Wednesday, October 20, 2010

PERLU ATAU SUKA?

Manusia sering berhadapan dengan dua perkara yang membuatkan manusia sering memilih antara dua iaitu PERLU atau SUKA. Perkara pertama, manusia PERLU diLAKUKAN dan perkara kedua, manusia SUKA diLAKUKAN. Telah menjadi sunnatullah kerana kedua-dua perkara ini saling bertindak secara bertentangan antara keduanya. Kebiasaannya perkara yang perlu kita lakukan adalah perkara yang tidak suka kita lakukan. Dan perkara yang kita suka lakukan ialah perkara yang tidak perlu kita lakukan.
Contohnya, adalah bangun mengerjakan solat Subuh. Apabila hamper masuknya waktu subuh, perkara yang perlu dilakukan adalah bangun, membersihkan diri, bersuci dan berwuduk. Itulah langkah yang perlu kita lakukan jika benar kita cintakan Allah. Namun apakah perkara yang suka kita lakukan? Ya, jika diikutkan nafsu, kita suka untuk terus tidur. Bangun solat subuh langkah yang ‘perlu’, manakala terus tidur ialah langkah yang ‘suka’ kita lakukan. Pada ketika itulah kita perlu bermujahadah. Ilmu walau setinggi mana pun jika tidak mampu menggerakkan kita untuk solat jika kita lemah dalam BERMUJAHADAH!
Jadi lawanlah nafsu. Tidak ada jalan pintas, tidak ada jalan sinhkat. Tidak ada keajaiban, melainkan perlu menempuh kesukaran. Itulah jalan mujahadah.ingatkan hati bahawa utk Berjaya dlm hidup, kita mesti lakukan perkara yang perlu kita buat walaupun kita tidak sukakanya. Bukan salam soal menunaikan solat sahaja, begitulah juga ibadah puasa, membaca al-Quran dan amalan-amalan soleh yang lain. Untuk melakukan perkara yang ‘perlu’ dibuat walaupun kita tidak ‘suka’ membuatnya, menagih ketabahan, keberanian dan istiqamah (konsister). Ini semua seolah-olah ‘menyeksa’ diri sendiri. Ketahuilah, manusia wajib mencintai Allah, maka mujahadah itu juga adalah wajib kerana itulah satu-satunya jalan yang menemukan kita kepada cinta Allah. (^_^)

Thursday, October 7, 2010

aku mengimbau kenangan maniss..

pada tarikh ini..telah setahun berlaluu..kenangan y sangat manis dan tersa dihargai oleh insan2 y aku kasihi kerana Allahh..tarikh keramat y membawa erti kehidupan pada diri ini..9 oktober 2009..setahun y lepas..
adik2 Mizzann..
aku rindu..
aku rindu..
aku rinduuu..
jazakillahh pada kalian..krn kalian membawa seribu erti..
sukar dilafaz..sukar di hilangkan dr ingatan.
cerita suka duka sentiasa segar di ingatan walau jasad berjauhann..
iAllah..pertemuan itu pasti..
akannn aku usahakann agar menjadi realiti..

Sunday, September 12, 2010

singgah salam..

ramadhan berlalu..syawal menjelma..
tak sangka hidup ini begitu singkat..
telah setahun berlalu..
ia tetap sama dan pasti sama..
tapi perlukan sedikit perubahan agar 'cinta' itu terarah pada CINTA-NYA..
di atas nama CINTA REDHANYA..


manusia pasti berubah..ada yang semakin baik dan ada yang semakin buruk..
'aku' perlu buat perhitungan..
'aku' perlu buat keputusan..
bila 'aku' berkata TIDAK maka jawapannya adalah TIDAK!!
bila 'aku' berkata YES maka jawapannya adalah YES!!..
bukan mudah bernafas dalam jiwa hamba..
dan 'aku' cuba utk menghadapinya..


masa dan keadaan merubah manusia..
mungkin awalnya manusia itu baik dan akhirnya juga baik..
mungkin awalnya manusia itu jahat dan akhirnya juga jahat..
mungkin awalnya manusia itu baik dan akhirnya jahat..
mungkin awalnya manusia itu jahat dan akhirnya baik..
'aku' perlu pilih antara 1.
sudah semestinya 'aku' pilih y pertama..
'aku' aku pikir sukar utk menjaga hingga menjadikan akhirnya itu baik..
tp 'aku' yakin pasti boleh!.


PERJALANAN itu jauhhhhh...tapi tak lamaa..hanya ibarat kerlipan kenyitan mata sahaja..jadi,,




'aku' perlu pada keputusan..
ape pun keputusan..itulah 'aku'..
kerana tiada manusia yang boleh membaca hati manusia..yang boleh membaca hanya pengalamannya menyebabkan kita mengenal sape sebenarnya manusia..




YANG AKHIRNYA MANUSIA ITU AKA DITEMPATKAN SAMADA NERAKA ATAU SYURGA.
dan 'aku' juga perlu pada keputusan utk akhirnya menjadi baik..

Monday, August 9, 2010

ahlan ya ramadhannn..

esok dan lusa..ahlan ya ramdhannn..penantianku bermula..kehidupan baruku bermula..aku melangkah dgn sengaja mengagahkan hati menguatkan diri utk mantapkan iman yang senipis inii..ahlan ya ramadhann..
mg ramadhan kali ini menjadi penentu segalanya..matikan aku dalam iman penuh dijiwa..selamatkan aku dari azab kubur dan azab nerakamu ya ALLAhh..
akan aku usaha suatu yang terbaikk demi masa depanku..mimbinglah hati ini yang sering kerinduaannnn...rahmatilah diri ini dan seluruh keluargaku serta saudaraku y lainn..mg syurga menjadi tempat pertemuannn kami ya ALLAHHH...

Tuesday, July 27, 2010

HARI yang hampir tiba

dia semakin hampir..ye hari itu semakin hampir..aku menghitung hari, membilang jari hanya tinggal beberapa hari sje..dia semakin hampir dgn ku..hadirnya dia bakal merubah kehidupanku..aku sangat menanti kedatangannya utk melaksanakan segala tanggungjawabku selama ini..aku mohon Allah kuatkan hatiku utk menghampiri hari indah itu..hari yang sangat aku nantikan selama ini...aku punyai azamm ingin melaksanakan amanah itu sebaik mungkin..dan hadirnya hari itu akan membuatkan hati kecilku berkata2 masih layakkah diri ku dgn 'dia'..masih adakah diriku diruang hatinya?..aku pasrah..aku berserah segalanya..dan bermulanya hari itu aku mohon agar hatiku kuat utk menghadapinya saat dan hari2 mendatang..dan hari itu bakal mengubah kehidupan ku..walau tidak mampu keseluruhannya aku mohon agar hampir keseluruhan kehidupanku di arah yang betul...aku mohon krn hari itu kita tlh berjanji utk 'berpisah'..tp jauh di sudut hatiku aku ingin 'berpisah sementara' sehingga hari yang lebih sesuai itu tiba pada ketikanya..krn hari y hampir tiba itu aku mohon kekuatan hati, fizikal. rohani dan jasmani agar aku lebih tabah menghadapinya..dan krn hari itu aku telah membuat keputusan meninggalkan 'kamu' dan 'dia'..dan aku berazam dgn hadirnya hari itu..aku terus memohon dan memohon agar hari mendatang y akan tiba itu adalah hari y bahagia bersama redha Allah...amminn ya rabb..

Sunday, July 11, 2010

sekadar berkongsi..

Bawa HatiMu kpd Tuhan..buku y sgt menarik..ingin sekali berkongsi cerita di saat keseorangan di rumah..tp cukup puas krn matlamat itu hampir tercapai..mg hati ini terus istiqomah dgnnya..

"Binalah Iman Agar Sejahtera Daripada Dosa"

IMAN adalah satu nikmat ALLAH yang bersifat serbaguna. kerana itulah insan ia menjadi anugerah ALLAH y termahal buat insan yang dikasihiNya. selain menjadi sebab terselamat daripada azab ALLAH di akhirat, iman juga menjadi benteng ampuh bagi seseorang muslim daripada terjebak melakukan dosa-dosa kpd Allah dan sesama manusia..
tanpa IMAN berbagai kerosakan dan kemusnahan akan berlaku dalam kehidupan manusia di dunia ini. lebih-lebi lagi di akhirat sana. menyisihkan diri daripada suluhan IMAN dan HIDAYAH akan menjadikan diri kita terdedah kepada segala macam anasir kejahatan dan dosa..
diriwayatkan kepadaa Abu Hurairah r.a katanya: Sesungguhnya Rasulullah SAW pernah bersabda : "seorang penzina tidak akan berzina jika ketika itu dia berada di dalam keimanan. seorang pencuri tidak akan mencuri jika ketika itu dia berada di dalam keimanan iaitu IMAN yang sempurna. bagitu juga seorang peminum arak tidak akan minum arak jika ketika itu dia berada di dalam keimanan" riwayat Bukhari & Muslim
justeru itu mari kita bersama-sama berusaha dan bersungguh-sungguh memupuk dan membina IMAN di dalam jiwa agar terselamat dariapa azab ALLAH aminn..