebagai hamba yang sering durhaka kepada Tuannya..adakala Allah memberi tampparan hebat..seolah2 tamparan itu boleh menterbalikkan dunia ini.saat itu aku tersedar dari lamunan.hidup dalam ujian adalah khidupan aku sejak dahulu bla di lahirkan sebagai hamba di dunia ini.saat hidup di timpa ujian banyak air mata yang mengalir..menangisi nasib diri.sedangkan setiap ujian itu jangan di tangisi!!..tapi ambillah ibrah dari tetamu Allah yang dihidangkan itu.sungguh!..aku terkandass dalam mewahnya dunia.
bukan kekayaan yang aku minta dan bukan juga kepapaan yang aku dambakan.tapi cukup kesederhanaan ini dilalui bersama.
aku wanita biasa..kala ujian datang air mata menjadi taruhan..doa demi doa ku mohon agar Dia peneman ke SyurgaMu.bukan aku mengatur khidupan tapi aku cuba membantu seadayanya.mungkin bla saat hatiku terhimpit keadaan menjadi lebih sempit.tapi aku sedar..bukan itu sepatotnya yang berlaku. takdir ini dari Allah..kehadiranmu jua dari Allah.bukan aku mohon yang Maha Hebat..tapi aku mohon Imam yang kaya dgn ilmuMu ya Allah.
kerana..bila saat aku lemah dia ada untung aku bergantung..dia sebagai perantaraan dari Rabb.
            bila saat aku jatuh dia ada tmpt aku berpaut..dia sebagai perantaraan dari Rabb.
            bila saat aku menangisi pemergian yang tersayang..dia ada tmpt aku bersandar harapan..dia sebagai  perantaraan dari Rabb.
Allah..bukan intan permata yang aku dambakan di dunia ini.taapi aku mohon kesenangan hidup agar boleh aku kumpulkan permata akhirat.
Allah..saat aku menyanyangi dia..hadirkanlah dia tepat pada masanya.
cukuplah dia sebagai Imamku jambatan aku ke JannahMU..aamiin ya Rabb.terima kasih Tuhan^^

Wednesday, May 29, 2013

RESIPI 8: IKAN SIAKAP ASAM PEDA MELAKA



Bahan-bahan:-
  • 1 ekor ikan siakap
  • 1 sk halba
  • 20 bj cili kering
  • 1 bj bwg besar
  • sedikit belacan
  • 5 ulas bwg merah
  • 3 ulas bwg putih
  • asam jawa
  • daun selom
  • garam
cara-cara:-


  • cili kering dipotong kecil dan direndam dlm air panas kemudian diblend bersama bwg besar dan belacan...
  1. panaskan minyak tumis bwg merah, bwg putih dan halba sehingga wangi..
  2. masukkan cili blend tadi tumis hingga pecah minyak..
  3. masukkan air asam jawa dan air jugak, agak2 utk kuahnya, jgn terlalu pekat dan terlalu cair...
  4. masak hingga mendidih, baru masukkan ikan..
  5. last masukkan daun kesom dan perasa dgn garam..

RESIPI 7: AYAM MASAK PAPRIK

Ayam Masak Paprik
Resepi:Norzie hany

Bahan A
  • 300gm isi ayam (potong kecil)
  • 100gm bunga kobis (hiris)
  • 10 gm kacang panjang(di potong)
  • 1 biji cili capsicum (di potong)
  • 1 biji bawang holland (hiris bulat)
  • 1 biji kecil lobak merah
  • 6 helai daun limau purut
  • 10 biji cili padi (di ketuk)
  • 1/2 cawan air
Bahan B
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 senduk cili kisar
  • 1 batang serai(diketuk)
  • Sedikit minyak masak
Bahan C
2 sudu sos tiram
2 sudu cili sos
Gula dan garam secukup rasa.

Cara memasaknya:
  • Bersihkan ayam lumur sedikit garam dan kunyit dan goreng separuh masak.Angkat.
  • Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis bahan B hingga naik bau.
  • Masukkan semua bahan A termasuk ayam tadi kacau dan biarkan seketika.
  • Akhir sekali masukkan bahan C dan biarkan ia mendidih sekejap dan angkat.
  • Sedia di hidangkan.

RESIPI 6: DAGING MASAK HITAM

Bahan2 
1 kg daging (dipotong nipis) 
3 ulas bwg merah (dihiris) 
2 ulas bwg putih (dihiris) 
3 kuntum bunga lawang 
2 inci kulit kayu manis 
1/2 cawan kicap pekat 
air asam jawa secukupnya 
garam secukup rasa 
Minyak masak untuk menumis 

Bahan Kisar 
4 biji bwg besar 
3 inci halia 
4 ulas bwg putih 
20 biji cili kering - letak hanya 2 sb cili kering siap blender 
1 sudu kecil jintan manis 
1 sudu kecil jintan putih 
1 sudu kecil ketumbar - tambah 

Cara 
1. Panaskan minyak masak. Tumis bahan hiris, bunga lawang & kayu manis hingga wangi. Masukkan bahan kisar & tumis hingga garing & terbit minyak. 
2. Masukkan daging, air secukupnya & renih sehingga daging empuk. Masukkan kicap pekat, air asam jawa & garam secukup rasa. Tambah aji jika suka. Biar kuah agak pekat & secukup rasa. Bila daging cukup empuk bolehlah hidangkan. (sekiranya daging tak cukup empuk... boleh tambahkan lagi air & masak lagi hingga kuah agak kering) 

RESIPI 5: RENDANG HITAM DAGING

Bahan2
  • 500g daging 
  • 20 tangkai cili kering *dikisar - mama letak 3 sb cili kering dah blender 
  • 4 cm halia 
  • 1 labu bawang besar 
  • 4 ulas bawang putih 
  • 2 batang serai di tindik 
  • 4 sudu besar kicap pekat 
  • sedikit minyak untuk menumis 
  • 1 tsb cuka 
  • 2 s/b kerisik 
  • sedikit garam dan gula. 
  • daun pandan untuk wangi ( jika suka ) 



Bahan tumis: 
  • 4 ulas bawang kecil di hiris 
  • 1 kulit kayu manis 
  • 3 tangkai bunga lawang 
  • 3 biji buah pelaga 



Cara Penyediaannya, 
  • Cili kering, halia ,bawang besar dan bawang putih di kisar halus. Panaskan minyak serta tumis 
  • bawang kecil yang di hiris bersama kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga berbau wangi. Masukan bahan kisar dan biarkan sehingga hilang bau cili, masukan daging yang telah di potong kecil dan serai. 
  • Tambahkan sedikit air dan kicap. Tunggu sehingga daging empuk. Masukkan kerisik, cuka, gula dan garam mengikut selera. 
  • Biarkan sehingga kuah agak pekat sedikit. Sedia di hidangkan. 

RESIPI 4: NASI HUJAN PANAS!!


Bahan-bahan :
4 cawan beras basmati
5 cawan air
1 cawan susu cair
2 sudu besar minyak sapi
1 biji bawang besar - dimayang halus
3 ulas bawang putih - dimayang halus
1/2 inci halia - dimayang halus
Sedikit garam
1 kiub ayam
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum cengkih
3 biji buah pelaga - ketuk sedikit
2 helai daun pandan - disimpul
Pewarna hijau, kuning dan merah

Daun ketumbar diracik halus - untuk hiasan

Cara-cara :
1. Basuh beras sehingga bersih, rendam selama 15 -20 minit. toskan beras.
2. Panaskan mintak sapi dalam periuk rice cooker.

3. Masukkan kayu manis, bunga lawang, cengkih, buah pelaga, bersama bawang besar, bawang putih, halia yang dimayang halus bersama daun pandan, goreng sehingga wangi. Kemudian masukkan kiub ayam kacau rata sebentar.
4. Kemudian masukkan beras dan secubit garam dan kacau rata. Matikan api dan angkat.
5. Masukkan air dan susu cair kacau rata dan masak nasi seperti biasa.
6. Bila nasi hampir kering buat beberapa lubang dan titiskan pewarna.
7. Tunggu sehingga nasi betul-betul masak dan gemburkan dengan garfu sebelum dihidangkan.

note: gambar dan menu dr tmpt berasingan ^^

RESIPI 3: NASI KURMA!!

bestnyeee..sedapp yummy!!
copy dari: http://skybluemelleymey.blogspot.com


Bahan²
3 cawan beras basmati _ cuci dan toskan
100 gm minyak sapi
1 sudu makan minyak zaitun / minyak masak
2 sudu makan rempah Briyani Power Adabi
4 cawan air
1 cawan susu cair
4 ulas bawang putih _ ditumbuk
1 inci halia _ ditumbuk
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
11 biji buah kurma _ buang bijinya dan dicarik²
1 kiub pati ayam Maggi
Garam secukup rasa
Kismis secukupnya

Cara²
  1. Panaskan minyak sapi bersama minyak zaitun / minyak masak di dalam periuk dan tumis bawang putih dan halia hingga sedikit garing.
  2. Kemudian masukkan kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang ( jika nak bubuh daun pandan pun boleh ).
  3. Tutupkan api dan tuang ke dalam periuk nasi elektrik yang berisi beras tadi ( tinggalkan 1/2 sudu makan bahan yang ditumis tadi untuk menumis buah kurma ).
  4. Sementara itu, tumiskan buah kurma sekejap sahaja dan masukkan ke dalam periuk nasi elektri. Gaul rata.
  5. Masukkan juga air, susu cair, kiub pati ayam dan garam secukup rasa. Gaul rata.
  6. Masak nasi seperti biasa.
  7. Setelah periuk nasi menunjukkan 2 minit lagi nasi hendak masak, bolehlah ditaburkan kismis di atas nasi dan tutup semula penutup periuk nasi elektrik. Biarkan nasi masak sepenuhnya.
  8. Biarkan seketika sebelum digemburkan dengan chopstick.
  9. Hidang bersama Daging Masak Manis atau lauk kegemaran.

RESIPI 2: NASI BRIYANI




Bahan A:- (akak buat 1/3 dari resepi asal ni)
  • 1 kg. beras basmathi (dibasuh dan ditoskan)
  • 2 sb. rempah beriani (dibancuh dgn sedikit air)
  • 4 biji buah tomato (dipotong dadu)
  • 3 biji cili merah (dibelah dua)
  • 3 biji cili hijau (dibelah dua)
  • 100 gm daun pudina (dipotong kasar)
  • 100 gm daun ketumbar
  • 1 liter air
  • 1 cawan susu cair (akak guna susu segar)
  • 4 sb. minyak sapi
  • 1/2 cawan kismis
  • 1/2 cawan kacang gajus - dibakar/digoreng tanpa minyak
  • garam secukup rasa
  • 1 sb. pewarna kuning (dibancuh dgn sedikit air)
Bahan B:- (untuk tumis)
  • 5 ulas bawang merah (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris)
  • 2 cm halia (dihiris halus)
  • 2 cm kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 2 bj. buah pelaga
  • daun kari
Cara-Cara:-

  • Panaskan minyak sapi di dalam kuali. Tumiskan bahan tumis dan daun kari hingga wangi.
  • Masukkan rempah yang telah dibancuh dan kacau rata. Masakkan hingga naik minyak.
  • Masukkan tomato dadu, cili merah dan cili hijau.
  • Masukkan air dan susu cair. Biarkan mendidih sebentar.
  • Masukkan bahan tumis tadi ke dalam periuk nasi yang tersedia beras dan masakkan seperti biasa.
  • Apabila nasi sudah kering, titiskan pewarna kuning dan biarkan nasi masak sepenuhnya.
  • Gemburkan nasi perlahan2 supaya beras tidak patah.
  • Hidangkan nasi dengan taburan gajus dan makan bersama daging prun dan acar.

RESIPI 1: NASI ARAB!!

mud 4 menu masakan sudaa datangggg!!!!..
copy dari http://dapurcikgusalwa.blogspot.com ^^


Nasi Mandy Ayam


1 ekor ayam potong 8
rebus ayam bersama:
2 L air-tambah jika perlu
2 cm halia
2 bj bwng besar belah 4
4 ulas bwang putih-ketuk
rempah kasar 4 sekawan- kayu manis, bunga lawang, buah pelaga n bunga cengkih)
1 keping asam gelugur
1 sudu teh perencah secukup rasa
garam secukupnya.
Rebus selama 50 minit.
keluarkan ayam.
tapis air rebusan untuk masak nasi dan tinggal sikit untuk sup .


Perap ayam dengan:
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh secukup rasa
sedikit garam
sedikit serbuk safron @ pewarna kuning.
Goreng ayam dalam minyak separuh tenggelam sehingga golden brown.
Ayam mandy dah siap!


Untuk masak nasi:

5 cawan beras Parboiled Vita Grain super long Jasmine rice.
( gunakan beras ini untuk nasi yg pluffy n lembut-sedap!)
7 1/2 cawan air rebusan tadi. ( 1 cwn beras + 1 1/2 cwn air)

dlm periuk lain tumis:
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk lada hitam
dengan 2 sudu besar minyak sapi g-blend.
tumis selama seminit dan tuangkan ke dalam periuk nasi tadi. kacau sikit-masak dlm periuk elektrik mcm biasa
sampai nasi hampir kering.  buat lubang di tengah......masukkn arang berbara yg berasap n tutup periuk. ( refer di bwh untuk cara...) let it be for about 10 minutes.  take out the arang-buang.  titiskn sedikit warna kuning ats nasi sebelum gaul. now nasi mandy is ready...

ISLam itu seluas-luas PINTU,,ituLah PINTU TAUBAT!!

Sesungguhnya Allah itu Maha Besar,Pengampun lagi Menerima Taubat.
insaf rasa hati.kerdil rasa diri ini.
setiap yang kta sebagai manusia lakukan.DOSA BESAR atau DOSA KECIL..Allah sbg Tuhan tetap membuka seluas-luasnya pintu taubatnya.Maha Besar Allah.
setiap yang kta mohon,pasti Allah akan tunaikan.malah kta manusia alpa dgn apa yang diberikan.
tapi manusia tetap alpa dari Tuhan.tiada hijab antara kta dgn Allah.tdk ada doa yang Allah tdk mendengar.Allah sering memberi..beri dan memberi..tp kta sering lupa krn apa yang kta mahukan tdk kta kecapi tp Allah berikan kta sesuatu yang kta tdk sedari
berdoalah..mohonlah..sesungguhnya Allah Maha Mendengar! ^66^
istighfar la mohon keampunan pd Allah.

Monday, May 27, 2013

Prasiswazah PBJJ UKM 2013

rindunya saat sibuk dgn belajar.yaAllah beri aku peluang untuk kali seterusnya.aamiin.

tutup permohonan 7 julai 2013

TATACARA PERMOHONAN
Permohonan hendaklah di buat secara online sepenuhnya.
1.Isi Borang Permohonan dengan lengkap.
2.Muat Naik dokumen sokongan mengikut SENARAI SEMAKAN BUTIRAN di bawah.
3.Buat pengesahan/perakuan permohonan.
4.
Maklumat permohonan boleh dikemaskini selagi pengesahan/perakuan permohonan belum dibuat.
5.
Maklumat permohonan tidak boleh dikemaskini selepas pengesahan/perakuan permohonan dibuat.
6.Permohonan hendaklah dibuat bermula 1 Mei 2013 (Rabu) hingga 7 Julai 2013 (Ahad).
7.
Sila buat Semakan Status Permohonan untuk mengetahui status permohonan anda.
8.
Pihak PKP akan memaklumkan keputusan permohonan dan semakan status permohonan boleh dibuat melalui laman web PKP.
SENARAI SEMAKAN BUTIRAN
Sila pastikan bahawa maklumat berikut disediakan sebelum membuat permohonan.
*Semua dokumen hendaklah di sediakan dalam format pdf dengan saiz tidak melebihi 2MB.
*Semua dokumen hendaklah disahkan terlebih dahulu sebelum di ubah ke format pdf.
*Gambar hendaklah disediakan dalam format jpeg dengan saiz tidak melebihi 100KB.
1.Gambar berukuran pasport terkini.(Klik Sini Untuk Lihat Panduan Gambar).
2.
Resit bayaran pemprosesan sebanyak RM50.00. Hendaklah dibuat melalui deposit ke akaun Pusat Kembangan Pendidikan (Nombor Akaun 12180008810055) di CIMB.
3.Satu salinan Ijazah/Diploma/Sijil berkaitan akademik termasuk SPM beserta transkrip.
4.
Surat tawaran penajaan/pinjaman kewangan/ biasiswa (bagi calon yang mempunyai penaja rasmi sahaja).
5.
Bagi permohonan program Doktor Falsafah Pengajian Islam, sila muat naik ‘Borang Penyokong’ & ‘Kertas cadangan Tesis/Projek Penyelidikan’ bersama borang permohonan.
KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN Senarai semakan butiran; Borang Penyokong (Tesis) ].
6.Surat pengesahan bekerja yang dikeluarkan oleh majikan/ketua jabatan.

Sunday, May 26, 2013

masihkah ada peluang??~

expert dis 2012~kemaman terengganu!!
cerita dah berkepuk 5 bulan yang lalu.baru harini nk publish haha
assalammualaikum.

tajuk:- masihkah ada peluang??..inikah yang terakhir??
R.I.N.D.U
mungkin kelemahan diri sendiri kala ini!
layan cerita melalui gambar..




saat bersama akhawat di rumah (xingat hehe) u adik2 sindrom






sebahagian aktiviti..

cukup la yer sekadar ini sje..trimaass

Wednesday, April 24, 2013

membuka tirai lewat 2013..



buntu..Allah lebih berhak!!hidup sbgai hamba tak lekang dgn ujian.ujian y dtg mematangkan dri.fikir dgn positif iA hikmah Allah di mna2..Tuhan yang jadikan alam Dia juga yang jadikan lalang yg kadang2 menganggu persekitaran kwsn umah kta..semalam dosa berlaku..pelaku dosa trus allah izinkan hidup..krn dirinya masih bguna pd insan lain walau die pendosa tegar!dlm keperitan mencari khdpn.gagal jatuh menyembah bumi.

wahai manusia penzalim!..kmu mmg zalim!menzalimi manusia tdk bsalah!menghakimi tanpa bicara.kamu siapa??Tuhan?? Nabi?? Malaikat??pembalasan pasti akn blaku!..ingt dunia ini tdk selamanya bnyawa.dan kamu tdk slamanya merasa bhagia dgn dunia penuh pancaroba.

wahai manusia y di zalimi!kmu ada Allah di sisi!kmu ada doa sbgai senjata.ingat pesan dari ku...

      "kupu2 tdk pernah tahu warna sayapnya tp org thu btapa indahnya ia..ia spt dirimu,kmu tdk thu btapa indahnya drimu,tp Allah paling thu btapa istimewanya drimu di mataNYA ketika engkau TAAT dan PATUH pd suruhaNya.ikhlas dgn semua y engkau alami..tersenyum tka saat sukar,tegar dlm ujian dan tetap teguh dlm iman y dimiliki.smgo engkau insan terpilih dan terindah di hadapan Allah"..