Tuesday, October 9, 2012

DaLam PerJaLaNan MenCari RedhaNYA

9.10.2012 (9.10.1988)
sedetik demi sedetik..aku melangkah..dan terus melangkah..dalam usia genap 24 Tahun.
setiap manusia diduga mengikut kemampuan masing2..
setelah hidup selama 24tahun..pelbagai perasaan..pelbagai pengalaman telah dilalui..
ada suka..ada duka..ada bahagia..ada derita.
dan setiap ujian itu berbeda mengikut manusia sendiri.

setelah bahagia Allah kurniakan derita..
setelah Allah turunkan hujan Allah jadikan pelangi..
dan pelangi itu yang sentiasa dinantikan..

bukan semua manusia Allah jadikan derita/miskin
bukan juga semua manusia Allah jadikan bahagia/kaya.
kerana kehidupan ini berubah mengikut zaman..
kerana manusia itu juga berubah..
adakalanya dari baik berubah menjadi jahat
dari jahat berubah menjadi baik..

yang diatas akan Allah uji berada dibawah..
yang dibawah akan Allah uji berada diatas..

jadi..setelah 24tahun..
macam2 dah jadi..macam2 dah berlaku..KERANA..

aku manusia BIASA..
yang tak mampu mempertahankan diri menjadi baik SERATUS PERATUS
TAPI aku juga manusia BIASA yang sentiasa diberi peluang untuk menjadi yang TERBAIK walau bukan dipandangan mata manusia tapi cukup disisi ALLAH aku mampu menjadi TERBAIK ^^

terima kasih ALLAH dengan nikmat usia yang diberikan selama ini..
rahmati kehidupan aku dunia akhirat..
ampunkan dosa aku selama ini..
beri aku peluang merebut nikmat SYURGA yang ALLAH janjikan
pada aku manusia BIASA ^^

pada hari ini..
aku berazam membawa mak dan abah ke suatu tempat sebagai penghargaan atas pengorbanan mereka selama ini..makbulkan ya Allah..aminn ^^ 

Wednesday, August 22, 2012

kenangan lalu..

2006-2009...di suatu tempat...

malam nie hujan lebat kat luar..
hati pun mcm hujan jg..
rindu pada..
pada 1 nama y sntiasa bersama.
 salah ke kta berukhhuwah dan slh ke kta memutus ukhuwwah T_T
bla kta amik berat akhirnya di slh erti..
dlu kta slalu jd tempat u die mntk tlg..tp bla jd sesuatu pd die..die merasakan kta kongkong hdup die..
mungkin die betul dan kta salah..

"awak, moga awk hdup bhagia dgn kwn2 awk..sy dh lepaskan awk pergi jauh dr hdup sy..so awk dh bhgia n awk xkan terkongkong lg dgn sy..awk bebas u bkwn dgn spe2 pun..dn y penting sy xkan jtuhkan maruah awk lg..awk ramai kwn n ramai y nak kwn dgn awk..so awk blh pegi pd diorg..sy???..awk jgn kisah sbb sy bkn shbt or kwn or teman tbaik u awk..mg Allah sntiasa slmtkan awk.."

Monday, August 13, 2012

Dalam PENANTIAN itu..ada KEIMANAN y JITU ^^

Salam LailatulQadar..
malam 25 Ramadhan ^^

Menanti itu bukanlah satu penyiksaan..
Menanti itu juga bukan satu beban..
Jika kita menantinya dengan ikhlas..
...


Sesungguhnya ALLAH sengaja menguji kita dengan melambatkan sesuatu yang kita dambakan..

Sebenarnya ALLAH telah mengatur sesuatu yang lebih baik untuk kita yang sedang menanti..

Menantilah dengan penuh kesabaran..
Menantilah dengan penuh keimanan..

Kerana InsyaAllah ,

Akhir dari penantian itu adalah kebahagiaan..
Jangan pernah berhenti berdo’a dan meminta..
kerana ALLAH lah yang Maha Memberi..
Tetaplah menanti dengan sabar jawaban_NYA..
Kerana janji ALLAH itu BENAR ..YAKINLAH..

aku yang mendamba CINTA dari REDHAMU ^^

Friday, July 20, 2012

dlm RAMADHAN-MU ya RABB ^^

BILA INI SUJUD TERAKHIRKU,,

Ya Allah..
Dalam sujud terakhirku,
Kuteriakkan asma'Mu sekeras-kerasnya,
...
Agar runtuh dinding kesombongan dalam hatiku,biar tenggelam segala kejahilanku..

Ya Rabbi..
Dalam sujud terakhirku,
Ku menangis sejadi-jadinya,
Biar kering air mata ini..
Namun basah ladang hati yang gersang..

Ya Rahman..
Dalam sujud terakhirku,
Kulihat semua dosa yang membayangiku..
Kelam mencengkam jiwa yang lusuh...

Ya Mujib..
Aku berlindung di atas nama_Mu dan kekuasaan_Mu..
Peliharalah diri dan hatiku,
Agar ia mampu membesar dengan baik..
Redhalah daku menjadi sayap kiri perjuangan..
Biarlah daku menyemarakkanya..
Kan ku teguh menatang serikandi ummah..

Ya Rahim..
Dalam sujud terakhirku,
Biarkan daku patah dalam cahaya_Mu
Biarkan kumusnahkan titik-titik kemunafikanku
Agar daku kembali ke dalam pelukan hidayah-Mu

Ya Allah..
Aku akui keagungan_Mu..
Namun hatiku sering leka..
Jahiliah seringkali bertakhta dijiwaku..
Aku mohon agar diberikan hati yang baru..
Hati yang sering terikat dengan_Mu..
Yang sentiasa rindu dan takut pada_Mu..

Ya Malik..
aku berharap diri ini belum terlewat..
Untuk aku kembali sujud dan bertaubat kepada_Mu..
Ampunkan segala dosa-dosaku
Di atas setiap keterlanjuranku
Janganlah Engkau panggil daku tika diri ini masih berlumuran noda..
Kasihanilah daku, Ya Allah
Bantulah daku dalam menempuh jalan rasul2Mu..
Dalam usaha mencari firdaus_Mu..

Ya Allah,
Hanya kepada_Mu lah terletaknya harapanku,,
Biarkanku hirup nafasku sekali lagi..
Hanya untuk menyebut nama_Mu dan kekasih_Mu tercinta
Sesungguhnya aku adalah kepunyaan Allah
Dan kepada_Nya jualah aku pasti kembali....Amiin ya Rabbal 'alamin

Wednesday, July 18, 2012

Ramadhan datang lagi..!!!! ^_^

pejam celik pejam celik..tidur..bgun..tidur semula n bangun semula..akhirnya yang dinanti telah tiba ^_^
"ya Rabb sampaikan aku dan seluruh umat Islam dalam bulan RamadanMu yang sgt mulia ini..mg kami bisa menjadi lebih kuat dari sebelum ini..mg kami bisa membolot semua pahala2 yang bertaburan agar kami bisa menjadikannya sbg MAHAR u ke JANNAH MU ya ALLAH..ampunkan kami dari dosa silam kami y terlalu byk sebelum ini..agar kami bisa memejamkan mata dgn senyuman penuh keberkatan dan keredhaanMU"

rutin RAMADAN:

1. SOLAT FARDHU
2. SOLAT SUNAT RAWATIB
3. QIAMMULLAIL
4. BACAAN AL-QURAN / KHATAM QURAN
5. SOLAT SUNAT TARAWIH
6. INFAQ
7. MA'THURAT
8.BACAAN ILMIAH
9. USRAH/HALAQAH
10. IFTAR JAMA'I
11. PROGRAM ILMU
12.....
13....
14....

banyakkan..setiap org merancang..tapi jangan lupa Allah juga merancang malah perancangan Allah adalah paling terbaik dan paling tepat u hambaNYA..yang penting usaha..sape usaha pasti berjaya.

sesuai dgn firmanNYA:

"..Allah tdkkan mengubah nasib sesuatu kaum itu selagi ia tdk mengubah/berusaha u dirinya sendiri...."

SALAM RAMADHAN KARIM
MARHABAN YA RAMADHAN
MAAF ZAHIR BATIN ^_^

Sunday, July 15, 2012

PanggiLaN KonvokesyeN

JEMPUTAN KE ISTIADAT KONVOKESYEN KOLEJ UNITI/ KOLEJ JAIPUTRA KALI KE SEBELAS

Tarikh : 30 Ogos 2012 (khamis)
Lokasi : Plenary Hall, Putrajaya International Convention Centre (PICC), Putrajaya
Masa : 7.00 pg-2.00 ptg

akhirnya..setelah 2thn lebih menanti utk konvokesyen..tapi dengan kerjasama kolej uniti negeri sembilan. so semua maklumat kena maklum pada kolej uniti..nanti amik jubah pun di kolej uniti jugak..ramai ke rakyat Jaiputra yang hadir??..pegi ke tak??..hmm ^_^

Monday, July 2, 2012

hak wanita dalam memilih imam yang baik

perkahwinan itu satu sunnah..malah dgn perkahwinan maka berkembanglah umat Nabi Muhammad.dala pencarian mencari seorang wanita yang baik..Nabi Muhammad terlah bersabda: "nikahi wanita itu dgn 4 perkara..krn kecantikannya, kekayaannya, keturunannya dan agamanya..maka pilihlah agamanya pasti akan mendapat kebaikan".. setiap lelaki pasti mahukan wanita yang terbaik dlm hidupnya..sejahat mana pun seorang lelaki dia tetap mahukan wanita yang baik..wanita yang menjaga diri hanya utk suaminya..jika memilih cantik lama kelamaan pasti akan hilang cantikknya..hartanya tdk akan membawa ke syurga..malah keturunannya juga tidak akan memberi apa-apa makna krn iman tdk dpt diwarisi..tetapi andai agama yang menjadi pilhn utama pasti akan lengkap hidup seorang lelaki itu. tidak terkecuali bg wanita..apabila dtgnya lelaki yang baik agama dan akhlaknya maka trimalah ia sbga satu anugerah dr Allah..wanita berhak memilih siapa imam yang terbaik utk dirinya dan zuriatnya masa depan..hak memilih bukan hanya terleltak pada lelaki tp wanita juga berhak membuat plhn..bila meletakkan agama sbgai tunjang pasti akan terarahlah plhn menjadi y terbaik.. pemilihan imam yang baik akan membuatkan musolla kecil itu berkembang dgn baik. bila nahkoda kapal itu menjadikan cinta pada Allah sbgai tunjang pasti anak2 kapalnya akan patuh pd arahan slagi tdk bercanggah dgn syariat Allah.. wahai wanita: "pilihlah imam yan baik..andai dia bukan yang terbaik di mata manusia tp ckuplah bagiku dia terbaik dimata ku.." kerana imam yang itu tidak akan menghabiskan wang ringgitnya pada setiap belian rokoknya..tdk membawa dirinya jtuh ke dalam penyakit y diundangnya sendiri..imam yang baik itu y menjaga solat 5 waktunya dan fasih dlm bcaan kalam suci Allah ^_^

Saturday, May 26, 2012

KELEBIHAN BULAN REJAB

1. Sabda Nabi S.A.W : Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab niscaya Allah memuliakan dengan 1000 kemuliaan di hari Qiamat. 2. Sabda Nabi S.A.W. : Bulan Rejab bulan Allah, Bulan Syaaban bulanku dan Bulan Ramadhan bulan ummatku. 3. Kemuliaan Rejab dengan malam Israk Mikrajnya, Syaaban dengan malam Nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul Qodarnya. 4. Malam awal Rejab mustajab doanya (kitab Raudhoh Imam Nawawi). 5. Puasa sehari pada bulan Rejab dijadikan Allah baginya dua sayap, Akan membawanya terbang di atas Sirotal mustaqim di hari Qiamat. (Al-Hadis). 6. Puasa sehari dalam bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan diberi minum air dari syurga. (Al-Hadis). 7. Puasa Sehari pada bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipat gandakan pahalanya. (Al-Hadis). 8. Puasa tiga hari pada Bulan Rejab dijadikan parit yang panjang yang menghalangkan dia ke neraka yang panjangnya setahun perjalanan. (Al-Hadis). 9. Puasa empat hari pada Bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajjal di hari Qiamat. (Al-Hadis). 10. Puasa lima hari pada bulan Rejab, Allah SWT akan amankannya daripada azab kubur. (Al-Hadis) 11. Puasa enam hari pada bulan Rejab, ia keluar daripada kubur dengan bercahaya mukanya. (Al-Hadis) 12. Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya tujuh pintu neraka. (Al-Hadis) 13. Puasa lapan hari pada Bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu Syurga. (Al-Hadis) 14. Puasa sembilan hari pada Bulan Rejab, keluar daripada kuburnya lalu menyeru lailahaillallah dan tidak ditolak dia masuk ke dalam syurga. (Al-Hadis) 15. Puasa sepuluh hari pada Bulan Rejab, Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu. (Al-Hadis) 16. Puasa 16 hari pada Bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah didalam syurga, dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam Syurga. (Al-Hadis) 17. Puasa 19 hari pada Bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai dihadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim A.S. dan Nabi Allah Adam A.S. (Al-Hadis) 18. Puasa 20 hari pada Bulan Rejab, diampunkan Allah segala dosanya yang telah lalu, Maka mulailah beramal apa-apa yang tinggal daripada umurnya. (Pembaharuan umur bermaksud terhapus dosa-dosanya). (Al-Hadis) 19. Berkata Saidina Ali R.U. : - Puasa Rejab 13 hari seperti puasa 3000 tahun. - Puasa Rejab 14 hari seperti puasa 10,000 tahun. - Puasa Rejab 15 hari seperti puasa 100,000 tahun. 20. Kelebihan Bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Al-Quran atas segala Qalam. (Al-Hadis) 21. Puasa pada awal Rejab, pertengahan dan akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya. (Al-Hadis). 22. Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan Ibadah seumur hidupnya. Maka akan berseru dari langit : Gembiralah kamu dengan kemuliaan yang besar dan diminumkan dia ketika hendak mati. Mati ia dengan puasa, masuk kubur ia dengan puasa, keluar kubur dengan puasa, dan masuk syurga dengan puasa dan masuklah syurga dengan sepuas-puasnya. ia terlepas dari azab kubur yakni yang berpuasa disiang hari dan beribadah pada malamnya. (Al-Hadis) 23. Bulan Rejab (Bulan Allah) diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah S.W.T. Puasa bulan Rejab wajib baginya : - Diampunkan dosanya yang lalu - Dipelihara Allah umurnya yang tinggal. - Terlepas dari dahaga di hari Qiamat. 24. Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah sedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. (Al-Hadis). 25. Sesiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu roma pada jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dan dihapuskan seribu kejahatan. (Al-Hadis) 26. Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadah seribu Haji dan Umrah. Dibina seribu mahligai, seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali ganda, kerana keistimewaan bulan Rejab yakni bulan Allah. (Al-Hadis) 27. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka, kerana kemuliaan bulan Rejab, bulan Allah. (Al-Hadis). 28. Barangsiapa meminta ampun (beristighfar) kepada Allah pada pagi dan petang hari 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab diharamkan tubuh atau jasadnya daripada api neraka. (Al-Hadis). 29. Puasa pada hari 27 Rejab seperti berpuasa 60 bulan pahalanya.Jika disertai dengan sedekah seperti puasa selama 1000 tahun, kerana kebesaran hari Israk mikraj. (Al-Hadis). 30. Sesiapa yang melapangkan kekeruhan, kesusahan dan masaalah orang mukmin pada bulan Rejab, dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga firdaus. (Al-Hadis). 31. Sesiapa yang berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadah pada malamnya (berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun lamanya – diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kubur, 70 hajat ketika terangkatnya suhuf (ketika Quran dinaikkan kelangit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan (timbangan amal), 70 hajat ketika berlalu di titi Sirotol Mustaqim. (Al-Hadis). 32. Sabda Nabi S.A.W.: Ketika malam aku dimikrajkan aku melihat sungai yang airnya lebih manis daripada madu dan lebih dingin daripada salji , lebih wangi daripada kasturi. Maka aku bertanya : “ Wahai Jibrail, untuk siapa ini semua ?” Jibrail menjawab : “Untuk mereka yang membaca selawat untukmu pada bulan Rejab,” Nabi bersabda : “ Taubatlah kamu sekelian kepada Allah dan mohonlah keampunan dari dosa-dosamu dan jauhilah daripada perbuatan maksiat pada bulan haram yaitu Rejab,” 33. Beramal pada bulan Rejab digandakan 70 pahala, Syaaban diganda 700 pahala dan Romadhon diganda 1000 pahala. (Al-Hadis). 34. Di dalam syurga terdapat suatu sungai yang bernama ‘Rajab’ ia lebih putih daripada susu, dan rasanya lebih manis daripada madu. Maka barang siapa yang berpuasa (sebahagian )* daripada Bulan Rejab, Allah akan memberi minum dengan air sungai tersebut. (Al-Hadis). 35. Setiap orang akan berasa lapar pada hari Qiamat, kecuali para-para Nabi dan keluarganya dan pada mereka-mereka yang berpuasa pada bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan, Maka sesungguhnya mereka selalu merasa kenyang, tidak lapar dan tidak pula haus. 36. Apabila engkau mengkehendaki suatu ketenangan waktu mati, dan meninggalkan dunia ini beserta Iman dan selamat dari godaan syaitan, maka hormatilah bulan –bulan ini semua (Rejab,Syakban dan Ramadhan) dengan memperbanyakkan puasa dan menyesali terhadap dosa-dosa lalu, ingatlah kepada pencipta alam ini, maka kamu akan masuk syurga dengan selamat. (Hadis) 37. Dari Anas bin Malik r.u. berkata: " Aku bertemu dengan Muadz bin Jabbar r.a. Maka aku bertanya kepadanya : Dari mana engkau datang wahai Muadz? Ia menjawab "Aku dari tempat Rasulullah s.a.w. "Apa yang engkau dapat daripadanya?" Tanya Anas. "Aku mendengar bahawa barangsiapa yang mengucapkan LAILAHAILLALLAH, Maka ia akan meninggalkan dunia ini dengan Ikhlas masuklah ia kedalam syurga, Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Rejab, kerana mengharapkan keredhaan Allah s.w.t. maka masuk ia akan syurga". Maka aku terus ke rumah Rasulullah s.a.w. dan bertanya: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya Muadz bercerita begini-begini kepadaku". Maka Rasulullah s.a.w. menjawab benar apa yang dikatakan oleh Muadz. (Zuhratur Riyad) * Adapun puasa satu bulan penuh pada bulan Rejab adalah tidak ada ketentuan dari Nabi S.A.W. dan tidak pula dari para Sahabat R.hum. Imam Ahmad, Umar bin Abbas dan Mawardi pada kitab Iqna' bahawa puasa satu bulan penuh pada bulan Rejab adalah Makruh kecuali berselang satu atau dua hari maka hukumnya menjadi sunnah. (Durratun Nasihin) Diantara amalan-amalan yang sangat baik dianjurkan ketika berada dalam bulan Rejab: - Banyakkan puasa sunat.jika mampu, - Perbanyakkan Solat-solat sunat yang mengiringi solat fardhu (rawatib). - Solat sunat Dhuha, sunat tasbih, sunat tahajjud, sunat hajat, sunat witir dan sebagainya, buat menampung amalan fardhu - Banyakkan masa dengan membaca Al-Quran. - Banyakkan berzikir dengan bertasbih bertahmid, bertakbir dan bertahlil beberapa ratus kali. Jika tak mampu lakukan beberapa kali termampu pada sebilangan waktu. Waktu terbaik ketika hampir subuh selepas subuh dan ketika hampir masuk waktu berbuka puasa. - Berselawat keatas Nabi S.A.W. sebanyaknya - Beristighfarlah mohon keampunan diatas dosa-dosa yang lalu. Paling utama bacalah Istighfar Rejab setiap hari (sila rujuk dalam kitab-kitab doa atau melalui tuan-tuan guru mengenainya) - Berdoalah memohon sebanyak-banyaknya dalam solat, didalam sujud dan selepas solat beberapa lama tanpa berasa jemu meminta. Rasulullah saw. Bersabda , “ Barangsiapa berpuasa pada hari khamis , jumaat dan sabtu pada bulan haram (Rejab) maka Allah mencatat baginya ibadah dua tahun. Rasulullah saw bersabda ,”Barangsiapa berpuasa satu hari berpuasa pada bulan rejab, maka ia seperti berpuasa (selama) satu tahun. Abu Qilabah r.u berkata , ‘Di dalam syurga terdapat sebuah istana yang disediakan khusus bagi orang-orang yang berpuasa pada bulan Rejab.” Rasulullah saw. Bersabda “ Di dalam bulan Rejab ada satu hari dan satu malam yang mana barangsiapa berpuasa pada hari itu dan sholat malam pada malam itu, maka ia bagaikan berpuasa seratus tahun dan sholat malam seratus tahun lamanya. Hari itu ialah 3 hari terakhir.

Sunday, April 15, 2012

Pusat Pendidikan Al-IsLaH~ 25 tahun


10&11 April
Sambutan Jubli perak sempena tahun ke 25 penubuhan dan perjalanan tarbiyyah Pusat Pendidikan Al-IsLah, Sungai Petani,Kedah. ^_^

mengimbas memori siLam..
perjlanan tarbiyyah ku bermula dari tadika al-Islah..berlanjutan ke Sek Ren Al-Islah..bersambung ke Sek MEn Al-Islah..(klu ada kolej@uni al-islah cmfrm xg mne dah hehe). Alhamdulillah syukur di situ sgalanya bermula..dan bukan disitu pengakhirannya..moga segala ilmu yang tersemat di dada ini dpt mengawal diri dari tenggelam dlm fatamorgana dunia.

penghargaan utk mualim dan muallimah yang ckup sabar dlm mendidik diri ini..moga khdpn mualim dan muallimah dilimpahkan barakah oleh Allah. Al-Fatihah untuk arwah mualim aminuddin dan mualimah sabariah..moga roh mereka dirahmati allah disana. ^_^

sekilas pandang bersama sahabat2 dan mualim dan mualimah..



mualimah nora, salehah (shbt dr tadika).mualimah ainon











Monday, April 9, 2012

air mata terakhiR..

setinggi-tinggi penghargaan dan kesyukuran ku ucapkan hanya pada Allah krn Allah memberi aku mak dan abah yang sgt9 penyayang dan bertanggungjawab..syukur ya Allah..
malam ini..aku nekad..cukuplah..itulah air mata terakhir aku..tdk akan ada lagi air mata utk itu utk kali seterusnya..hanya Allah Yang Maha Mengetahui segalanya tentang hati dan perasaan aku..

pesan abah tadi:"adik, Allah lebih tahu ape yang Dia nak bagi pada kita..klu kta xdapat sesuatu yang kta nak jgn kta kecewa..hakikatnya ada hikmah disebalik semua itu..adik, kna doa supaya Allah bagi yang terbaik.."
itulah abah dan mak..yang sentiasa ada u setiap anak2nya..xthu mcm mana nak lafazkan perasaan syukur ini krn Allah memberikan ibubapa yang terbaik u aku..mungkin bukan rezeki org lain u dapat ibubapa sebaik abah dan mak..dan aku bersyukur...ya Allah beri aku kesempatan u berbakti pada mak dan abah..

banyak benda yang borak2 dgn mak dan abah..kekuatan yang dibina u cakap dgn mak abah akhirnya tumpah bersama air mata..u pertama kalinya aku berterus terang...tapi xpelu terus terang yang susah krn Allah bagi mak dan abah yang sgt memahami..so apa lagi yang kurang pada aku dgn kasih sayang mereka..?? ya Allah..doa aku saban hari dan waktu "kasihani mak abah aku spt mana mereka mengasihani aku semasa kecil aminn ya Rabb.."
dalam borak2 lewat malam itu..terimbau nostalgia lama..abah membuka cerita..betapa khdpn abah dan mak tdk semewah mana spt ibubapa zaman sekarang..kerja hebat-hebat..tapi aku nampak jelas perkahwinan mak dan abah ada matlamatnya..walaupun abah dan mak bukan dari didikan sek agama...tapi sejak dari along,aku,anas dan ain semuanya diberikan didikan agama yang cukup dari kecil..kadang tak dpt aku bayangkan andai mak dan abah tdk menghantar kami ke sek agama apa akan jadi dgn masa depan kami..????...andai nak ucap terima kasih itu tak terucap dgn lafaz..malah pengharagaan itu tdk lagi boleh dibuat dgn kalimah krn tak terbilang penghargaan u mak dan abah tersayang...terima kasih mak abah..adik syggggg mak abah..

sempena sambutan tahun ke 25 penubuhan pusat pendidikan al-Islah..abah mengimbau kenangan manis..10thn lbh abah ulang alik dari sg petani ke p.buntar..demi u semua anak2 mendapat pendidikan agama yang cukup...tak cukup dgn kepenatan ulang alik..di tambah pulak dgn kos pendidikan sek swasta yang sgt2 mahal..masyaAllah..sungguh besar pengorbanan mak abah dlm memberikan pendidikan agama u kami..
abah kata:"dulu p.ngah tak stuju u abah hantar anak2 sek agama n pindah umah ke sg petani sbb mungkin jauh dari fmly..tp abah mak kuatkan smgt sbb abah mak thu matlamat apa yang abah dan mak nak pada anak2...abah mak tak ajar kemewahan pada anak2 tp ckup dgn khdpn yang anak u memberi kemudahan yang sewajarnya u anak2.."
mak kata: "mak abah ni baju pun tukar 5thn skali smata2 nak bagi anak2 sek agama..jual macam2 u nak bagi anak2 dpt pendidikan agama..Alhamdulillah...bila kata berniat u menuju pada Allah.pasti Allah akan bagi.."

ia membuka mata hatiku melihat sgalanya berlaku dgn hikmah..jadi cukuplah itu air mata aku yang terakhir u itu..tdk akan aku sia-siakan lagi air mata u itu sedangkan aku ada Allah..aku ada mak..aku ada abah..24thn hidup dgn mak dan abah...jadi mereka lebih berhak utk aku kasihi dari yang lain..
"Ya Allah kurniakan aku ketabahan..singkapkan ku segala hikmah...seandainya diri ini adalah insan yang terpilih u menerima ujian ini..pimpinlah diriku agar landasan perjalanan aku betul..agar aku menjadi wanita yang tabah dan sabar dgn setiap takdir dan ujian dari MU..aku mohon agar masih ada yang terbaik u aku dapat didunia ini..inilah fitrah khdpn..syukur dgn ujian ini..krn ia membuatkan aku kembali pada Allahh.."

^_^

Saturday, March 31, 2012

~SETIAP KALI~

"Sesungguhnya HATI setiap manusia itu menjadi rebutan antara Malaikat dan Syaitan..terpulanglah kepada manusia untuk memilih PEMENANGNYA"

Setiap kali mendapat nikmat
jarang ku sedari itu pemberianMU
terkadang rasa itu kerana
segala usaha dan penat lelahku sahaja
setiap kali ditimpa musibah
ku mengeluh risau bertambah gelisah
hingga terlupa padaMU Allah
tempat kembali segala masalah

oh Tuhan Yang Maha Penyayang
leraikanlah aku dari keluh kesah
yang membelenggu jiwa dan fikiran
ditambah dengan hasutan syaitan
kurniakanlah kepadaku ketabahan
singkapkanku hikmah segala ketentuan
moga sinarMU berikanku pedoman
hanya padaMU segala ketetapan

~Don't Worry. We HAve Allah On Our Side!~ ^_^

Wednesday, March 28, 2012

sebarkan CintaMU..

-KISAH WANITA YANG TIDAK MAHU BERKAHWIN TIDAK DILABEL NABI SEBAGAI MENOLAKNYA SUNNAHNYA-

Direkodkan oleh Abu Sa'id al-khudri r.a katanya
"seorang lelaki datang mengadu kpd Rasulullah kerana anak gadisnya tdk mahu berkahwin". Nabi berkata kpd gadis yang dimaksudkan itu."ikutlah kata ayahmu itu."

Jawab gadis itu "saya tidak akan berkahwin sehingga Rasulullah menyatakan apa tanggungjawab saya sbgai isteri"

Baginda bersabda: "jika suamimu berkudis, lalu engkau rawat kudisnya dengan mulutmu, maka perbuatan itu tidak wajar dianggap sebagai keterlaluan."
jawab gadis itu "demi Allah andai seberat itulah tugas seorang isteri, aku tidak akan berkahwin sampai bila-bila" sabda Nabi kpd bapanya "jangan kamu paksa dia berkahwin, biarlah dia membuat keputusan sendiri"

Daripada kisah ini, dapat kita mengutip hikmah bagaimana Rasulullah SAW meraikan suara seorang wanita. wanita itu lebih tahu kemampuan dirinya sendiri bagi tidak memikul tugas berat seorang isteri. sekirangya dia yakin dia tidak mampu, maka seorang ayah tidak dibenarkan memaksanya untuk berkahwin. adakah perbuuatan ini dikira menolak sunnah Nabi??
TIDAK!! Rasulullah tidak melabelkannya begitu. dia tetap menerima sistem perkahwinan ke atas orang lain, tetapi menolak perkahwinan berlaku ke atas dirinya sendiri kerana sesuatu sebab, itu adalah haknya.
Sebenarnya apa yang dikatakan oleh Rasulullah SAW berkenaan tugas isteri, itulah juga yang dimaksudkan kepada lelaki terhadap isterinya. sekiranya ada suami yang berasa jijik merawat kudis-kudis isterinya atau menganggap isteri hanya pada waktu sihat sahaja, maka lebih baik bagi lelaki ini puasa sahaja, sesuai dengan nasihat Rasulullah SAW yang bermaksud, "sesiapa yang tidak mampu berkahwin, hendaklah dia berpuasa, kerana puasa menjadi pengikat nafsunya" (Muttafaq alaih)


sebuah NOVEL TAUHID-Fatimah Syarha

Sunday, March 25, 2012

MELAKAR PELANGI...NUR ONE ^_^

senja kian pantas berlabuh
selubungi malam-malam gelapku
daku mengintai peluang kali kedua
masih adakah sinar cahaya kasih..

ku percaya diri ini masih lagi bernilai
dimataMU oh Tuhanku
tak sanggup utkku mengadapMU Kau yang satu
rasa hina diri ini yang terus terleka

kan ku terus berlari mencari erti cintaMU
genggam seribu impian cita dan harapan
kan ku ukir senyuman diwajah duka sepiku
tempuh hari mendatang bak warna-warna pelangi

ya Allah Tuhanku Yang Satu
Arhamarrahimin segala nikmatMU
ya Allah tak pernah aku bersyukur
dan aku memohon ampunan dariMU Tuhan..

Wednesday, March 7, 2012

SiNgGaHnya hanya seBenTar Cuma.. tp utk mengHiLangkannya mengambil MASA yang sgt panjang..T_T

sebentarr...


***to be continue ^_^

perjalanan yang damai..tenang..bahagia..amann..
itulah khdpn..stiap insan mengharapkan khdpn sbegitu..tenang dan damai...bersinar dgn chaya matahariMU..dlm perjalanan menempuh ketenangan itu tb2 hadir tangisan..kekeliruan..keserabutan...kebencian..krn dlm chaya matahariMU bersinar dia juga makhluk..dia perlu berehat..dan Engkau rehatkan chayanya u smentara waktu...dia pergi menyorokk..sembunyii u sketika..dan saat itu..hadir..hujan..guruh..dan kilat berdentum..dentamm..itulah khdpn..

khdpn sehariann..andai cerah spnjng masa kta pasti lupa dgn rahmat dan ujian Tuhan..dtgnya guruh dan kilat u mengegarkan jiwa dan hati kta..bhawa ada kuasa yang lebih besar drpd kta..kuasa yang berupaya u mentadbir bumi ini...itulah Allahh..

jd..itulah khdpn..

kita mengharap panas sampai ke petang..tp hujan di tengahhari..saat hujan itu hadir membuatkan kta goyah..kta lemah..kta tandus dgn ksh sygg..
mengapa begitu..??
sedangkan hujan itu rahmat dari Allahh..

dan itulah yang aku rasakan saat ini..saat aku mengharapkan chaya matahariMU bersinar megah hingga ke petang..tp harapan hanya tinggal harapan..yang pasti Engkau akan hadirkan hujan utk mengerakkan jiwa dan hatiku tentang rahmatMU...dan teguran langsung dariMU..agar aku sedar bhw hakikat khdpn ini hanya sementara..malah pergantungan dgn Tuhan itu adlh selamanyaaa..


****to be continue..^_^

sampai jua masa u mencoret sesuatu...bukan u meraih simpati tp sbgai penguat dijiwa kala bersendirian dr kalangan manusia..

saat air mata mengalir penuh kehibaan...dada terasa sgt sempit dan lelah..mata berat dan membengkak dan smakin sakit pabila usha u mengeluarkan airnya..

tapi hakikatnya air mata itu terapi u mata sbnrnya..krn air mata jg adlh penguat u kta..bukan hanya meraih simpati smata2..org tak lalui dia takkan rasa kesan slps air mata itu keluar...tenang dan damai..ya itu yang aku rasakan..^_^

saat dadaku sempit memikirkan perkara y belum terjadi..sesak ku raskan dada ini...apa y kurasakan aku ingin pergi jauhhh..jauh dari mana2 manusia..biar hidupku sendirian..tp adkh aku mampu..??..sdgkan dlm konteks dakwah dan tarbiyyah bila kta bersendirian kta pasti gugur dan futur...itulah y menakutkan hamba spt aku..futur dr medan dakwah..nauzubillah..aku perlu kuat u terus..krn matahari akan muncul bila3 masa shja..munculnya matahari akan membawa sinar baru u aku..ya matahari dan pelangi y hadir slps hujan...hmmmm lama rasenya tak tgk pelangi ^_^

ya Allah..
saat hati ini kembali bergantung harap padaMU..aku seakan-akan merasakan kedamaian yang aku cari selama ini..
saat hati ini kembali sujud padaMU..aku seakan-akan merasakan hidup ini indah tanpa ada ujian..
saat hati ini kembali mencintaiMU..aku seakan-akan merasakan bahawa akulah makhluk Allah yang diberi sepnuhnya hidayahMU..

aku tenang..aku damai..slps sgalanya aku luah hanya padaMU..
betullah dgn janjiMU..saat mengingatiMU pasti akan tenang..saat bergnatung harap padaMU pasti akan damai..saat berbisik hanya padaMU pasti akan kuat..

kerana..
Engkau beri apa yang aku minta..
Engkau beri aku rezeki saat aku mohon rezeki..
Engkau beri aku ruang dan peluang u kembali memohon keampunan
dan Engaku telah beri sgalanya di saat aku minta dan aku telah dpt sagalanya drpd apa y aku minta..sbb Allah lebih thu apa yang terbaik u aku sbgai hambaNYA..

tapi disaat aku mohon agar sgalanya berubah..
saat itu blum berlaku..dan aku juga tdk thu adakah saat itu akan blaku..
sgalanya dlm pengetahuanMU Allah..

krn Engkau lah Yang MAha HEbat dan BErkuasa atas sgala sesuatu ke atas hambaMU..
stu y ku mohon..
agar kedamaian yang aku rasakaan saat ini..dpt aku simpan shinggalah berlakunya takdir yang Engkau rencana kan...krn aku takut..aku takut gugur skali lagi u berhadpan dgn ujian dariMU..tapi Engkau mengetahui bhwa aku hamba yang kuat sbb itu ujian ini hadir u aku..

dariMU ia datang..dan kpdMU jua ia akan kembali..

redhalah hambaMU yang kerdil lagi hina ini ya Allahh..

dan hikmah dr stiap kjadian y Engkau aturkan aku nmpk dgn sgt jelass..
Engkau membuat aku pulang pd jalan sbenar..dan kini sgala pengharapan aku..sgala pergantungan aku hanya pdaMU ya Allah..
manusia xkan dpt bg ape y aku mahukan..trma ksh Allah krn beri ujian ini utk aku kembali mencintai dan merasa dekat dgnMU Allah ^_^
mg damai di hati ini kekal slamanya..


aminn ^_^

Sunday, March 4, 2012

ingin ku cari ketenangan dan kedamaian di sana ^_^

assalammualaikumm..

tiba-tiba rasa rindu..rindu yang amat-amat sgt rindu..
rindu utk pergi menjejakkan kaki di rumahMU ya Allah..rindunya aku pada kaabah..rindunya aku pada tanah suci itu..bila agaknya rezeki itu akan dtg bergolekk..

ingin sekali aku mencari ketenangan dan kedamaian di sana ya Allah..aku ingin berasa berada dekat dgn MU ya Allah..rahmatilah permintaan aku ini..makbulkan doa aku..alangkah bagusnya esok bgun je dari tidorr dpt tawran menjejakkan kaki ke rumahMU...aduuuuu...terasa bhagia dan damai sekali berada di sana...walau tak pernah menjejakkan kaki tp perasaan tu sgt2 berbaur utk hadir di rumah suciMu ya Allah..rinduuunyaaaa...

ingin sekali aku mencari ketenangan dan kedamaaiiannn di sana...andai esok berada di sana ingin aku memohon dan merayu agar selamanya aku dpt berada di sana..
akan aku doakan utk kebahgaiaan ibubapa yang aku syg..mg Allah sentiasa rahmati mak dan abah..akan aku doakan agar Allah ampunkan adik beradikku..agar Allah limpahkan rahmat dlm khdpn mereka..akan aku doakan utk org2 yang aku syg...dan seluruh umat Islam didunia ini agar diampunkan dosa dan diselamatkan dari fitnah dajjal!!..

hmmmm inilah angan-angan..angan-angan yang belum tertunai..bila agaknya boleh tertunai angan2 ini..huhuhu..ada ke org2 kaya y nak tlg realitikan angan-angan ni..huhu..moga Allah rahmati kalian..^_^

andai berada di sana esok..aku lah org paling bhgia diduniaa...walau penuh dgn keserabutan pasti hilang pabila berada di rumah suciMU Allah..xdpt pergi haji pergi umrah pun dah bsyukurr...huhu..Allah murahkan rezeki aku utk sampai ke rumah suciMu Allah.....^_^

amin..atas RESTU ALLAH..aku ingin milikimu..agar kau menjadi yang terakhir buatku..
atas RESTU ALLAH akan sampai jua masa dan saat itu utk aku berada di rumah suciMU Allah ^_^

Friday, March 2, 2012

andai MASA boleh diundur..andai TAKDIR boLeh di ubaH..

jika masa lampau itu mampu utk aku undur..pasti akan aku undur..agar bisa aku pilih yang terbaik..

jika masa lampau itu mampu utk aku undur..pasti akan aku undur..agar bisa aku pergi jauh dari mereka..

jika masa lampau itu mampu utk aku undur..pasti akan aku undur..agar bisa aku membuat pilihan..

jika takdir itu mampu aku ubah..pasti telah lama aku ubah mengikut kemahuan ku..

jika takdir itu mampu aku ubah..pasti telah lama aku ubah mengikut kehendak ku..

andai aku tahu begini penghujungnya pasti aku tdk berusaha utk memberi yang terbaik..

tapi sehingga kini aku tak thu bagaimana pengakhiran ini..aku hanya thu pengakhiran ini hanya dgn perancangan manusia..perancangan manusia yang masih boleh diubah oleh MU ya Allah Yang MAha BErkuasa.

andai baik utk aku..ubahLah takdir itu supaya dpt aku merasa bhagia hidup di dunia dan akhirt sana..

andai buruk utk aku..beriLah aku kekuatan utk menghadapi masa seLepas itu agar aku diLihat tabah menghadapi ujian walau hakikatnya Engkau MAha Mengetahui stiap yang aku rasakan..

hanya padaMU Allah aku berserah sgala harapan..lembuTkan hati-hati insan yang aku sayang..mg TAKDIR MU mampu berubah 1 saat nanti..
hanya sekudus DOA ku titipkan utk Allah sbagai penguat hatiku yang kadang resah gelisah menanti saat aku harus berhadapan dgn kenyataan khdpnMU..

aku yakin ini rencanaMU ya Allah..rencana supaya aku tabah dgn ujian khdpn ini..
bantulah aku..rehatkan hati ku dgn kedamaian dari MU

aminn ya Rabb

^_^

Wednesday, February 29, 2012

AngaN-angAN @ reaLiti kehidupan..??

Kabar berita yang kta trima kadang2 membuatkan kta sedih..kecewa..hilang tempat bergantung..gelapnya dunia ni..tp ada jga kabar berita yang membuatkan kta rasa bahagia...senyum..tenang..bahagia...indah dan sgalanya..
kta mengimpikan satu benda yang sgt indah..yang sgt baik..tp kdg2 benda yang kta impikan tu hnya perkara dunia..kta lupa y kta ada khdpn kedua slps kematian..kematian yang dtg tanpa diduga..dtg tanpa memberi signal kiri atau kanan..thu2 dia dah pergi buat slamanya bertemu dgn Tuhan Yang Maha Esa..itulah hakikat khdpn yang Allah aturkan..kematian dtg xdijemput...pergi juga tak perlu dihalau..jadi selagi hidup..selagi seorang hamba itu bernyawa..sembahlah Allah..sujudlah menyembah Tuhan yang paling Agong..mohonlah ape sje yang kta perlukan..

Dalam kehidupan kta perlukan angan-angan..krn angan-angan itu membuatkan kta merancang khdpn..bla khdpn ada perancangan pasti khdpn itu akan teratur bukan..??..cuma kta terlupa sesuatu..angan-angan yang kta impikan kan itu kdg2 bukan yang terbaik utk kta..bukan yang layak utk kta samada di dunia atau di akhrat..dan angan-angan yang tdk disusuli dgn doa dan tawakal mungkin bukan milik kta..krn akhir penentunya angan-angan itu adlh kehendak Allah..bila Allah kata Kun Fa YA Kun..pasti angan-angan itu jadi realiti..tp ingatlah stiap yang kita angan-angan itu biarlah angankan khdpn yang baik..yang terbaikk...yang soleh...krn khdpn dunia hayatnya hanya smentara..hakikat yang selamanya adlh di akhirat..

Hari selasa yang lepas..
ajar anak-anak murid tajuk Hari Qiamat..pelajar tnya ustzh..hr qiamat tu bla berlaku..ustzh jwb..ntah lah..ustzh pun tak thu..tapi yang kamu kna thu adlh hari qiamat tu pasti berlaku..ini kata Allah bukan kata ustzh..jadi kmu kna yakin...pljr tanya lagi..ustzh..dlm Syurga nanti ape y kta mnta sume blh dpt ke??..ustzh jwb ya..kmu minta la ape sje yang kamu nak..pasti Allah bg...dlm Syurga nanti sumenya indah2 blaka...kmu xkan buat jahat..kmu akan makan ape sje y kmu nakk...murid2 senyapp..nampak teruja n berfikir..lepas tu ada sorang murid kata..sya nak masuk Syurga...ustzh jawab ya..kmu boleh masuk Syurga klu kmu buat baik..jd moralnya...budak2 darjah 3 pun berangan-angankan utk masuk Syurga..utk makan y sedap2..wlaupun diorang bru drjah 3 tp diroag thu Syurga tu tmpt baik dan Neraka tu tmpt jahat...mg kta sama2 masuk Syurga ya syg ^_^

Hari ni kta angan-angan nak kawin...kta nak letakkan mahar banyak ni..sekian demi sekian..kta nak mjlis cmni dan cmni..tp hakikat angan-angan2 kta yang takdirkan Allah..hari ni kta boleh kata mungkin kta xdak jodoh dgn si A..krn hati kta ada pd si B..tp hakikat pemilik hati itu adlh Allah..sume org nak kan sesuatu yang baik..krn yang baik itu pasti menyenangkan dan membahgaiakan khdpn kta..membuatkan kta tersenyum..xdk pun yang angankan sesuatu yang jahat..tp dlm kta mencipta angan-angan..pasti ada perkara yang melukakan dan menyedihkan..sbb itu lah rencah dlm khdpn..andai manis blaka kta takkan dpt merasaai penderitaan org lain..wpun penderitaan stiap org tak sama..tp sekurang2nya kta jg pernah merasa berada di bawah..bru lah kta sedar langit itu tinggi atau rendah bukan...??

Dalam kita mencari khdpn..ingatlah Allah penentu khdpn itu..dlm kta mencari bhgia ingtalah Allah pemilik bhgia itu..dlm kta memandang ke atas ingatlah satu hari kta pasti di bawah..sgala y berlku itulah yang di aturkan..tapi Allah tak pernah mintak kta give up dgn khdpn..Allah jg xske hambaNya yang cepat putus asa..tp Allah suruh kta berdoa..sesuatu takdir yang buruk itu pasti boleh brubah dgn DOA..doa masih boleh mengubah takdir Allah itu..berDOA lah pasti Allah akan makbulkan...pemilik hati insan adlh Allah bukan manusia...pemilik khdpn insan adlh Allah bukan manusia..

Redha..pasti akan memberi ketenangan..
bila ada RESTU ALLAH pasti apa yang kta angan-angankan akan berlaku..^_^

Wallahu'alam...sya hanya mampu mengharap Redha Allah..Restu Allah..di setiap perkara yang sy angankan..hanya usaha dengan DOA yang sya ada utk sy dpt apa yang sya angankan...krn KUASA DOA itu akan terbukti stu hari nanti..ya Allah..Redha dan Restulah hambaMU yang kerdil dan hina ini..amin ya Rabb ^_^


DARI SUJUD KE SUJUD..
Bagaimana ku jelaskan Cinta
kerana itu xdpt dijabarkan
sesuatu yang indah terlahir dari rasa
Dan rasa itu karunia Ilahi
Dari sujud ke sujud

Bagaimana ku jelaskan Cinta
bila malu selalu melandaku
Semua rasa itu malu rasa bahagia
takut dan cemburu pun karunia Ilahi
Dari Sujud ke sujud

sejuta doa ku lantunkan utk Cinta
Dalam hati anak-anak hablumminannas
dari sujud ke sujud
ku tasbihkan hanya utk Cinta
Subhanallah Cinta kta terus bertasbih

Monday, February 27, 2012

InDaHNya biLA Diri MAmpu MEreDhai ^_^

indahnya rasa meredhai itu ya Allah..dalam kalamMU meminta supaya manusia itu bertawakal dan meredhai..di saat hatiku mula boleh meredhai..rasa sangt bhagia..hilang sgala keserabutan...ketenangan dtg menerjah bertubi-tubi..

indahnya rasa meredhai itu ya Allah..redha itu seiring dgn tawakal..bahgianya rasa di hati bila sgalanya bergantung harap hanya padaMU..kebhgiaan ya Engkau beri tak lama sifatnya..dtg pula kesulitan menerjah..

indahnya rasa meredhai itu ya Allah..kesulitan yang Engkau susurkan juga xlama..dtg pula kebahgiaan yang di minta..itulah hakikat khdpn..bhgia dan derita dtg silih berganti..

indahnya rasa meredhai itu ya Allah..dalam meredhai masih ada segunung harapan dan impian..masih juga mengharap pada takdir yang baik satu hari nanti..bahgianya bila bertawakal dan hanya memohon pada Allah Tuhan YAng Maha TAhu ^_^

indahnya rasa meredhai itu ya Allah..tAkdir Allah bleh berubah bila2 masa..kuasa DoA itu pasti akan terbukti satu hari nanti..bila hanya kta mengharap dan bergantung sepenuh harapan padaNYA..

indahnya rasa meredhai itu ya Allah..terasa mudah dan tenang menjalani kehidupan sharian..rasa bhgia di mana-mana..hakikat khdpn insan hanya Allah yang tahu..

ya Allah..dalam redha ini..
ya Allah..dalam tawakal ini..
ya Allah..dalam hati ini..
aku masih mengharap sinar bhgia
ampunkan dosa silam aku..
luruskan jalan hdpku menuju jalan SyurgaMU
lembutkanlah hati-hati insan yang ku sayang..
agar kuasa DoA itu terbukti 1 hari nanti
krn Engkau menjanjikan yang terbaik utk hambaMu

dalam rintik-rintik hujan yang turun..bawalah suara hatiku pada Tuhan semesta alam..moga suara hatiku didengari jelas dan dimakbulkan dan menjadi yang terbaik buatku di dunia dan akhirat sana..

terima kasih ya Allah..dgn sifat redha dan tawakal yang Kau hadirkan dijiwa ini..^_^

Saturday, February 25, 2012

MuHASabaH CINTAku..

"WaHAI PemiLIk NYawaku
Betapa Lemah diriku ini
berat UjiAn DariMU
ku pasraHkan Semua padaMu

Tuhan BAru Ku saDar
InDah Nikmat Sehari itu
Tak PAndaI Aku Bersyukur
KiNI ku HArapkan CintaMU

KAta-kata CinTA terucap Indah
Mangalir berzikir Di Kidung Doaku
Sakit yanG Ku rasaKAn biAr jadi Penawar dosaku
Butir-butir CinTa air mataKu
tErinGAt Semua yang KAu BErikan untukku
Ampuni KHilAf Dan Salah Selama ini
YA ILahi MUHASABAH CINTAKU..

TUahn KUatkan AKu
LinDUngi Dari PutuS Asa
JIKa Ku HAruS MAti
PErteMukan Aku denganMU"

Alhamdulillah..

Rezeki melimpah ruah..
dlm hati yang kadang2 jauh dr Allah..
Rezeki tetap ada..
dlm hati yang kadang2 lupa utk berzikir pada Allah..
Allah tetap memberi rezeki..
bru sbentar tadi dpt pangilan telefon dr muallimah yang sgt disayangi..
ade keje kosong di Al-Islah Sungai Petani..
hmmm rasa mcm nak sgt2 trima..
stakat ni belum berpeluang lagi utk berkhidmat pada sekolah sendiri..
tapi apa kan daya..xsmua yang kta nak tu blh dpt kan..tapi klu ada peluang insyaAllah ;)

Redha!!

sukarnye manusia meluah redha!
sukarnye manusia utk nampak redha!
Allahuakhbar!!!!...
hakikat pemilik hati itu hanya Allah..
Allah jua yang mengetahui sjauh mne hambaNYA mampu utk meredhai..

sye insan biasa..
insan yang bergantung harapan hanya pada Allah..
kadang2 liku kehidupan yang perlu sye tempuh mampu mengugat keredhaan sye slama ni..
bukan sye xmampu utk redha dgn perjalanan hidup ini..
tapi krn sye hanya insan yang lemah..
dan sye jg xmampu utk menghukum..
dan sye jg xmampu utk tdk meredhai..
dan sye jg xmampu utk menyalahkan takdir..
hanye krn sye insan biase yang berjalan di bumi ini dibawah naungan Allah..

krn syg..sye xmampu utk membenci..
krn syg..sye xmampu utk menghina..
krn syg..sye xmampu utk mengungkit..
krn syg..sye xmampu utk melepaskan..
krn syg..sye xmampu utk membiarkan..
krn syg..sye harus meredhai..

YA!..
sye harus meredhai..
walau sakit yg terpaksa sye tempuh..
sye harus meredhai..
walau derita yg terpaksa sye lalui..
sye harus meredhai..
walau kehilangan yg terpaksa sye terima..
sye harus meredhai..

semuanya adlh krn perasaan syg sye..dan sye bergantung spenuhnya hanya pada Allah.
stakat mane pun sye cakap sye xmampu..tapi hakikatnye Allah thu yng sye mampu..jd spe sye utk mengatakan tdk..spt mne sye percye dgn rezeki sye spt itulah malah sye yakin dgn kehidupan sye yang seterusnye..
wallahu'alam

dari filem DALAM MIHRAB CINTA ;)

"Mengharungi samudera mahligai nan suci
penuh gelombang silih berganti
semua adalah ujian penguat cinta
bila hati bicara
terkadang xpelu terucap kata-kata
untuk selami dalamnya hatimu
susah senangmu jadi bagian hidupku
kerna hati bicara
kata menjelmakanmu kisah berjuta cerita
hadirmu dihidupkan memberikan berjuta makna
karunia Ilahi mempersatukan 2 hati
ku rasa yang kau rasa kerna hati bicara"

Friday, February 24, 2012

salam februari 2012

5 bulan telah berlalu..dah semakin usang blog ni di tinggalkan..layaklah die hnye laman sesawang..;)...
setahun telah berlalu..hakikatnye telah bertahun2 berlalu..dan hari demi hari telah berlalu pergi..tdk sesaat pun ada masa y tertinggal utk menemani..bgtu je dgn sekeping hati manusia..stiap y berlaku mampu mengubah hati manusia..krn pemilik hati itu hanyalah Allah..sebagaimana kta mengatakan tdk..selayaknya kta tdk blh mengatakan tdk..krn hidup manusia di bawah percaturan Allah..
kini usia juga semakin hari semakin berganjak..tdk berpeluang u kembali menjadi bayi y suci..knp Allah takdirkan kta hidup shingga kini..krn kta manusia yang hebat yang mampu menempuh takdir/ujian hidup yang telah Allah programkan..
2012 bermakna usia hampir menjangkau pada angka 24thn..
fizikalnya msh sama..tiada y brubah..anggota bdn masih ckup sfatnya tiada yng hilang..yang mampu u berubah hanya hati..ya kehendak hati y telah berubah..siapa yang mengubah?..hakikatnya allah yang mengubah..takdir dan perjalanan hambanya telah di aturkan..kta sbgai manusia hanya menolak atau menerima sesuatu hanya berdasarkan hati dan fikiran kta..mungkin saat ini kta merasakan keputusan kta dlm sesuatu perkara itu adlh sgt baik..krn kta xmampu u pk ape y akan berlaku sesaat kemudian..kta merancang sgala bagai..kta memohon dan berdoa sgala bagai..kta berusaha sgala bagai..tp hakikatnya berlakunya sesuatu perkara itu adlh krn atas restu Allah..bila mana Allah merestui pasti ia akan berlku..manusia bukan Tuhan utk menentukan sesuatu itu bahagia atau derita..kta punya hati..dan setakat ini kta hanya mampu bicara atas dasar rasa hati kta sje..ape y kta rsa setakat ini..itulah y kta luahkan..krn yang melangsungkan perkara itu adlh kehendak Allah..jadi knp perlu rse kecewa??..
krn kta jg punya hati dan hati kta bersifat mcm2..krn kta hanya makhluk yang lemah..tapi telah Allah bicarakan..stiap y hambaNYA lalui itu bermakna hambaNYA itu adlh sgt kuat..tp kta merasakan tdk...percayelah Allah lebih thu perjalanan hdup kta..tp xbermakna Allah mntak kta mengikut tanpa berusaha atau berdoa..hakikatnya takdir Allah itu msh boleh diubah dgn DOA..Allah juga telah menjanjikan yang terbaik u hambaNYA..bilamana seorang hamba berdoa pasti DIA akan kabulkan tp tdk pula Allah letakkan masa dan tarikhnya..krn kerja Allah itu kta xmampu fikir..kta hanya mampu fikir apa y kta nampak sje...tapi Allah dah pesan kta perlu berusaha utk mendapatkan ape y kta nak..jd usahalah slbhnye kerja Allah..lemah dan putus asa itu sbhagian sifat manusia..tp Allah xbg kta terus-terusan merase lemah dan putus asa...krn Allah ada di mana2..dan DIA melihat stiap yang kta lakukan dan DIA mendengar stiap yang kta bicarakan..yakin itu perlu..tp jgn terlalu yakin krn keyakinan itu ditentukan oleh Allah dgn usha kta..Allah dah janji yang terbaik u hambaNYA..Allah tak bagi y kta mintak mungkin sbb kesalahan dan dosa kta..tp Allah gantikan kta dgn sesuatu y lebih layak u kta..jd moralnya jgn kta putus harapan pd Allah..tapi usahalah dgn doa..kta ada doa..dan doa kta dr hati yang ikhlas pasti Allah kabulkan..jgn bersangka buruk pd Khaliq..krn DIA Yang MAha Hebat dan DIA Yang MAha Kuasa dlm menjadikan sesuatu..KUN FA YAKUN..atas RESTU ALLAH pastikan akan berlaku ;)