Friday, August 21, 2009

TAZKIRAH RAMADHAN: DOA PALING UTAMA DI BULAN RAMADHAN


APAKAH DOA YANG PALING UTAMA DI BULAN RAMADAN DAN SIAPAKAH DIA UWAIS AL-QARNI?
Oleh Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din
Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Kedatangan bulan Ramadhan walaupun menjadi suatu kebiasaan kepada kebanyakan orang, tetapi sebenarnya ianya menjadi suatu mercu tanda kepada orang-orang yang ingin mencapai kepada matlamat penghidupan yang sebenarnya iaitu seperti yang disebutkan oleh Allah swt;
Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa (Al-Baqarah:183)
Khususnya dalam kontek kita berpuasa disebutkan sebagai “La‘al lakum tattaqun” maksudnya dengan berpuasa kamu akan memperolehi darjat ketaqwaan kepada Allah swt. Menjadi suatu yang agak lumrah kepada insan, biasa disebut, di hafal dan diingati kalimah ini “La‘al lakum tattaqun”, tetapi pernahkah, sampaikah kita ke tahap “tattaqun” itu bila sampai Ramadan dan berakhir Ramadan?
Sampaikah kita kepada apa yang nabi sebut kepada isteri-isterinya dan kepada sahabat-sahabatnya iaitu “Faya ‘ajaban liman adraka ramada na fala yughfarulah”, iaitu maksudnya “Alangkah hairannya (ajaibnya) bagi orang yang telah sampai umurnya kepada menjelang Ramadan, apabila habis Ramadan hairan kalau dia tidak mengambil kesempatan untuk Allah mengampunkan semua dosa-dosanya”.
Tidak ada insan yang tidak berdosa melainkan nabi yang maksom. Kita lihat dizaman ini banyak perkara yang terpaksa kita telan dan kita tempuh. Akibatnya kita terpaksa menerima kemurkaan-kemurkaan Allah swt. kepada hamba-hambanya. Kita lihat dari bala bencana, musibah demi musibah, kita lihat dari berbagai-bagai kejadian yang tidak menyenangkan menunjukkan bahawa adanya kemurkaan Allah. Allah tidak akan murka melainkan kerana besarnya dosa manusia. Kerana itu datang ramadan, memanglah boleh menghairankan orang yang sempat hidup sampai Ramadan, apabila habis Ramadan dosa dia tidak terampun.
Sebab itu Siti Aisyah radiaAllahhu anha ingin sangat untuk bertemua peluang dengan malam Qadar (Lailatul Qadar), dia bertanya kepada nabi “Bilakah berlaku malam Qadar?”. Nabi bertanya kepada Aisyah semula “Apakah kamu nak buat bila kamu bertemu dengan malam Qadar?”. Aisyah menjawab “Saya tak tahu” kemudian Aisyah bertanya lagi “Apakah yang patut saya buat bila bertemu dengan malam Qadar itu?”. Nabi berkata kepada Aisyah “Malam itu malam yang amat baik untuk beramal dimalamnya dan amat mudah dimakbul Allah doanya”. Aisyah bertanya lagi “Apakah doa yang paling baik untuk aku berdoa pada malam itu?” Nabi jawab “ Kalau kamu sempat berjumpa dan mengetahui malam itu ialah malam Qadar berdoalah
“Allah humma innaka ‘afuu ’un karimun tuhib bul ‘af wa fa’ fu ‘anni” (maknanya Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosa ku).
Sebenarnya Nabi dah tahu yang Aisyah itu akan masuk syurga ertinya dosanya telah diampunkan oleh Allah tetapi kenapa Nabi masih menyuruh Aisyah untuk memohon kepada Allah agar diampunkan dosa?. Sedangkan Aisyah memang layak untuk tidak dimasukkan ke dalam neraka, hanya layak ke syurga. Soal dosa dan pahala dia dah tak kisah sangat tapi nabi masih menyuruhnya berdoa supaya Allah ampunkan dosa.Saya nak kaitkan dengan satu kisah iaitu bila Allah bagi tahu kepada nabi Muhammad s.a.w. iaitu ada insan yang akan lahir dikalangan Tabiin (“Tabiin” maknanya satu kumpulan insan yang tidak sempat berjumpa dengan nabi tetapi hanya sempat berjumpa dengan sahabat nabi sahaja. Kalau orang yang sempat berjumpa dengan nabi, itu dipanggil “Sahabat”. Kalau orang yang lahir kedunia ini setelah nabi wafat tetapi sempat berjumpa dengan Sahabat ia dipanggil Tabiin).
Nabi berpesan kepada Umar dan Ali, “Akan lahir dikalangan Tabiin seorang insan yang doa dia sangat makbul nama dia Uwais al-Qarni dan dia akan lahir dizaman kamu”.
Kita telah mengenali siapa dia Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali iaitu orang-orang yang telah disenaraikan sebagai “al-Mubasyirun bil Jannah” iaitu mereka dah dijamin masuk syurga.
Nabi seterusnya berkata kepada Umar dan Ali, “Dizaman kamu nanti akan lahir seorang insan yang doa dia sangat makbul. Kamu berdua pergilah cari dia. Dia akan datang dari arah Yaman, dia dbesarkan di Yaman. Dia akan muncul dizaman kamu, carilah dia. Kalau berjumpa dengan dia mintak tolong dia berdoa untuk kamu berdua.”
Sama juga macam kisah Siti Aisyah tadi, Umar dan Ali bertanya kepada nabi soalan yang sama iaitu “Apakah yang patut saya mintak daripada Uwais al-Qarni, Ya Rasulullah? Nabi menjawab “Kamu mintak kepadanya supaya dia berdoa kepada Allah agar Allah ampunkan dosa-dosa kalian”.
Banyak peristiwa sahabat yang berjumpa dengan nabi, mintak sesuatu yang baik kepada mereka, nabi menjawab “Pohonlah al-Maghfirah daripada Allah swt.” Jadi topik al-Maghfirah (keampunan) ini menjadi topik yang begitu dicari yang begitu relevan, hatta kepada orang yang telah disenaraikan sebagai ahli syurga. Kalau logiknya ahli syurga macam dah tak perlu kepada ampun dosa kerana mereka dah dijamin masuk syurga, tetapi tidak, nabi masih tekankan supaya mintak Allah ampunkan dosa.
Siti Aisyah telah bertemu dengan malam Qadar, dia telah berdoa sepanjang malam sampai ke subuh dengan doa yang nabi ajarkan iaitu “Allah humma innaka ‘afuu ’un karimun tuhib bul ‘af wa fa’ fu ‘anni” (maknanya Ya Allah, Kamulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosa saya).
Memang benarlah firasat seorang nabi, Uwais al-Qarni telah muncul di zaman Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali. Memang mereka tunggu dan cari kabilah-kabilah yang datang dari Yaman ke Madinah, akhirnya bertemu mereka dengan Uwais al-Qarni.
Dengan pandangan mata luar, tidak mungkin dia orang yang nabi maksudkan. Kerana orang itu pada pandangan insan-insan biasa atau orang-orang yang datang bersama dengannya bersama kabilah menganggapkan dia seorang yang akal tidak sempurna (wire short), sesuatu yang macam tidak betul pada pandangan orang. Tetapi dia ada sesuatu…..
Asal usul Uwais al-Qarni
Dia asalnya berpenyakit sopak, badannya putih, putih penyakit yang tidak digemari. Walaupun dia sopak tetapi dia seorang yang soleh, terlalu mengambil berat tentang ibunya yang uzur dan lumpuh. Dia telah begitu tekun untuk mendapatkan keredhaan ibunya. Bapa dia meninggal dunia ketika dia masih kecil lagi. Dia sopak sejak dilahirkan dan ibunya menjaga dia sampai dia dewasa.
Satu hari ibunya memberitahu kepada Uwais bahawa dia ingin sangat untuk pergi mengerjakan haji. Dia menyuruh Uwais supaya mengikhtiarkan dan mengusahakan agar dia dapat dibawa ke Mekah untuk menunaikan haji.
Sebagai seorang yang miskin, Uwais tidak berdaya untuk mencari perbelanjaan untuk ibunya kerana pada zaman itu kebanyakan orang untuk pergi haji dari Yaman ke Mekah mereka menyediakan beberapa ekor unta yang dipasang diatasnya “Haudat”. Haudat ini seperti rumah kecil yang diletakkan di atas unta untuk melindungi panas matahari dan hujan, selesa dan perbelanjaannya mahal. Uwais tidak mampu untuk menyediakan yang demikian, unta pun dia tidak ada, nak sewa pun tidak mampu.
Ibu Uwais semakin uzur maka ibunya mendesak dan berkata kepada anaknya “Anakku mungkin ibu dah tak lama lagi akan bersama dengan kamu, ikhtiarkanlah agar ibu dapat mengerjakan haji”.
Uwais mendapat suatu ilham, dia terfikir apa nak dibuat. Dia membeli seekor anak lembu yang baru lahir dan dah habis menyusu. Dia membuat sebuah rumah kecil (pondok) di atas sebuah “Tilal” iaitu sebuah tanah tinggi (Dia buat rumah untuk lembu itu di atas bukit).
Apa yang dia lakukan, pada petang hari dia dukung anak lembu untuk naik ke atas “Tilal”. Pagi esoknya dia dukung lembu itu turun dari “Tilal” untuk diberi makan. Itulah yang dilakukannya setiap hari. Ada ketikanya dia mendukung lembu itu mengelilingi bukit tempat dia beri lembu itu makan.
Perbuatan yang dilakukannya ini menyebabkan orang kata dia ini gila. Memang pelik, buatkan rumah untuk lembu diatas bukit, kemudian setiap hari usung lembu, petang bawa naik, pagi bawa turun bukit.
Tetapi sebenarnya niatnya baik. Kalau lembu kita buat begitu pagi sekali petang sekali daripada lembu yang beratnya 20kg, selepas enam bulan lembu itu sudah menjadi 100kg. Otot-otot (muscle) tangan dan badan Uwais menjadi kuat hinggakan dengan mudah mengangkat lembu seberat 100kg turun dan naik bukit.
Selepas lapan bulan dia buat demikian telah sampai musim haji, rupa-rupanya perbuatannya itu adalah satu persediaan untuk dia membawa ibunya mengerjakan haji. Dia telah memangku ibunya dari Yaman sampai ke Mekkah dengan kedua tangannya. Dibelakangnya dia meletakkan barang-barang keperluan seperti air, roti dan sebagainya. Lembu yang beratnya 100kg boleh didukung dan dipangku inikan pula ibunya yang berat sekitar 50kg. Dia membawa (mendukung dan memangku) ibunya dengan kedua tangannya dari Yaman ke Mekah, mengerjakan Tawaf, Saie dan di Padang Arafah dengan senang sahaja. Dan dia juga memangku ibunya dengan kedua tangannya pulang semula ke Yaman dari Mekah.
Setelah pulang semula ke rumah dia di Yaman, Ibu dia berkata kepada dia “ Uwais, apa yang kamu berdoa sepanjang kamu berada di Mekah?”. Uwais menjawab “Saya berdoa minta supaya Allah mengampunkan semua dosa-dosa ibu”. Ibunya bertanya lagi “Bagaiman pula dengan dosa kamu”. Uwais menjawab “Dengan terampun dosa ibu, ibu akan masuk syurga, cukuplah ibu redha dengan saya maka saya juga masuk syurga”.
Ibunya berkata lagi “Ibu nak supaya engkau berdoa agar Allah hilangkan sakit putih (sopak) kamu ini”. Uwais kata “Saya keberkatan untuk berdoa kerana ini Allah yang jadikan. Kalau tidak redha dengan kejadian Allah, macam saya tidak bersyukur dengan Allah ta’ala”. Ibunya menanbah “Kalau nak masuk syurga, kena taat kepada perintah ibu, Ibu perintahkan engkau berdoa”.
Akhirnya Uwais tidak ada pilihan melainkan mengangkat tangan dan berdoa. Uwais berdoa seperti yang ibu dia minta supaya Allah sembuhkan putih yang luar biasa (sopak) yang dihidapinya itu. Tetapi kerana dia takut masih ada dosa pada dirinya dia berdoa “Tolonglah Ya Allah kerana ibu aku suruh aku berdoa hilangkan yang putih pada badanku ini melainkan tinggalkan sedikit”
Allah swt. sembuhkan serta merta, hilang putih sopak diseluruh badannya kecuali tinggal satu tompok sebesar duit syiling ditengkuknya. (Kalau bagi nabi, baginda ada Khatam Nubuwah iaitu tanda kenabian, tanda pada nabi bersinar) Tanda tompok putih pada Uwais sebab dia mintak agar jangan dibuang kesemuanya, kerana ini (sopak) adalah anugerah, maka nabi sebut kepada Umar dan Ali akan tanda ini. Tandanya kamu nampak dibelakang dia ada satu bulatan putih, bulatan sopak. Kalau berjumpa dengan tanda itu dialah Uwais al-Qarni.
Selepas tidak lama Uwais berdoa yang demikian, ibunya telah meninggal dunia. Dia telah menunaikan kesemua permintaan ibunya. Selepas itu dia telah menjadi orang yang paling tinggi martabatnya disisi Allah. Doa dia cukup makbul hatta penyakit sopak pun boleh sembuh. Mengikut al-Quran, Nabi Isa Alaihisalam yang pernah berdoa untuk kesembuhan penyakit sopak dizamannya.
Berbalik kita kepada point asal, Sayidina Umar dan Sayidina Ali dapat berjumpa dengan Uwais ini minta satu sahaja iaitu minta supaya doakan supaya Allah swt. mengampun semua dosa-dosa mereka.
Ketika Uwais al-Qarni berjumpa Umar dan Ali, dia berkata “Aku datang ini dari Yaman ke Madinah kerana aku nak tunaikan wasiat nabi kepada kamu iaitu supaya kamu berdua berjumpa dengan aku. Aku datang ini nak tunaikan wasiat itulah”. Maka Uwais pun telah mendoakan untuk mereka berdua.
Doa yang paling utama di malam Qadar
Seperti yang saya sebutkam dipermulaan tadi “Faya ‘ajaban liman adraka ramada na fala yughfarulah”, Memang hairan orang yang dapat hidup sampai Ramadan ini, tetapi dosa dia tidak diampun.
Kalau malam ini malam Qadar, fokus kita selalunya memanglah nak minta hal-hal keduniaan. Kalau kita dapat rasakan dalam perasaan dalaman seorang insan kecil hamba Allah ini apa yang hendak kita mintak di malam Qadar? Saya rasa orang tidak begitu berminat untuk minta supaya diampunkan segala dosa, mereka akan minta yang lain pula, minta saham naik, perniagaan laris, dapat kahwin lagi dua, kaya, mesti pilihan mereka kepada kesenangan-kesenangan dunia, sedangkan “Wallah yuridul akhirah”. Allah dan RasulNya lebih mengutamakan penghidupan akhirat itulah yang paling mustahak sekali.
Selama ini pun kita tidak tahu bahawasanya terampunkah dosa-dosa yang telah kita buat? walaupun kita rasa macam dosa itu Allah telah ampunkan.
Ada peluang yang macam ini iaitu malam Qadar atau berpeluang berjumpa dengan orang-orang yang konfirm macam tadi iaitu doa-doa mereka makbul seperti orang-orang yang soleh dan seumpamanya doa yang paling utama dan besar diminta ialah minta supaya Allah mengampunkan semua dosa-dosa kita.
Bukan kata orang lain sebagai contoh besar, hatta nabi yang dikatakan “Ghoforollah hu mat taqadaman”, Allah ta’ala ampunkan dosa dia yang telah lalu (jika ada) dan juga ampun untuk yang akan datang.
Tetapi kenapa nabi masih berdoa kepada Allah tiap-tiap hari tidak kurang dari seratus kali iaitu “Astagh firruka humma waatubu ilaih”. Sehari seratus kali , sembahyang baginda, berdoa panjang-panjang sampai dikataka juga (hadith Aisyah) sampai bengkak kaki nabi. Sampai Siti Aisyah berkata kepada nabi, “Ya Rasulullah, kenapalah sampai kamu teruk-teruk beribadah hingga bengkak kaki, sembahyang lama-lama, menangis lama-lama, tidakkah Allah telah ampunkan dosa kamu dahulu dan kemudian?”. Nabi menjawab “Kalau demikian adanya mengapa aku tidak menjadi hamba yang bersyukur”.
Syukur maknanya melakukan ibadah kepada Allah swt. Inilah yang saya katakan tadi, datanglah sistem yang Islam kemukakan kepada ummah, seluruh aktiviti-aktiiti ibadah, penumpuan kepada persiapan-persiapan yang dikatakan “Wa tazau wadu” kesemuanya ditujukan ke arah pembersihan diri, hati, akal dan budi daripada yang dipanggil “al-khush” (yang tidak baik).
Al-Quran memberikan satu analogi iaitu Bumi kalau sudah cantik dan subur dia mudah menumbuhkan pokok-pokok yang bermanfaat dan bagi bumi yang kotor (bagi maksud tidak sesuai ditanam tumbuhan) seperti tempat berbatu dan berpasir, tanam apapun tak tumbuh, kalau tumbuh pun dia tak jadi seperti tempat yang lain.
Maksudnya sama seperti insan, kalau yang disimpan dalam diri kita ini kotor (benda yang jijik) maka tidak akan keluar melainkan yang kotor juga. Kalau dalam diri kita baik, dia akan menumbuhkan yang baik, amal dia baik, kata-kata dia baik, akhlak dia baik, muammalah dia baik dan dia dikatakan orang yang baik.
Allah itu baik, Dia tidak terima amalan melainkan amalan yang baik juga. Sebab itu dari awal Islam datang dah ada sistem seperti contoh ayat-ayat al-Quran yang awal turun surah Al-Mudatsir, firman Allah yang bermaksud “Wahai orang-orang yang sedang tidur, bangunlah kamu beri peringatan kepada manusia (maknanya bergerak dalam satu wadah perjuangan, mengerakkan jiwa diri sendiri dan jiwa insan) dan kepada Tuhanmulah kamu wajib membesarkanNya, jangan mengagungkan yang lain, agungkan Allah swt. sahaja.
Caranya diberikan beberapa analogi seperti apa yang kamu pakai iaitu pakaian biasa, rumah tempat tinggal, kereta yang dinaiki dan apa sahajalah mestilah yang bersih, kamu kena sucikan dia. Sebab ini sangat kena dengan ayat yang nabi hayati. Diantara pakaian yang nabi suka pakai ialah pakaian putih yang melambangkan suci dan bersih. Walaupun kadangkala nabi pakai warna merah dan hitam didalam peperangan tetapi yang paling nabi sukai ialah warna putih.
Sebab itu kita lihat, pakaian haji putih, kain kafan putih (tak pernah nampak lagi kain kafan warna hijau, kain kafan biru lagi tak pernah nampak). Ditempat saya masjid-masjid gunakan kain putih sebagai alas tempat sujud. Serban umumnya putih. Serban nabi putih kadangkala ada yang hijau.
Apabila diluar memakai pakaian putih bersih maka didalam diri perlu buang segala kekotoran. Islam mengajar agar diluar bersih sehingga kedalam diri juga bersih. Kalaulah inilah yang nabi buat dari pada mula memanglah bulan Ramadan ini yang utama ialah untuk membersihkan diri.
Dengan puasa yang kita buat, malam kita bertarawih, berdoa secara bersistematik dari awal ramadan sampai akhir ramadan iaitu doa;
“Allah humma innaka ‘afuu ’un karimun tuhib bul ‘af wa fa’ fu ‘anni” (maknanya Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosa ku).
Kalau dibuat setiap malam dari awal ramadan sampai akhir ramadan pastilah kita jumpa dengan satu malam yang mana malam ini ialah malam Qadar. Sebab dia pasti datang setiap tahun dibulan ramadan. Kalau kena malam itu maka sampailah tujuan tadi kita dapat memohon daripada Allah swt. minta yang paling berharga iaitu bermohon agar Allah mengampunkan semua dosa-dosa kita. Kalau bertemu demikian kita sampailah kepada matlamat tadi iaitu “La’al lakum tat takun” dengannya kamu bertaqwa, dengannya kamu sampai kepada matlamat yang dikatakan tadi.
“Ya ‘ajaban”, memang menghairankan orang yang sempat datang Ramadan kepadanya dia tidak manfaatkan ramadan itu untuk Allah ampunkan semua dosa-dosanya.
Semua krisis-krisis dunia, semua masalah yang insan hadapi didunia, yang kita hadapi hari ini dalam semua masalah, pergaduhan, hutang yang banyak, akan berakhir bila orang itu mati. Kita berjanji dengan orang, bertelagah, bergaduh, semua krisis-krisis dunia ini kepada seorang insan dia habis bila dia mati.
Tetapi krisis dosa dengan Allah ta’ala khasnya krisis keimanan, krisis kerana kita menyimpan dosa yang melibatkan iman dan sebagainya, didunia dia tidak menampakkan masalah tetapi sebenarnya ia akan bermula apabila telah hampir nak mati, masuk kubur lagi masalah, alam barzakh lagi masalah, sampai kepada alam mahsyar lagi bermasalah puncanya balik kepada dosa tadi.
Sebab itu nabi telah bagi satu garis panduan yang cukup senang kita faham. Kita tidak disuruh minta dimalam Qadar supaya turun emas dari langit, minta agar dikasihani oleh semua orang, minta agar dijadikan ketua selama-lamanya, untung berniaga, bukan itu yang patut diminta. Sebaliknya nabi bagi contoh kalau ini dapat kamu capai walaupun dunia kamu susah sekejap tetapi kamu akan berakhir krisis dunia ini bila kamu mati.
Jika kamu ada dosa ini mati bermula suatu penghidupan yang perit, malah dari sejak nak mati sekalipun sudah bermula, sampai kepada peringkat orang-orang yang “Zalimi an fusu hum” orang-orang yang menzalimi diri mereka dalam kehidupan ini kerana membiarkan dosa, banyak melakukan dosa, tidak cuba untuk membuang dosa, bila nak mati akan datang malaikat kepada mereka dengan pemukul untuk pukul muka, belakang hingga ke punggung mereka. Ia bermula daripada nyawa nak keluar, tergantung-gantung diantara langit dan bumi, diantara barzakh dengan tidak barzakh, masuk kubur terseksa.
Sebab itulah nabi nak lepaskan kita daripada seksaan ini semua, nak pastikan kepada isteri dia Siti Aisyah pun berpesan “Kalau kamu dapat malam Qadar jangan minta yang lain selain daripada minta supaya diampunkan Allah segala dosa”.
Ingatlah juga ketika nabi berpesan kepada orang yang dia sayangi iaitu Umar (bapa mertuanya) dan Ali (menantunya) kalau kamu berjumpa dengan Uwais al-Qarni mintalah supaya Allah ampunkan segala dosa kamu. Begitu juga nabi berpesan kepada sahabat-sahabat yang lain supaya bermohon supaya Allah ampunkan segala dosa.
Penutup
Memang telah menjadi tradisi kita di Darussyifa’, kita bertemu sekali dalam bulan Ramadan bersama-sama berbuka puasa, bersolat tarawih dan saya berpeluang untuk berucap mengajak diri saya dan mengajak semua orang. Kita akan manfaatkan Ramadan ini dengan fokus kita supaya tidak ada lagi dosa, kalau ada dosa diampunkan. Caranya kita jangan tambah dosa, yang ada selesaikan. Minta ampun yang berbaki daripadanya.
Dan AlhamdulilLah jika kita diambil oleh Allah dibulan Ramadan lebih-lebih lagi jika kita mati di Mekah di bulan Ramadan. Macam baru-baru ini orang Malaysia yang mati kemalangan jalanraya di Mekah, kita cemburu kerana Allah pilih dia dan tidak pilih kita. Pilih mereka yang dalam musafir, dalam keadaan buat Umrah, dalam bulan Ramadan pula, mati syahid dunia kerana mereka luka parah, kemudian disembahyangkan pula di Masjidil Haram yamg setiap malam sembahyang itu jutaan manusia yang mendoakan mereka masuk syurga. Jadi itu satu keberuntungan kerana Allah pilih mereka. Kita pula menunggu giliran entah dimana..
Maka persediaan kepada kita, pada saya, pada saudara sekalian, kita ambil peluang Ramadan ini untuk Allah ampunkan dosa kita semua. Supaya kita termasuk dikalangan hamba yang akan beruntung khasnya selepas kita kembali kepada Allah swt.
Selamat berpuasa, selamat berhari raya, maaf zahir batin, terima kasih kepada yang menganjurkan majlis malam ini Darussyifa’ dan kita mengharapkan kepada Allah swt. agar sentiasa menghimpunkan kita sebagai orang-orang yang sentiasa berkasih sayang dan saling bermaaf-maafan menuju kepada kerahmatan dan keberkatan Allah swt.

SaLam RamaDhaN KAriM

Selamat berpuasa kepada semua umat Islam di dunia ini..moga2 ramadhan kita pada kali ini adalah yang terbaik dari yang sebelum2 ini..biarlah kita menganggap ramadhan ini adalah ramadhan terakhir untuk kita sebelum kita dijemput bertemu ILaHI..amin..
sedikit peringatan pada autum n diri ana jugk..ana harap kita sama2 ade azam n smgt thun ni utk tak tinggal SOLAT WAJIB,PUASA,KHATAM QURAN 30 JUZU', SOLAT TARAWIH, SEDEQAH,QIAMA n beberapa perkara WAJIB n SUNAT.
riwayat dari Nabi: "barangsiapa berpuasa di bulan ramadhan dgn penuh Iman dan Ikhlas kerana Allah maka diampun segala dosanya yang telah lalu" h.r bukhari muslim

Sunday, August 16, 2009

setelah sekian lama...

assalammualaikum...hhuhuhuhu setelah sekian lama ana kembali mencoret sesuatu buat tatapan antum wa antunna..untuk pengetahuan, ana bukan malas update blog ni, huhuhu tapi ana tak sempat..bz sangat kalah PM hehehe..
sekarang ni ana di saat2 akhir utk menyiapkan tesis.. hari khamis ni due date nyer...moga2 sepanjang masa yang singkat ni takde lah masalah pape yang rumit yang menganggu perjalanan pengeluaran tesis ana..insyaAllah..
tolong doa2kan sama yer..syukran..
ok insyaAllah pasni kite jumpe ag..dgn idea2 n input2 yg bernas hehehehe
wassalamm

Friday, July 3, 2009

al-'Aqlus Saliim Fil Jismis Saliim

muallim dan muallimah yang sanggup meredah cabaran...umur bukan ukuran hehehe.. :)
muka keceriaan pelajar banin n ust rashid..

hehehe selamat sampai di puncak gunung tebu..

banat1 yang dah penat..

keletihan di sekitar Batu Mat Hassan..

pelajar banat sebelum pendakian sangat bersemangat..

ar-rijal sebelum pendakian bermula..

Mukhayyam tarbawi ‘09
Tarikh : 29 dan 30 JUN-1 dan 2 JULAI 2009
Tempat: lata belatan, jerteh terengganu
Kehadiran: semua pelajar smi aman dan guru-guru

Assalammualaikum untuk semua akhawat dan ikhwah dan siapa2 yg membaca blog inie..alhamdulillah Allah masih memberi kekuatan pada ana untuk menulis dan mencoret serba sedikit di alam maya ini moga di atas usaha2 da’wah yang kecil ini diambil kira oleh Allah di akhirat kelak aminn..
Sudah agak beberapa lama ana tinggalkan alam maya ni so hari ini ana kembali dgn semangat baru untuk berjihad di medan da’wah ini..untuk pengetahuan semua ana baru saje kembali dari mukhayyam tarbawi (tempat dan tarikh spt tercatat di atas)...emmm pada ana sungguh dahsyat dan mencabar mukhayyam pada kali ini..apa yang mencabarnya adalah aktivitinya agak lasak..semua pelajar dan guru2 dikehendaki memanjat gunung tebu..yang setinggi 4000 kaki lebih dan perjalanannya 5 atau 6 jam..tapi yang menariknya kami naik melebihi had lebih kurang 9 jam pendakian almaklumlah jumlah yang ramai pelajar 150 orang dan guru2 pengiring 12 orang..so biasa lah penat stop..semput berhenti...kaki krem rehat jap hehehe...jadi lah satu perjalannan yang memang panjang...bertolak dari tapa perkhemahan jam 9 pagi dan peserta terakhir yang sampai ke puncak gunung jam 7 malam...tapi alhamdulillah ana jadi antara guru pengiring yang sampai awal sebabnya ana di tugaskan untuk mendaki bersama2 dengan pelajar2 lelaki..so motivasi mendaki dgn pelajar lelaki ni agak tinggi lah...klu mendaki dgn pelajar perempuan ana rasa ana pun jadi lembik hehehe..emmm agak seronok lah sepanjang pendakian...nak kata ana penat sangat2 tu tak lah...sebab sepanjang pendakian ana agak ceria maklumlah dgn pelajar lelaki yang agak ceria2 belaka...ada je idea2 diorang yang membuatkan ana nak ketawa dan geli hati..otak orang lelaki ni giler2 skit...dan diorang ni tak nampak penat langsung ceria je...sakit pun senyum..penat pun senyum...so ana terus tersenyum..dan untuk makluman ini gunung pertama yang ana berjaya tawan tapi tapi klu bukit tu dah banyak tp tak ingat hehehe...memang penat sangat dan hasilnya pada badan adalah sakit kaki huhuhuhu tapi hasilnya pada keimanan insyaAllah bertambah keimanan ana ni aminn..
betapa unikny ciptaan Allah...gunung yang tinggi tu ada perjalanan yang menarik...seolah2 ana memanjat tangga untuk sampai ke tingkat atas..akar2 pokok yang terlalu banyak dan bercantum dengan tanah..menampakkan ia spt batu bata yang disusun dan dicampur dengan simen dan membentuk anak2 tangga...masyaAllah sungguh unik dan cantik..dan ana tak dapat lupa adalah sepanjang perjalanan kami ke atas gunung tu ada terdapat satu perkampungan ulat...subhanallah terlalu banyak ulat di satu kawasan tu hingga dinamakan oleh pelajar2 ni perkampungan ulat..ulat yang agak unik..spt pacat cara ia berjalanan tapi ada mata berwarna putih sangat unik..tapi sayang ana tak sempat amik gambor huhuhuhu...tapi alhamdulillah itu pengalaman paling menarik..emmm terlalu tinggi dan jauh dan lambat utk sampai...tempat yang kami berhenti sepanjang pendakian iaitu pertama di sungai cakah dua, batu Mat Hassan, punca air dan puncak gunung...yang menarik dan kelakarnya..jarak antara satu tempat ke satu tempat terlalu jauh...bila dah sampai kat punca air sume seronok nak amik air..ade yang nak mandi lah macam2 alih2 sampai je...punah harapan...punca air dgn tempat kami berhenti jaraknya dalam 1.5 km..huhuhuhuu menjunam ke bawah dan tanah yang agak licin..klu 1.5 km jalan yang mendatar takpe gak kan tapi ini curam ke bawah hhuhuhuhu takut sangat nak turun..yang kelakarnya ana n kdyg dah turun separuh tapi naik semula bila pelajar lelaki kata tak yah turun lah muallimah jauh n tanah licin..fuh give up terus kami huhuhu.. sebab terlalu penat so naik balik lah huhuhu...bla dah selesai solat n makan bekalan yang di bawa maki teruskan perjalanan ke puncak gunung yang masih berbaki dalam 4 jam tapi pada ana macam 10 jam huhuhu...alhamdulillah akhirnya jam 5.30 ptg kami sampai ke puncak gunung...dalam hati memang dah niat nak terjun sungai n landing2...tapi harapan tinggal harapan...impian berkecai huhuhu..puncak yang kami sampai tu bukanlah tempat utk kami berkhemah masih ada dalam 1/2 km utk sampai ke tapak perkhemahan huhuhuh rasa macam nak tercabut kaki ana ni..tapi gagah kan diri jugak...sampai je ke tapak perkhemahan terus merelaxkan diri...emmm tp kena tunggu pelajar lelaki yang mandi dulu...huhuhuu kena lah menunggu lagi..sabor je lah....15 minit kemudian kami pulak mandi..huhuhu sekali lagi harapan n mimpi2 indah berkecai...jarak tapak perkhemahan n sungai lebih kurang 1.5 km jgk huhuhuhu dgn jalan yang curam ke bawah huhuuhuhuhu tapi terpaksa gagah kan diri untuk bersihkan diri utk solat...masa turun tu hampir nak maghrib...asal2nya blh naik awal tp kena tunggu adk2 perempuan yang baru turun...yang cerdiknya takde sorang pun yang bawa lampu huhuhu.tp alhamdulillah ada sorang ust tu turun bawa lampu so berpandukan 2 biji lampu kami daki semula masa tu jam ana agak dalam kul 8..atas bukit kul 7 dah gelap huhuhuh...so terjadilah cerita pertama kali mendaki dalam kegelapan huhuhuhuu...rasa2 macam menyesal pun ada...tp positif semula itulah pengalaman ana mendaki pada waktu malam..hehehe...susah nak buat tu klu saje2..hehehe...hbs je solat semua pelajar n guru2 terus dibuai mimpi..aktiviti yang dirancang malam tu tingal kenangan je hahahaha...semua penat tak terkata...yang lapar pun tdo dlm kelaparan..termasuklah ana...dah tak mampu nak wat apa dlm keadaan penat n terlalu sejuk...dan ana rasakan terlalu sejuk dari cameron higthland...huhuhuhu itulah nikmat sejuk...pagi tu bangun sbuh dlm kul 6.30 terlajak sikit lah sebab tak sodar..tu pun terkejut dgr suara ust rashid hahaha..lepas solat ana tgk jam baru pkul 6.48 pagi tapi masa tu macam dah pkul 7.30 pg matahari dah terang n dah terasa panasnya...masa terus ana teringat andai kata di padang mahsyar adakah ana sanggup menghadapi matahari yang sejengkal kepala??? huhuhuh nauzubillah..takutnya ana huhuhu moga Allah ampunkan dosa ana dan kita semua.....amin..
perjalanan turun pada jam 8.30 pg kami naik semula ke puncak gunung utk turun ke tapak perkhemahan...atas puncak tu wat senaman skit n tangkap2 gmbor sbgai kenangan terindah hehehe...tepat jam 9 pg kami diarahkan utk turun ke bawah...perjalanan turun lebih mudah dan sangat berbahaya...kerana curam n tanah licin berpegangkan tongkat dan akar2 pokok n pokok2 yang ada ana turun secara perlahan2..tetap dgn kumpulan pelajar lelaki..perjalanan turun tak ambik masa yang lama paling awal peserta sampai jam 2.30 ptg n paling lewat jam 4.15 ptg..ya Allah ana dapat rasakan rahmat Allah bila selamat turun ke bawah..alhamdulillah Allah masih memberi peluan untuk ana hidup n beribadah kepadanya...moga dgn pengalaman..iktibar..n nikmat yang Allah bagi pada ana n guru2 n pelajar yang lain dapat menambah keimanan kami yang sedikit ini aminn...alhamdulillah.itulah pengalaman yang sangat berharga..peluang hanya sekali..bertuah sangat2 sebab terpilih oleh Allah utk merasai nikmat n melihat kekuasaanNYA..syukur padaMU ya RABB..:)

Sunday, June 21, 2009

HIDUP BIAR BERJASA

konvensyen pelajar Islam Kelantan 10
kepimpinan pelajar banat dr smi AMAN, senyum je tak tahu lah faham ke tak huhuhu heheheh...:)


sebahagian drpd peserta lelaki yg hadir

kepimpinan pelajar banin smi AMAN, nampak cam mantop2 jer..hehehe :)

Tema: “membina keunggulan pelajar muslim”
Konvensyen pelajar islam kelantan 10/2009
Hotel MGU,kota bharu
20 jun 2009
Anjuran: PPIK

Alhamdulillah pada hari sabtu yg lepas kami (ana bersama adik2 smi Aman) telah meluagkan masa hampir setengah hari di hotel MGU kat depan mydin semata-mata utk melihat keadaan dunia Islam sekarang dan melihat keunggulan pelajar-pelajar muslim yang sekarang sedikit demi sedikit sudah terhapus...nauzubillah..
Antara aktivit/ceramah/pengisian or slot yg dibincangkan adalah;
forum pelajar iaitu “Meneladani Qudwah Membina Personaliti” ahli panelnya juga terdiri drpd pelajar sendiri iaitu ketua pelajar maahad muhammadi lelaki,ketua pelajar SMKA Naim Libanat, ketua pelajar SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra. Forum yg pada ana baik tp biasalah tetap masih ada kelemahan2 tersendiri apa2 pun tahniah pada mereka yg berani mencuba.
Antara isi forum adalah:
1. Asas personaliti seseorang pelajar Muslim adalah: Aqidah, Ilmu Agama.
2. Adakah pelajar2 agama Islam yang ada sekarang kurang menonjolkan diri dalam menjadi pimpinan pelajar?
3. Adkah pelajar agama akan berubah rentak sifatnya apabila pelajar tersebut mengubah haluannya menjadi duniawi malah terlebih duniawi drpd pelajar yg tidak aliran agama?

Jawapannya begitu senang utk dijawab bagi mereka yang selalu memikir tentang masyarakat muslim kini!!!!

Prof Malik bin Nabi: “Ummat Islam itu sedang mengalami keruntuhan akhlak yang sangat teruk”

Saturday, June 20, 2009

tidak bergerak i2 satu kesalahan..


sebagai da’i, jika anda tidak bergerak, maka itulah kesalahan paling besar. bukan bergerak dengan cara yang salah itu yang terbesar kesalahannya. kerana kita sering akan melihat salahnya orang yang bergerak dan bukan salahnya orang yang tidak bergerak.
salah dan tidaknya si bergerak belum tentu. kerana ia lebih banyak pada ijtihadi dari qat’i. ijtihadi tidak salah sepenuhnya. ia masih mendapat satu pahala jika benar-benar salah. tetapi orang yang tidak bergerak untuk dakwah itulah yang memang komfem salahnya. kerana ia membiarkan jahiliyyah bergerak tanpa dia berusaha apa-apa untuk menahannya.
ketika kita melihat orang lain, begitulah sikap dan neracanya. orang yang bergerak tidak mengikut cara kita belum tentu salah. tetapi orang yang tidak bergerak tetapi berada di dalam kita itulah yang lebih salah.
mungkin ini sunnatullah pada manusia. kita lebih suka mencari dan melihat kesalahan orang yang bergerak, tetapi tidak melihat salahnya orang yang tidak bergerak ! sedangkan tidak bergerak itulah kesalahan yang telah pasti !
Peringatan ini bukan mengajak untuk tidak merasa ‘ezzah‘ dengan apa yang kita fahami dan yakini… tapi hanya untuk menjadi peringatan supaya kita berimbang dan adil ketika melihat orang lain.
Kita mesti merasa izzah dgn apa yang kita fahami dan ijtihad kita. kita mesti mengajak kepada apa yang kita fahami dan bekerja bersama-sama dengan kita,…. tetapi ia sepatutnya tidak menutup mata kita dari mengguna ‘prioriti’ dalam neraca syarak.

kisah cinta seorang suami

** dipetik dari fathonah.blogspot
Dilihat dari usia beliau sudah tidak muda lagi, usia yang sudah senja bahkan sudah mendekati malam. Masa Pak Suyatno, 58 tahun ke sehariannya diisi dengan merawat isterinya yang sakit. isterinya juga sudah tua. Mereka berkahwin sudah lebih 32 tahun.Mereka dikurniakan 4 orang anak .......di sinilah awal cubaan menerpa, setelah isterinya melahirkan anak ke empat .........tiba-tiba kakinya lumpuh dan tidak boleh digerakkan. Hal itu terjadi selama dua tahun.Menginjak tahun ke tiga seluruh tubuhnya menjadi lemah bahkan terasa tidak bertulang lidahnyapun sudah tidak mampu digerakkan lagi.Setiap hari Pak Suyatno memandikan, membersihkan kotoran, menyuapkan, dan mengangkat isterinya ke atas tempat tidur. Sebelum berangkat ke tempat kerja dia meletakkan isterinya di hadapan TV supaya isterinya tidak berasa kesunyian.Walau isterinya tidak dapat bercakap, tapi dia selalu melihat isterinya tersenyum, dan Pak Suyatno masih berasa beruntung kerana tempat kerjanya tidak begitu jauh dari rumahnya, sehingga siang hari dia boleh pulang ke rumah untuk menyuapi isterinya makan. Petangnya dia pulang memandikan isterinya, mengganti pakaian, dan selepas maghrib dia temankan isterinya menonton tv sambil bercerita apa sahaja yang dia alami seharian.Walaupun isterinya hanya mampu memandang (tidak mampu memberikan respons ), Pak Suyatno sudah cukup senang bahkan dia selalu menggoda dan bergurau dengan isterinya setiap kali menjelang tidur.Rutin ini dilakukan Pak Suyatno lebih kurang 25 tahun. Dengan sabar dia merawat isterinya bahkan sambil membesarkan ke empat buah hati mereka, sekarang anak-anak mereka sudah dewasa tinggal si bungsu yang masih kuliah.Pada suatu hari ke empat anak Suyatno berkumpul di rumah orang tua mereka sambil menjenguk ibunya. Kerana setelah menikah mereka tinggal dengan keluarga masing-masing.Dan Pak Suyatno tetap merawat ibu kepada anak-anaknya, dan yang dia inginkan hanya satu: semua anaknya berjaya.Dengan kalimat yang cukup hati-hati anak yang sulung berkata : "Pak kami ingin sekali merawat ibu ... Semenjak kami kecil kami melihat bapak merawat ibu dan tidak ada sedikit pun keluhan keluar dari bibir bapak, bahkan bapak tidak izinkan kami menjaga ibu."Dengan air mata berlinang anak itu melanjutkan kata-katanya ........."Sudah yang kali keempat kami mengizinkan bapak menikah lagi, kami rasa ibupun akan mengizinkannya. Bila papak akan menikmati masa tua bapak dengan berkorban seperti ini .....kami sudah tidak sampai hati melihat bapak begini... kami berjanji akan merawat ibu dengan sebaik-baiknya secara bergantian," ujar anaknya yang sulung merayu.Pak Suyatno menjawab hal yang sama sekali tidak didugaoleh anak-anaknya."Anak-anakku. .... jikalau hidup di dunia ini hanya untuk nafsu.... mungkin bapak akan berkahwin lagi.... tapi ketahuilah dengan adanya ibu kalian di sampingku... . itu sudah lebih dari cukup. Dia telah melahirkan kalian..."Sejenak kerongkongannya tersekat..."Kalian yang selalu kurindukan hadir di dunia ini dengan penuh cintayang tidak dapat dinilai dengan apapun.Cuba kalian tanya ibumu apakah dia menginginkan keadaannya seperti Ini ?Kalian menginginkan bapak bahagia .... Apakah batin bapak dapat bahagia meninggalkan ibumu dalam keadaannya seperti sekarang ?Kalian menginginkan bapak yang masih diberi Allah kesihatan yang baik dirawat oleh orang lain .......bagaimana dengan ibumu yg masih sakit ?Sejenak meledaklah tangis anak-anak pak Suyatno...Merekapun melihat butiran-butiran kecil jatuh di pelupuk mata ibunya... Dengan pilu ditatapnya mata suami yang sangat dicintainya itu...Sampailah akhirnya Pak Suyatno diundang oleh salah satu stesen TV swasta untuk menjadi panel jemputan acara Bimbingan Rohani Selepas subuh dan juru acara pun mengajukan pertanyaan kepada pak suyatno...Kenapa bapak mampu bertahan selama 25 tahun merawat Isteri yang sudah tidak mampu berbuat apa-apa?Ketika itu pak Suyatno pun menangis....tamu yang hadir di studio yang kebanyakan kaum ibu pun tidak mampu menahan haru...Disitulah Pak Suyatno bercerita...Jika manusia didunia ini mengagungkan sebuah cinta tapi dia tidak mencintai kerana Allah maka semuanya akan luntur...Saya memilih isteri saya menjadi pendamping hidup saya .......Sewaktu dia sihat diapun dengan sabar merawat saya... Mencintai saya dengan sepenuh hati zahir dan batinnya bukan dengan mata kepala semata-mata. .. dan dia memberi saya 4 orang anak yang lucu dan baik-baik...Sekarang dia sakit berkorban untuk saya kerana Allah... Dan itu merupakan ujian bagi saya.Sihat pun belum tentu saya mencari penggantinya. .. apalagi dia sakit ... Setiap malam saya bersujud dan menangis dan saya mengadu kepada Allah di atas sajadah supaya meringankan penderitaan isteri saya.Dan saya yakin hanya kepada Allah tempat saya mengadukan rahsia dan segala kesukaran saya...kerana DIA maha Mendengar... .Adakah anda sanggup berkorban sebegini demi cinta?