Wednesday, April 24, 2013

membuka tirai lewat 2013..



buntu..Allah lebih berhak!!hidup sbgai hamba tak lekang dgn ujian.ujian y dtg mematangkan dri.fikir dgn positif iA hikmah Allah di mna2..Tuhan yang jadikan alam Dia juga yang jadikan lalang yg kadang2 menganggu persekitaran kwsn umah kta..semalam dosa berlaku..pelaku dosa trus allah izinkan hidup..krn dirinya masih bguna pd insan lain walau die pendosa tegar!dlm keperitan mencari khdpn.gagal jatuh menyembah bumi.

wahai manusia penzalim!..kmu mmg zalim!menzalimi manusia tdk bsalah!menghakimi tanpa bicara.kamu siapa??Tuhan?? Nabi?? Malaikat??pembalasan pasti akn blaku!..ingt dunia ini tdk selamanya bnyawa.dan kamu tdk slamanya merasa bhagia dgn dunia penuh pancaroba.

wahai manusia y di zalimi!kmu ada Allah di sisi!kmu ada doa sbgai senjata.ingat pesan dari ku...

      "kupu2 tdk pernah tahu warna sayapnya tp org thu btapa indahnya ia..ia spt dirimu,kmu tdk thu btapa indahnya drimu,tp Allah paling thu btapa istimewanya drimu di mataNYA ketika engkau TAAT dan PATUH pd suruhaNya.ikhlas dgn semua y engkau alami..tersenyum tka saat sukar,tegar dlm ujian dan tetap teguh dlm iman y dimiliki.smgo engkau insan terpilih dan terindah di hadapan Allah"..

Tuesday, October 9, 2012

DaLam PerJaLaNan MenCari RedhaNYA

9.10.2012 (9.10.1988)
sedetik demi sedetik..aku melangkah..dan terus melangkah..dalam usia genap 24 Tahun.
setiap manusia diduga mengikut kemampuan masing2..
setelah hidup selama 24tahun..pelbagai perasaan..pelbagai pengalaman telah dilalui..
ada suka..ada duka..ada bahagia..ada derita.
dan setiap ujian itu berbeda mengikut manusia sendiri.

setelah bahagia Allah kurniakan derita..
setelah Allah turunkan hujan Allah jadikan pelangi..
dan pelangi itu yang sentiasa dinantikan..

bukan semua manusia Allah jadikan derita/miskin
bukan juga semua manusia Allah jadikan bahagia/kaya.
kerana kehidupan ini berubah mengikut zaman..
kerana manusia itu juga berubah..
adakalanya dari baik berubah menjadi jahat
dari jahat berubah menjadi baik..

yang diatas akan Allah uji berada dibawah..
yang dibawah akan Allah uji berada diatas..

jadi..setelah 24tahun..
macam2 dah jadi..macam2 dah berlaku..KERANA..

aku manusia BIASA..
yang tak mampu mempertahankan diri menjadi baik SERATUS PERATUS
TAPI aku juga manusia BIASA yang sentiasa diberi peluang untuk menjadi yang TERBAIK walau bukan dipandangan mata manusia tapi cukup disisi ALLAH aku mampu menjadi TERBAIK ^^

terima kasih ALLAH dengan nikmat usia yang diberikan selama ini..
rahmati kehidupan aku dunia akhirat..
ampunkan dosa aku selama ini..
beri aku peluang merebut nikmat SYURGA yang ALLAH janjikan
pada aku manusia BIASA ^^

pada hari ini..
aku berazam membawa mak dan abah ke suatu tempat sebagai penghargaan atas pengorbanan mereka selama ini..makbulkan ya Allah..aminn ^^ 

Wednesday, August 22, 2012

kenangan lalu..

2006-2009...di suatu tempat...

malam nie hujan lebat kat luar..
hati pun mcm hujan jg..
rindu pada..
pada 1 nama y sntiasa bersama.
 salah ke kta berukhhuwah dan slh ke kta memutus ukhuwwah T_T
bla kta amik berat akhirnya di slh erti..
dlu kta slalu jd tempat u die mntk tlg..tp bla jd sesuatu pd die..die merasakan kta kongkong hdup die..
mungkin die betul dan kta salah..

"awak, moga awk hdup bhagia dgn kwn2 awk..sy dh lepaskan awk pergi jauh dr hdup sy..so awk dh bhgia n awk xkan terkongkong lg dgn sy..awk bebas u bkwn dgn spe2 pun..dn y penting sy xkan jtuhkan maruah awk lg..awk ramai kwn n ramai y nak kwn dgn awk..so awk blh pegi pd diorg..sy???..awk jgn kisah sbb sy bkn shbt or kwn or teman tbaik u awk..mg Allah sntiasa slmtkan awk.."

Monday, August 13, 2012

Dalam PENANTIAN itu..ada KEIMANAN y JITU ^^

Salam LailatulQadar..
malam 25 Ramadhan ^^

Menanti itu bukanlah satu penyiksaan..
Menanti itu juga bukan satu beban..
Jika kita menantinya dengan ikhlas..
...


Sesungguhnya ALLAH sengaja menguji kita dengan melambatkan sesuatu yang kita dambakan..

Sebenarnya ALLAH telah mengatur sesuatu yang lebih baik untuk kita yang sedang menanti..

Menantilah dengan penuh kesabaran..
Menantilah dengan penuh keimanan..

Kerana InsyaAllah ,

Akhir dari penantian itu adalah kebahagiaan..
Jangan pernah berhenti berdo’a dan meminta..
kerana ALLAH lah yang Maha Memberi..
Tetaplah menanti dengan sabar jawaban_NYA..
Kerana janji ALLAH itu BENAR ..YAKINLAH..

aku yang mendamba CINTA dari REDHAMU ^^

Friday, July 20, 2012

dlm RAMADHAN-MU ya RABB ^^

BILA INI SUJUD TERAKHIRKU,,

Ya Allah..
Dalam sujud terakhirku,
Kuteriakkan asma'Mu sekeras-kerasnya,
...
Agar runtuh dinding kesombongan dalam hatiku,biar tenggelam segala kejahilanku..

Ya Rabbi..
Dalam sujud terakhirku,
Ku menangis sejadi-jadinya,
Biar kering air mata ini..
Namun basah ladang hati yang gersang..

Ya Rahman..
Dalam sujud terakhirku,
Kulihat semua dosa yang membayangiku..
Kelam mencengkam jiwa yang lusuh...

Ya Mujib..
Aku berlindung di atas nama_Mu dan kekuasaan_Mu..
Peliharalah diri dan hatiku,
Agar ia mampu membesar dengan baik..
Redhalah daku menjadi sayap kiri perjuangan..
Biarlah daku menyemarakkanya..
Kan ku teguh menatang serikandi ummah..

Ya Rahim..
Dalam sujud terakhirku,
Biarkan daku patah dalam cahaya_Mu
Biarkan kumusnahkan titik-titik kemunafikanku
Agar daku kembali ke dalam pelukan hidayah-Mu

Ya Allah..
Aku akui keagungan_Mu..
Namun hatiku sering leka..
Jahiliah seringkali bertakhta dijiwaku..
Aku mohon agar diberikan hati yang baru..
Hati yang sering terikat dengan_Mu..
Yang sentiasa rindu dan takut pada_Mu..

Ya Malik..
aku berharap diri ini belum terlewat..
Untuk aku kembali sujud dan bertaubat kepada_Mu..
Ampunkan segala dosa-dosaku
Di atas setiap keterlanjuranku
Janganlah Engkau panggil daku tika diri ini masih berlumuran noda..
Kasihanilah daku, Ya Allah
Bantulah daku dalam menempuh jalan rasul2Mu..
Dalam usaha mencari firdaus_Mu..

Ya Allah,
Hanya kepada_Mu lah terletaknya harapanku,,
Biarkanku hirup nafasku sekali lagi..
Hanya untuk menyebut nama_Mu dan kekasih_Mu tercinta
Sesungguhnya aku adalah kepunyaan Allah
Dan kepada_Nya jualah aku pasti kembali....Amiin ya Rabbal 'alamin

Wednesday, July 18, 2012

Ramadhan datang lagi..!!!! ^_^

pejam celik pejam celik..tidur..bgun..tidur semula n bangun semula..akhirnya yang dinanti telah tiba ^_^
"ya Rabb sampaikan aku dan seluruh umat Islam dalam bulan RamadanMu yang sgt mulia ini..mg kami bisa menjadi lebih kuat dari sebelum ini..mg kami bisa membolot semua pahala2 yang bertaburan agar kami bisa menjadikannya sbg MAHAR u ke JANNAH MU ya ALLAH..ampunkan kami dari dosa silam kami y terlalu byk sebelum ini..agar kami bisa memejamkan mata dgn senyuman penuh keberkatan dan keredhaanMU"

rutin RAMADAN:

1. SOLAT FARDHU
2. SOLAT SUNAT RAWATIB
3. QIAMMULLAIL
4. BACAAN AL-QURAN / KHATAM QURAN
5. SOLAT SUNAT TARAWIH
6. INFAQ
7. MA'THURAT
8.BACAAN ILMIAH
9. USRAH/HALAQAH
10. IFTAR JAMA'I
11. PROGRAM ILMU
12.....
13....
14....

banyakkan..setiap org merancang..tapi jangan lupa Allah juga merancang malah perancangan Allah adalah paling terbaik dan paling tepat u hambaNYA..yang penting usaha..sape usaha pasti berjaya.

sesuai dgn firmanNYA:

"..Allah tdkkan mengubah nasib sesuatu kaum itu selagi ia tdk mengubah/berusaha u dirinya sendiri...."

SALAM RAMADHAN KARIM
MARHABAN YA RAMADHAN
MAAF ZAHIR BATIN ^_^

Sunday, July 15, 2012

PanggiLaN KonvokesyeN

JEMPUTAN KE ISTIADAT KONVOKESYEN KOLEJ UNITI/ KOLEJ JAIPUTRA KALI KE SEBELAS

Tarikh : 30 Ogos 2012 (khamis)
Lokasi : Plenary Hall, Putrajaya International Convention Centre (PICC), Putrajaya
Masa : 7.00 pg-2.00 ptg

akhirnya..setelah 2thn lebih menanti utk konvokesyen..tapi dengan kerjasama kolej uniti negeri sembilan. so semua maklumat kena maklum pada kolej uniti..nanti amik jubah pun di kolej uniti jugak..ramai ke rakyat Jaiputra yang hadir??..pegi ke tak??..hmm ^_^