Wednesday, May 29, 2013

RESIPI 3: NASI KURMA!!

bestnyeee..sedapp yummy!!
copy dari: http://skybluemelleymey.blogspot.com


Bahan²
3 cawan beras basmati _ cuci dan toskan
100 gm minyak sapi
1 sudu makan minyak zaitun / minyak masak
2 sudu makan rempah Briyani Power Adabi
4 cawan air
1 cawan susu cair
4 ulas bawang putih _ ditumbuk
1 inci halia _ ditumbuk
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
11 biji buah kurma _ buang bijinya dan dicarik²
1 kiub pati ayam Maggi
Garam secukup rasa
Kismis secukupnya

Cara²
  1. Panaskan minyak sapi bersama minyak zaitun / minyak masak di dalam periuk dan tumis bawang putih dan halia hingga sedikit garing.
  2. Kemudian masukkan kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang ( jika nak bubuh daun pandan pun boleh ).
  3. Tutupkan api dan tuang ke dalam periuk nasi elektrik yang berisi beras tadi ( tinggalkan 1/2 sudu makan bahan yang ditumis tadi untuk menumis buah kurma ).
  4. Sementara itu, tumiskan buah kurma sekejap sahaja dan masukkan ke dalam periuk nasi elektri. Gaul rata.
  5. Masukkan juga air, susu cair, kiub pati ayam dan garam secukup rasa. Gaul rata.
  6. Masak nasi seperti biasa.
  7. Setelah periuk nasi menunjukkan 2 minit lagi nasi hendak masak, bolehlah ditaburkan kismis di atas nasi dan tutup semula penutup periuk nasi elektrik. Biarkan nasi masak sepenuhnya.
  8. Biarkan seketika sebelum digemburkan dengan chopstick.
  9. Hidang bersama Daging Masak Manis atau lauk kegemaran.

RESIPI 2: NASI BRIYANI




Bahan A:- (akak buat 1/3 dari resepi asal ni)
  • 1 kg. beras basmathi (dibasuh dan ditoskan)
  • 2 sb. rempah beriani (dibancuh dgn sedikit air)
  • 4 biji buah tomato (dipotong dadu)
  • 3 biji cili merah (dibelah dua)
  • 3 biji cili hijau (dibelah dua)
  • 100 gm daun pudina (dipotong kasar)
  • 100 gm daun ketumbar
  • 1 liter air
  • 1 cawan susu cair (akak guna susu segar)
  • 4 sb. minyak sapi
  • 1/2 cawan kismis
  • 1/2 cawan kacang gajus - dibakar/digoreng tanpa minyak
  • garam secukup rasa
  • 1 sb. pewarna kuning (dibancuh dgn sedikit air)
Bahan B:- (untuk tumis)
  • 5 ulas bawang merah (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris)
  • 2 cm halia (dihiris halus)
  • 2 cm kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 2 bj. buah pelaga
  • daun kari
Cara-Cara:-

  • Panaskan minyak sapi di dalam kuali. Tumiskan bahan tumis dan daun kari hingga wangi.
  • Masukkan rempah yang telah dibancuh dan kacau rata. Masakkan hingga naik minyak.
  • Masukkan tomato dadu, cili merah dan cili hijau.
  • Masukkan air dan susu cair. Biarkan mendidih sebentar.
  • Masukkan bahan tumis tadi ke dalam periuk nasi yang tersedia beras dan masakkan seperti biasa.
  • Apabila nasi sudah kering, titiskan pewarna kuning dan biarkan nasi masak sepenuhnya.
  • Gemburkan nasi perlahan2 supaya beras tidak patah.
  • Hidangkan nasi dengan taburan gajus dan makan bersama daging prun dan acar.

RESIPI 1: NASI ARAB!!

mud 4 menu masakan sudaa datangggg!!!!..
copy dari http://dapurcikgusalwa.blogspot.com ^^


Nasi Mandy Ayam


1 ekor ayam potong 8
rebus ayam bersama:
2 L air-tambah jika perlu
2 cm halia
2 bj bwng besar belah 4
4 ulas bwang putih-ketuk
rempah kasar 4 sekawan- kayu manis, bunga lawang, buah pelaga n bunga cengkih)
1 keping asam gelugur
1 sudu teh perencah secukup rasa
garam secukupnya.
Rebus selama 50 minit.
keluarkan ayam.
tapis air rebusan untuk masak nasi dan tinggal sikit untuk sup .


Perap ayam dengan:
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh secukup rasa
sedikit garam
sedikit serbuk safron @ pewarna kuning.
Goreng ayam dalam minyak separuh tenggelam sehingga golden brown.
Ayam mandy dah siap!


Untuk masak nasi:

5 cawan beras Parboiled Vita Grain super long Jasmine rice.
( gunakan beras ini untuk nasi yg pluffy n lembut-sedap!)
7 1/2 cawan air rebusan tadi. ( 1 cwn beras + 1 1/2 cwn air)

dlm periuk lain tumis:
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk lada hitam
dengan 2 sudu besar minyak sapi g-blend.
tumis selama seminit dan tuangkan ke dalam periuk nasi tadi. kacau sikit-masak dlm periuk elektrik mcm biasa
sampai nasi hampir kering.  buat lubang di tengah......masukkn arang berbara yg berasap n tutup periuk. ( refer di bwh untuk cara...) let it be for about 10 minutes.  take out the arang-buang.  titiskn sedikit warna kuning ats nasi sebelum gaul. now nasi mandy is ready...

ISLam itu seluas-luas PINTU,,ituLah PINTU TAUBAT!!

Sesungguhnya Allah itu Maha Besar,Pengampun lagi Menerima Taubat.
insaf rasa hati.kerdil rasa diri ini.
setiap yang kta sebagai manusia lakukan.DOSA BESAR atau DOSA KECIL..Allah sbg Tuhan tetap membuka seluas-luasnya pintu taubatnya.Maha Besar Allah.
setiap yang kta mohon,pasti Allah akan tunaikan.malah kta manusia alpa dgn apa yang diberikan.
tapi manusia tetap alpa dari Tuhan.tiada hijab antara kta dgn Allah.tdk ada doa yang Allah tdk mendengar.Allah sering memberi..beri dan memberi..tp kta sering lupa krn apa yang kta mahukan tdk kta kecapi tp Allah berikan kta sesuatu yang kta tdk sedari
berdoalah..mohonlah..sesungguhnya Allah Maha Mendengar! ^66^
istighfar la mohon keampunan pd Allah.

Monday, May 27, 2013

Prasiswazah PBJJ UKM 2013

rindunya saat sibuk dgn belajar.yaAllah beri aku peluang untuk kali seterusnya.aamiin.

tutup permohonan 7 julai 2013

TATACARA PERMOHONAN
Permohonan hendaklah di buat secara online sepenuhnya.
1.Isi Borang Permohonan dengan lengkap.
2.Muat Naik dokumen sokongan mengikut SENARAI SEMAKAN BUTIRAN di bawah.
3.Buat pengesahan/perakuan permohonan.
4.
Maklumat permohonan boleh dikemaskini selagi pengesahan/perakuan permohonan belum dibuat.
5.
Maklumat permohonan tidak boleh dikemaskini selepas pengesahan/perakuan permohonan dibuat.
6.Permohonan hendaklah dibuat bermula 1 Mei 2013 (Rabu) hingga 7 Julai 2013 (Ahad).
7.
Sila buat Semakan Status Permohonan untuk mengetahui status permohonan anda.
8.
Pihak PKP akan memaklumkan keputusan permohonan dan semakan status permohonan boleh dibuat melalui laman web PKP.
SENARAI SEMAKAN BUTIRAN
Sila pastikan bahawa maklumat berikut disediakan sebelum membuat permohonan.
*Semua dokumen hendaklah di sediakan dalam format pdf dengan saiz tidak melebihi 2MB.
*Semua dokumen hendaklah disahkan terlebih dahulu sebelum di ubah ke format pdf.
*Gambar hendaklah disediakan dalam format jpeg dengan saiz tidak melebihi 100KB.
1.Gambar berukuran pasport terkini.(Klik Sini Untuk Lihat Panduan Gambar).
2.
Resit bayaran pemprosesan sebanyak RM50.00. Hendaklah dibuat melalui deposit ke akaun Pusat Kembangan Pendidikan (Nombor Akaun 12180008810055) di CIMB.
3.Satu salinan Ijazah/Diploma/Sijil berkaitan akademik termasuk SPM beserta transkrip.
4.
Surat tawaran penajaan/pinjaman kewangan/ biasiswa (bagi calon yang mempunyai penaja rasmi sahaja).
5.
Bagi permohonan program Doktor Falsafah Pengajian Islam, sila muat naik ‘Borang Penyokong’ & ‘Kertas cadangan Tesis/Projek Penyelidikan’ bersama borang permohonan.
[ KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN Senarai semakan butiran; Borang Penyokong (Tesis) ].
6.Surat pengesahan bekerja yang dikeluarkan oleh majikan/ketua jabatan.

Sunday, May 26, 2013

masihkah ada peluang??~

expert dis 2012~kemaman terengganu!!
cerita dah berkepuk 5 bulan yang lalu.baru harini nk publish haha
assalammualaikum.

tajuk:- masihkah ada peluang??..inikah yang terakhir??
R.I.N.D.U
mungkin kelemahan diri sendiri kala ini!
layan cerita melalui gambar..




saat bersama akhawat di rumah (xingat hehe) u adik2 sindrom






sebahagian aktiviti..

cukup la yer sekadar ini sje..trimaass