Friday, June 14, 2013

TahajJud C.I.N.T.A

BiizniLah..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasihh lagi Maha Penyayang..


saat yang sentiasa di tunggu setiap tahun..bulan berganti bulan..Ramadhan Karim hampir tiba..IAllah pada usia lewat 20an skali lagi akan tiba masa mengembangkan rasa cinta pada yang Maha Esa..tidak bermakna hanya pada bulan Ramadhan semata2..moga dgn Ramadhan kali ini tahajud cinta ini semakain bercambah. dlm lena tangan menadah penuh pengharapan moga Allah kabulkan rasa cinta ini berkembang maju agar membawa ke JannjahMU..
dalam miniti hari..doa sentiasa di bibir mohon dimudahkan segala urusan..moga dinyatakan hari itu agar bertambah2nya cinta subur dan tidak sekali2 akan melayu..moga Ramadhan ini lebih baik dari sebelum ini.aaminn ya Rabb..

B.I.C.A.R.A H.A.T.I. Sampai pada Rabbnya!

AssalamAlaik..
moga diri sentiasa dalam ruh dibawah naungan tali Rabbnya.aamiin.

dalam kesibukan seharian mencari nikmat dunia..adakala lupa pada khidupan akhirat.bukan aku tdk mengerti bahwa dunia dan akhirat WAJIB seimbang dan seiring.tapi bla ia dinamakan manusia LUPA sentiasa menjadi mainan di bibir.
kala hati menjadi kosong baru ku tersedar..nikmat Allah itu yang telah aku dustakan.sebagai hamba yang sering durhaka kepada Tuannya..adakala Allah memberi tampparan hebat..seolah2 tamparan itu boleh menterbalikkan dunia ini.saat itu aku tersedar dari lamunan.hidup dalam ujian adalah khidupan aku sejak dahulu bla di lahirkan sebagai hamba di dunia ini.saat hidup di timpa ujian banyak air mata yang mengalir..menangisi nasib diri.sedangkan setiap ujian itu jangan di tangisi!!..tapi ambillah ibrah dari tetamu Allah yang dihidangkan itu.sungguh!..aku terkandass dalam mewahnya dunia.
bukan kekayaan yang aku minta dan bukan juga kepapaan yang aku dambakan.tapi cukup kesederhanaan ini dilalui bersama.
aku wanita biasa..kala ujian datang air mata menjadi taruhan..doa demi doa ku mohon agar Dia peneman ke SyurgaMu.bukan aku mengatur khidupan tapi aku cuba membantu seadayanya.mungkin bla saat hatiku terhimpit keadaan menjadi lebih sempit.tapi aku sedar..bukan itu sepatotnya yang berlaku. takdir ini dari Allah..kehadiranmu jua dari Allah.bukan aku mohon yang Maha Hebat..tapi aku mohon Imam yang kaya dgn ilmuMu ya Allah.
kerana..bila saat aku lemah dia ada untung aku bergantung..dia sebagai perantaraan dari Rabb.
            bila saat aku jatuh dia ada tmpt aku berpaut..dia sebagai perantaraan dari Rabb.
            bila saat aku menangisi pemergian yang tersayang..dia ada tmpt aku bersandar harapan..dia sebagai  perantaraan dari Rabb.
Allah..bukan intan permata yang aku dambakan di dunia ini.taapi aku mohon kesenangan hidup agar boleh aku kumpulkan permata akhirat.
Allah..saat aku menyanyangi dia..hadirkanlah dia tepat pada masanya.
cukuplah dia sebagai Imamku jambatan aku ke JannahMU..aamiin ya Rabb.terima kasih Tuhan^^

Wednesday, May 29, 2013

RESIPI 8: IKAN SIAKAP ASAM PEDA MELAKA



Bahan-bahan:-
  • 1 ekor ikan siakap
  • 1 sk halba
  • 20 bj cili kering
  • 1 bj bwg besar
  • sedikit belacan
  • 5 ulas bwg merah
  • 3 ulas bwg putih
  • asam jawa
  • daun selom
  • garam
cara-cara:-


  • cili kering dipotong kecil dan direndam dlm air panas kemudian diblend bersama bwg besar dan belacan...
  1. panaskan minyak tumis bwg merah, bwg putih dan halba sehingga wangi..
  2. masukkan cili blend tadi tumis hingga pecah minyak..
  3. masukkan air asam jawa dan air jugak, agak2 utk kuahnya, jgn terlalu pekat dan terlalu cair...
  4. masak hingga mendidih, baru masukkan ikan..
  5. last masukkan daun kesom dan perasa dgn garam..

RESIPI 7: AYAM MASAK PAPRIK

Ayam Masak Paprik
Resepi:Norzie hany

Bahan A
  • 300gm isi ayam (potong kecil)
  • 100gm bunga kobis (hiris)
  • 10 gm kacang panjang(di potong)
  • 1 biji cili capsicum (di potong)
  • 1 biji bawang holland (hiris bulat)
  • 1 biji kecil lobak merah
  • 6 helai daun limau purut
  • 10 biji cili padi (di ketuk)
  • 1/2 cawan air
Bahan B
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 senduk cili kisar
  • 1 batang serai(diketuk)
  • Sedikit minyak masak
Bahan C
2 sudu sos tiram
2 sudu cili sos
Gula dan garam secukup rasa.

Cara memasaknya:
  • Bersihkan ayam lumur sedikit garam dan kunyit dan goreng separuh masak.Angkat.
  • Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis bahan B hingga naik bau.
  • Masukkan semua bahan A termasuk ayam tadi kacau dan biarkan seketika.
  • Akhir sekali masukkan bahan C dan biarkan ia mendidih sekejap dan angkat.
  • Sedia di hidangkan.

RESIPI 6: DAGING MASAK HITAM

Bahan2 
1 kg daging (dipotong nipis) 
3 ulas bwg merah (dihiris) 
2 ulas bwg putih (dihiris) 
3 kuntum bunga lawang 
2 inci kulit kayu manis 
1/2 cawan kicap pekat 
air asam jawa secukupnya 
garam secukup rasa 
Minyak masak untuk menumis 

Bahan Kisar 
4 biji bwg besar 
3 inci halia 
4 ulas bwg putih 
20 biji cili kering - letak hanya 2 sb cili kering siap blender 
1 sudu kecil jintan manis 
1 sudu kecil jintan putih 
1 sudu kecil ketumbar - tambah 

Cara 
1. Panaskan minyak masak. Tumis bahan hiris, bunga lawang & kayu manis hingga wangi. Masukkan bahan kisar & tumis hingga garing & terbit minyak. 
2. Masukkan daging, air secukupnya & renih sehingga daging empuk. Masukkan kicap pekat, air asam jawa & garam secukup rasa. Tambah aji jika suka. Biar kuah agak pekat & secukup rasa. Bila daging cukup empuk bolehlah hidangkan. (sekiranya daging tak cukup empuk... boleh tambahkan lagi air & masak lagi hingga kuah agak kering) 

RESIPI 5: RENDANG HITAM DAGING

Bahan2
  • 500g daging 
  • 20 tangkai cili kering *dikisar - mama letak 3 sb cili kering dah blender 
  • 4 cm halia 
  • 1 labu bawang besar 
  • 4 ulas bawang putih 
  • 2 batang serai di tindik 
  • 4 sudu besar kicap pekat 
  • sedikit minyak untuk menumis 
  • 1 tsb cuka 
  • 2 s/b kerisik 
  • sedikit garam dan gula. 
  • daun pandan untuk wangi ( jika suka ) 



Bahan tumis: 
  • 4 ulas bawang kecil di hiris 
  • 1 kulit kayu manis 
  • 3 tangkai bunga lawang 
  • 3 biji buah pelaga 



Cara Penyediaannya, 
  • Cili kering, halia ,bawang besar dan bawang putih di kisar halus. Panaskan minyak serta tumis 
  • bawang kecil yang di hiris bersama kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga berbau wangi. Masukan bahan kisar dan biarkan sehingga hilang bau cili, masukan daging yang telah di potong kecil dan serai. 
  • Tambahkan sedikit air dan kicap. Tunggu sehingga daging empuk. Masukkan kerisik, cuka, gula dan garam mengikut selera. 
  • Biarkan sehingga kuah agak pekat sedikit. Sedia di hidangkan. 

RESIPI 4: NASI HUJAN PANAS!!


Bahan-bahan :
4 cawan beras basmati
5 cawan air
1 cawan susu cair
2 sudu besar minyak sapi
1 biji bawang besar - dimayang halus
3 ulas bawang putih - dimayang halus
1/2 inci halia - dimayang halus
Sedikit garam
1 kiub ayam
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum cengkih
3 biji buah pelaga - ketuk sedikit
2 helai daun pandan - disimpul
Pewarna hijau, kuning dan merah

Daun ketumbar diracik halus - untuk hiasan

Cara-cara :
1. Basuh beras sehingga bersih, rendam selama 15 -20 minit. toskan beras.
2. Panaskan mintak sapi dalam periuk rice cooker.

3. Masukkan kayu manis, bunga lawang, cengkih, buah pelaga, bersama bawang besar, bawang putih, halia yang dimayang halus bersama daun pandan, goreng sehingga wangi. Kemudian masukkan kiub ayam kacau rata sebentar.
4. Kemudian masukkan beras dan secubit garam dan kacau rata. Matikan api dan angkat.
5. Masukkan air dan susu cair kacau rata dan masak nasi seperti biasa.
6. Bila nasi hampir kering buat beberapa lubang dan titiskan pewarna.
7. Tunggu sehingga nasi betul-betul masak dan gemburkan dengan garfu sebelum dihidangkan.

note: gambar dan menu dr tmpt berasingan ^^