Wednesday, May 27, 2009

ukhuwwah.......:)




sahabat..hadirmu membawa cahaya menyinari hidupku yang kadangkala gelap kadangkala cerah..namamu sering meniti di bibir..bersamamu aku menjadi gagah..

sahabat..dimana lagi akanku cari ganti dirimu sebagai peneman hidupku??..kerana padaku..kau hanya seorang..datanglah 1001 yang berwajah sama tapi tetap berbeza di pandangan mataku..

sahabat..kau menemaniku dikala aku sunyi..dikala aku bertemankan air mata..dikala aku susah dan sakit..

sahabat..aku merindui kehadiranmu di sisi..kerana kau membawa sinar keceriaan di mataku..

sahabat..

disebalik itu adakah kau telah menyusuri jauh di sudut hatiku??..adakah kau telah mengenali siapa sebenarnya aku??...mungkin ya dan mungkin tidak..kerana aku sering berubah watak..dan kerana itu kadangkala kau seperti menjauhi aku...

sahabat...aku sangat menghargaimu di setiap detik kau bersamaku..selama mana pun kau pergi..aku tetap setia menanti kehadiran mu yang bergelar sahabat..kerana kau sahabat terbaik aku...terima kasih sahabat....moga Allah memberkati dirimu..amin...

No comments:

Post a Comment