Monday, May 27, 2013

Prasiswazah PBJJ UKM 2013

rindunya saat sibuk dgn belajar.yaAllah beri aku peluang untuk kali seterusnya.aamiin.

tutup permohonan 7 julai 2013

TATACARA PERMOHONAN
Permohonan hendaklah di buat secara online sepenuhnya.
1.Isi Borang Permohonan dengan lengkap.
2.Muat Naik dokumen sokongan mengikut SENARAI SEMAKAN BUTIRAN di bawah.
3.Buat pengesahan/perakuan permohonan.
4.
Maklumat permohonan boleh dikemaskini selagi pengesahan/perakuan permohonan belum dibuat.
5.
Maklumat permohonan tidak boleh dikemaskini selepas pengesahan/perakuan permohonan dibuat.
6.Permohonan hendaklah dibuat bermula 1 Mei 2013 (Rabu) hingga 7 Julai 2013 (Ahad).
7.
Sila buat Semakan Status Permohonan untuk mengetahui status permohonan anda.
8.
Pihak PKP akan memaklumkan keputusan permohonan dan semakan status permohonan boleh dibuat melalui laman web PKP.
SENARAI SEMAKAN BUTIRAN
Sila pastikan bahawa maklumat berikut disediakan sebelum membuat permohonan.
*Semua dokumen hendaklah di sediakan dalam format pdf dengan saiz tidak melebihi 2MB.
*Semua dokumen hendaklah disahkan terlebih dahulu sebelum di ubah ke format pdf.
*Gambar hendaklah disediakan dalam format jpeg dengan saiz tidak melebihi 100KB.
1.Gambar berukuran pasport terkini.(Klik Sini Untuk Lihat Panduan Gambar).
2.
Resit bayaran pemprosesan sebanyak RM50.00. Hendaklah dibuat melalui deposit ke akaun Pusat Kembangan Pendidikan (Nombor Akaun 12180008810055) di CIMB.
3.Satu salinan Ijazah/Diploma/Sijil berkaitan akademik termasuk SPM beserta transkrip.
4.
Surat tawaran penajaan/pinjaman kewangan/ biasiswa (bagi calon yang mempunyai penaja rasmi sahaja).
5.
Bagi permohonan program Doktor Falsafah Pengajian Islam, sila muat naik ‘Borang Penyokong’ & ‘Kertas cadangan Tesis/Projek Penyelidikan’ bersama borang permohonan.
KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN Senarai semakan butiran; Borang Penyokong (Tesis) ].
6.Surat pengesahan bekerja yang dikeluarkan oleh majikan/ketua jabatan.

No comments:

Post a Comment